balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Alor Gajah: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tetakan di belakang kepala dan badan selain putus telinga kanan di Jalan Hutan Percha-Machap, dekat sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat K Viswanathan, 22, berasal dari Serkam, Jasin ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di tepi jalan berkenaan oleh seorang anggota polis yang kebetulan melalui jalan terbabit.
Menurut sumber, pada awalnya anggota polis itu menyangkakan mayat berkenaan adalah mangsa langgar lari selepas melihat sebuah motosikal kira-kira empat meter dari lokasi mayat ditemui.
“Selepas diperiksa, anggota polis itu terkejut apabila mendapati objek yang disangka **** hutan itu adalah mayat seorang lelaki dalam keadaan berbaju namun seluarnya terlondeh ke paras lutut sebelum dia melaporkan kejadian di Balai Polis Hutan Percha,” katanya di sini, semalam.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kepaladitetak_telingaputus/MA/Article/index_html