BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala berkecai dihentam bunga api

amy@promatt

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,561
Paid Membership
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
571
Points
166
ogrish52.jpg

-Perhatian : Gambar bukan gambar sebenar kejadian digunakan hanya untuk gambaran kejadian sahaja-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila kepalanya berkecai ketika cuba memeriksa satu daripada tiga bunga api disangkakan tidak berfungsi, tetapi meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Seputeh, Luyang, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai By Shaow Yong, 26, dikatakan menyalakan tiga bunga api berkuasa tinggi yang mampu membentuk objek di udara, berhampiran rumahnya sempena Tahun Baru Cina, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Dua daripada bunga api dipercayai sama jenis digunakan pihak berkuasa bagi menyambut sesuatu perayaan meletup di udara, manakala satu lagi tidak berfungsi, menyebabkan mangsa cuba melakukan pemeriksaan sebelum ia meletup.

Letupan secara tiba-tiba itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan ahli keluarga yang cuba memberikan bantuan terkejut apabila mendapati sebahagian daripada kepalanya hancur.:o:o:o:o

Difahamkan, bunga api berkenaan dibeli dengan harga RM500 dan dipercayai dibawa masuk secara haram dari China.


Nota Kaki : Mercun Membahayakan kesihatan dan boleh bawa kematian...
 
Last edited:
mainla lg yg berkuasa tinggi... sendiri mau ingat kesannya..
 
kebaboommmmm!!!!!
 
mcm cerita jackie chan yng apa tu....kena bunga api terpelanting...
 
hampeh..nyesal bukak...len kali boh la kt thread lg satu
 
sendiri mintak... nasib la.. slagi xkene kat muke slagi tu xkan blajar.. tp mcm dh terlambat jer nk blajar... haha
 
ingatkan gambar kejadian sebenar td...dh le membazir, membahayakan plak kt diri & org ramai
 
time aidilfitri byk je berita rampasan mercun, tp time tahun baru cina takde pun
 
Back
Top
Log in Register