zammmm
Super Active Member
- Messages
- 8,242
- Joined
- Oct 10, 2010
- Messages
- 8,242
- Reaction score
- 415
- Points
- 86
Teringat lagi saya, ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung isteri di Besut. Kereta saya, kereta lama. Aircondnya angin luar yang kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Tingkap cerminnya manual, ditutup pun kalau hujan basah juga, tak rapat. Kereta saya, kereta lama tetapi berpintu dua. Slow but sporty, enjinnya KE30, bodynya KE20.
Pernah jiran bertanya apa kerja saya, bila dijawab dia tak percaya, “Ya ke? Kalau begitu, tak logik bawa kereta ni, tukang sapu paling komang pun Kancil.”
Bukan saya tak boleh beli yang baru. Pernah juga dibawa berbincang dengan isteri, nak beli model itu dan ini. Tetapi entah mengapa, tak tergerak hati. Ah, tak tergerak lagi hati ini untuk sebuah kereta yang baru. Gerak saya, gerak Dia. Yang lama ini pada saya sudah cukup, meski sekali-sekala meragam juga dia, payah saya dibuatnya. Tapi payahnya, susahnya itulah membuatkan saya belajar, soal-soal rasa, soal-soal hati. Kepada isteri, saya berkata, “Bila rasa payah itulah, kita terdidik.”
Begitu, kami balik juga dengan keadaan gembira, nikmat-Mu kami syukuri sekeluarga. Anak-anak diajar berzikir, bertahlil dan bernasyid di dalam kereta, itulah radionya. Alhamdulillah, kereta tak ada masalah, lancar saja menuju ke destinasi. Selepas plaza tol yang tidak bertol lagi di Jambatan Sultan Mahmud, saya mengambil lane kiri, untuk nanti senang menyimpang ke kanan. Kereta pelbagai gaya bersesak-sesak menderu laju, kereta saya diasak-asak, kereta saya slow, but steady. Ketika kereta masih di jambatan, saya dan isteri memandang-mandang ke luar tingkap, wah kereta bermacam-macam, gaya dan warna. Isteri, sambil melihat sambil menunjuk, “Buya, tengok tu, Camry, cantik.” Seru isteri lagi, “Tu, Honda Buya.” Terbit rasa kagum di hati melihatkan design kereta pada zaman ini. Maklumlah, dia tahu kesukaan saya, suka sangat bab design-design ini kerana saya seorang designer, kecil-kecilan dari tadika hinggalah sekarang.
Sebaik saja hati ini mula terbit rasa kagum dan hebat itu, tiba-tiba, sebuah wagon lama lalu di sisi, slow and steady juga di sebelah kiri kereta, dan saya terpandang sticker di cermin belakangnya yang bertulis, “Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi.”
Ya Allah, astaghfirullahalazim. “Mi, tengok tu, Allah tegur kita,” tunjuk saya dengan isyarat mulut. Hati dan lidah saya beristighfar. Kami sama-sama beristighfar. Rasa bersalah mula menggamit hati. Terus teringat kepada-Mu ya Allah. Sungguh, Kau menegur aku ya Allah. Ah, tepat sungguh, kena, tunai dan langsung. Demikianlah tarbiyyah dari-Mu ya Allah. Tidak aku persiakan, Insya-Allah. Dunia hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi, ungkapan yang mudah disebut, payah nak diterjemahkan di dalam kehidupan lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Aku berterima kasih, kerana Engkau mengingatkan.
Justeru, teringat saya kepada satu kisah yang telah lama dan berulang-ulang kali dibaca di dalam buku Tazkirat-ul-Auliya kisah seorang wali yang bernama Malik Bin Dinar. Beliau adalah murid kepada Hassan Al-Basri dan tergolong sebagai seorang ahli hadis dan merawikan hadis daripada tokoh-tokoh seperti Anas Bin Malik dan Ibnu Sirin. Beliau juga adalah seorang penulis khat Al-Quran yang terkenal, meninggal dunia sekitar tahun 130H/748M.
Jom baca, mari kita ikuti kisahnya. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar sewaktu-waktu aku dan kawan-kawan membaca patah tulisan ini, kisah wali-Mu ini, Engkau kurniakan kami kefahaman dan rasa, ikatkan kami dengan tali kesabaran dan ibrahnya, biar kami ceduk sampai ke jantung, hati dan minda. Ya Allah, moga kami membacanya dengan hati yang putih, bersih dan mahu.