BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silent Hill: Api Yang Tak Pernah Padam (Centralia, Pennsylvania, USA)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1764551217859.png



Api Yang Tak Pernah Padam (Centralia, Pennsylvania, USA)



Pernah tengok filem ‘Silent Hill’? Haa ni kisah benar tentang sebuah bandar di Amerika Utara yang menjadi inspirasi kepada filem/game seram terkenal, "Silent Hill". Tempat ni bukan setakat ditinggalkan, tapi tanah dia "marah".




Bob adalah seorang photographer yang suka cari spot yang pelik lagi aneh. Satu hari, dia memandu masuk ke satu kawasan berbukit di Pennsylvania.

Sepanjang jalan, papan tanda amaran makin banyak:

"WARNING: MINE FIRE";

"DANGER: ASPHYXIATION";

"GROUND IS PRONE TO SUDDEN COLLAPSE"



Jalan raya kat situ (Route 61) terbelah dua. Bukan retak biasa, tapi terbelah macam kena gempa bumi, dan dari celah retakan tu... keluar asap putih yang berbau belerang (sulfur) yang berbau busuk kalah telur tembelang, menyucuk hidung.

Bob sampai kat kawasan perumahan. Tapi... takde rumah. Yang ada cuma padang jarak padang tekukur, tangga-tangga batu yang menuju ke... rumput kosong. Rumah semua dah dirobohkan kerajaan.

Cuma ada SATU rumah banglo putih yang masih berdiri tegak.

Di beranda rumah tu, ada seorang pakcik tua, umur dalam 70-an, tengah duduk goyang kerusi malas sambil hisap paip. Nama dia John Lokitis yang merupakan salah seorang penduduk terakhir yang masih tinggal di sana.


1764551333673.jpeg






Bob pun keluar dari kereta, jalan perlahan-lahan. Tanah yang dia pijak tu rasa suam-suam panas, walaupun cuaca sejuk.

Bob: "Hai sir. Tak bahaya ke duduk sini sorang-sorang? Asap bahaya keliling ni."

Pakcik tu tak senyum. Dia pandang Bob atas bawah.

Pakcik John: "Bahaya? Bahaya tu untuk orang luar macam kau je. Aku dah duduk sini sejak tahun 60-an. Panas ni... ini haba dari rumah aku."

Bob: "Tapi kerajaan kata tanah ni boleh runtuh bila-bila masa je. Api kat bawah tu..."

Pakcik John ketawa sinis. Dia tunjuk ke arah tanah di depan pagar rumah dia.

Pakcik John: "Kau tau tak, tahun 1981, ada budak umur 12 tahun, Todd nama dia... tengah main kat laman belakang rumah nenek dia kat area sini. Tiba-tiba tanah ternganga. Lubang benam (sinkhole) muncul. Budak tu nyaris jatuh dalam lubang yang panasnya 150 darjah Celsius! Nasib baik abang dia sempat tarik."

Bob telan air liur. Dia automatik undur setapak ke belakang.

Bob: "Habis tu... kenapa pakcik tak pindah?"

Pakcik John tenung asap yang keluar dari retakan jalan raya depan rumah dia.

Pakcik John: "Sebab ni tanah aku. Api kat bawah tu dah membakar selama 60 tahun, nak. Dan pakar kata, dia akan terus membakar lagi 250 tahun. Kawan-kawan aku semua dah mati, atau dah pindah. Tapi aku? Aku jaga tempat ni. Kalau aku keluar, siapa nak cerita kat orang macam kau pasal 'neraka' yang manusia buat sendiri ni?"

Tiba-tiba, angin bertiup kuat. Asap tebal dari retakan jalan tu berkumpul jadi macam dinding putih. Suasana jadi kabur gila, sebiji macam dalam filem Silent Hill. Bunyi siren kecemasan sayup-sayup kedengaran (walaupun tak ada balai bomba dah kat situ).

Bob rasa kasut dia makin panas.

Pakcik John: "Baliklah, nak. Sebelum tayar kereta kau cair melekat kat jalan tar tu. Hari ni 'dia' lapar sikit."

Bob tak tunggu lama. Dia pecut masuk kereta, pusing balik, dan blah dari situ. Dalam cermin pandang belakang, dia nampak Pakcik John masih duduk tenang di kerusi malas, dikelilingi asap putih yang nampak macam hantu-hantu tengah menari.



Fakta Kes

‘Kegilaan’ Centralia:

  1. Punca Api: Tahun 1962, dorang bakar sampah kat tapak pelupusan. Rupanya api tu merayap masuk ke vein (urat) arang batu kat bawah tanah.
  2. Keadaan Sekarang: Api tu MASIH MENYALA di bawah tanah Centralia sampai hari ni! Dah lebih 60 tahun. Arang batu tu jadi bahan bakar dia.
  3. Penduduk: Dulu ada 1,000 orang lebih. Kerajaan ambil alih tanah tu dan robohkan semua rumah sebab bahaya gas beracun (karbon monoksida). Tapi ada segelintir (kurang dari 5 orang) yang berkeras tak nak pindah sampai dorang meninggal dunia.
  4. Suhu: Kalau sesiapa pergi sana (sekarang jalan utama dah ditutup tanah), dia boleh rasa tanah yang dia pijak tu panas. Kalau letak tangan kat retakan tanah, boleh melecur.
Ni cerita pasal kedegilan manusia lawan alam, dan alam yang membalas dendam dengan api dari perut bumi.




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register