kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kerajaan MADANI Pada Landasan Tepat Untuk Memacu Pembangunan Johor - Nga
Timbalan Pengerusi DAP yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Malaysia berada pada landasan yang tepat di bawah Kerajaan MADANI dengan kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor, dilihat sebagai faktor utama dalam mempercepat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri itu, kata Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming.
Nga dalam satu kenyataan hari ini berkata Johor berpotensi meraih lebih banyak manfaat apabila kedua-dua peringkat kerajaan ditadbir oleh gabungan yang sama, dengan visi yang dikongsi bersama serta kerjasama yang erat.
“Kerjasama rapat antara kedua-dua peringkat kerajaan telah membolehkan pelan pembangunan, projek infrastruktur dan pelbagai inisiatif untuk rakyat dilaksanakan dengan lebih cekap demi manfaat rakyat,” katanya.
Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata hubungan yang stabil dan saling bekerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan mempercepat pertumbuhan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada masyarakat setempat.
Beliau berkata keadaan itu termasuk kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM110 bilion ke Johor oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tahun lepas.
Nga berkata melalui kerjasama yang erat, Johor akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mencapai pembangunan yang mampan dan inklusif.
“Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus menyokong Johor menerusi pelaburan berterusan, penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti serta dasar berteraskan rakyat yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.
Nga berkata kestabilan politik, konsistensi dasar dan kerjasama yang kukuh merupakan elemen penting dalam mengekalkan keyakinan pelabur serta menjamin kemakmuran jangka panjang negeri itu.
Antara pencapaian yang diketengahkan Nga ialah kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur asing, disokong oleh dasar yang jelas, asas ekonomi yang kukuh serta kestabilan politik, yang berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM426.7 bilion pada 2025.