BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Kedah Sedia Bina Perumahan Terancang Di Bukit Malut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Kedah Sedia Bina Perumahan Terancang Di Bukit Malut​

37a83515a913610f89e24536c9110cde6a7991eb78f63

Kredit: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK Kedah)

Kerajaan Negeri Kedah bersedia untuk membangunkan perumahan terancang untuk penduduk Bukit Malut, Langkawi, bagi menyelesaikan isu penempatan di kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek itu boleh dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri sekiranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat pengambilan tanah di kawasan berkenaan.

"Kalau buat pengambilan (tanah), MKN boleh buat pengambilan, anak syarikat kerajaan negeri boleh bangunkan rumah. Mereka (penduduk) sedia membeli, cuma harga kena dalam kadar bawah RM200,000," katanya pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 1,300 rumah dibina secara tidak terancang, termasuk di atas air sehingga menyukarkan penyaluran bantuan sewajarnya untuk masyarakat di situ.

Baru-baru ini Bernama melaporkan penduduk Bukit Malut berharap pelbagai persepsi negatif yang sekian lama dikaitkan dengan penempatan mereka dihentikan, termasuk dakwaan bahawa kawasan itu menjadi lokasi pendaratan dan penempatan pelarian dari Myanmar.

 
Back
Top
Log in Register