BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Peperiksaan SVM Diumum Esok - KPM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
32976903a4f4d8fc38ea838807502da967a209c493fbb

Gambar Fail

Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di kolej masing-masing bermula 10 pagi.

“Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula 10 pagi 7 Julai hingga 6 petang 13 Julai,” menurut kenyataan itu.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing.

 
Back
Top
Log in Register