Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara unilateral untuk membawa pulang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 dari Lubnan kerana tertakluk kepada mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata penugasan pasukan pengaman Malaysia berada di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk soal pemerintahan dan pengunduran anggota.
“Kita tertakluk kepada UN (PBB)... apabila kita bersetuju menyertai misi ini, penugasan dan pemerintahan pasukan berada di bawah UN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad di Telok Sengat di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata sebarang keputusan termasuk membawa pulang anggota perlu melalui proses dan pertimbangan di peringkat PBB bagi memastikan pematuhan kepada mandat misi.
Mengulas situasi keselamatan, beliau berkata terdapat insiden anggota MALBATT terserempak dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF), namun keadaan kekal terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Keutamaan kerajaan ketika ini, katanya ialah untuk memastikan keselamatan anggota sepanjang penugasan.
Beliau berkata langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk penilaian semula operasi di lapangan selaras dengan perkembangan semasa.
“Jika perlu, peranan tertentu boleh ditangguhkan atau pergerakan anggota dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Lebih 500 anggota MALBATT kini ditempatkan di Lubnan di bawah misi UNIFIL.
Keputusan Bawa Pulang MALBATT Tertakluk Kepada UNIFIL - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled, MALBATT, UNIFIL, selamat, PBB