BTC USD 86,008.4 Gold USD 4,152.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keraguan mandi wajib?????

unknown_male

Fun Poster
Messages
362
Joined
Jul 21, 2011
Messages
362
Reaction score
33
Points
20
Assalamualaikum...

SOALAN 1
Saya ingin bertanya kepada sesiapa yg lebih arif tentang mandi wajib.

Saya mempunyai keraguaan di dalam beberapa situasi berikut:

SITUASI 1
Jika ketika mandi wajib, jerawat sy berdarah, adakah sah mandi wajib saya? Kerana agak mustahil untuk menghentikan pendarahan pada ketika itu manakala jika saya mengulanginya pada lain masa, ada kemungkinan jerawat yg belum kering berdarah semula..

SITUASI 2
Jika selepas mandi wajib dan telah berpakaian, kadang2 kemaluan akan rasa seperti melekat di seluar dalam walaupun kita telah membersihkan segala kotoran sehingga yakin bersih..adakah sah mandi wajib saya?

SOALAN 2
Adakah wajib memasukan air ke dalam lubang hidung?
 
Di sini saya copy & paste sumber yg sy dapat berkenaan dgn wuduk tetapi tidak pula pasti sama ada dibolehkan dalam hadas besar dalam SITUASI 1.

Keluar darah selain dari melalui kemaluan, sama ada kerana luka, bekam, hidung berdarah, sama ada sedikit atau banyak. Dalilnya:

Berkata Al-Hasan: “Kaum muslimin tetap mengerjakan solat, meskipun mereka dalam keadaan luka yang masih menitiskan darah.” (HR. Bukhari)
 
oh SITUASI 1 tu sah? Boleh huraikan bukti atau apa2 hadis? maaf

Imam Nawawi rh. berkata didalam al-Majmu' bahawa tidak ada dalil yang mengatakan bahawa pendarahan (bleeding) membatalkan wudhu'. Begitu juga pandangan Syiekh Ibn Sa'di rh yang menyebut bahawa pendarahan samada sedikit atau banyak, tidak terdapatnya dalil ia membatalkan wudhu'.

Didalam sebuah riwayat, al-Hassan mengatakan :

ما زال المسلمون يصلون في جراحاتهم
"Orang Islam masih bersolat walaupun mereka luka" [hadith Riwayat al-Bukhari].

Di riwayatkan juga bahawa Ibn Umar memicit jerawatnya sehingga berdarah akan tetapi tidak memperbaharui wudhu'nya.

Begitu juga al-Hafiz didalam al-Fath al-Bari (1/281) meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab ra. bersolat walaupun darah sedang mengalir darinya.

'Ibbad ibn Bishr ditusuk panah semasa solat, akan tetapi beliau masih meneruskan solat (Rwiayat Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan al-Bukhari).

Kesimpulannya : luka yang berdarah tidak membatalkan wudhu' dan solat. WA.
 
Terima kasih atas huraianya..tetapi samakah situasi saya dalam berhadas besar atau mandi wajib (MANDI JUNUB)??
 
Saya nak tolong jawab sekadar yang saya tau. Ada salah betulkan la ye.

Situasi 1
So far yang saya tahu, wuduk untuk mandi wajib hanya sunat. Jika terbatal wuduk semasa mandi, mandi tetap sah.

Situasi 2
Mandi wajib meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Seeloknya buang segala kekotoran dulu sebelum mandi supaya air dapat sampai ke seluruh badan. Melekat tu disebabkan kekotoran? Bukan ke sebab berpeluh?

Lubang hidung jika tak salah saya hukumnya harus ratakan air.

Wallahualam.
 
Well Said..:)cgrock:)cgrock
 
Anda dah salah faham ni..cuba baca SITUASI 1 tu betol2....ni bukan masalah wuduk...ni tentang mandi junub ya...adakah sah jika jerawat saya mengeluarkan darah tanpa henti ketika sedang mandi wajib..sekian...~X(
 
Back
Top
Log in Register