BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KENYATAAN MEDIA KKM Isu Penjualan Konjak Jeli Yang Didakwa Memberi Risiko Kepada Kanak- Kanak.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20221118_155724_111.jpg

IMG_20221118_155724_448.jpg

KENYATAAN MEDIA - Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak.

📌KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)
 
FB_IMG_1669224172275.jpg

⚠️Ibu bapa diminta untuk memantau makanan yang diambil oleh anak anak. Jeli yang mengandungi bahan konjak dibenarkan dijual di Malaysia tetapk saiz jeli perlulah kurang dari 45mm.

Jika anda menemui jeli yang melebihi saiz 45mm sila laporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
 
IMG_20221202_120019_573.jpg

🍬Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.

Penambahan konjak bagi produk jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan.

🍡Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. Mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk seperti dikongsikan.

📢Ibu bapa dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk:

📌Sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my); atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.
 
haramkan semua termasuk gula2 sugus dan keropok tikam2
pandai la bangsa tu buat duit
jahanam gigi budak2 dan duit beli keropok2 bodoh
ibubapa bkn tau anak2 dok beli
 
tu la pasai... anak2 yang nak membesar pun boleh bantut. rosak anak bangsa mcm ni...
 
Menda sedap gini memang budak-budak suka
Sudahnya jahanam budak-budak
Mak ayah pun kena pantau
budak2 bukan matang
mcm kita budak2 dulu
bukan tau apa
gula2 tu satu punca gigi tak tahan
xsempat tua gigi rosak
keropok2 tu pun sama
 
budak2 bukan matang
mcm kita budak2 dulu
bukan tau apa
gula2 tu satu punca gigi tak tahan
xsempat tua gigi rosak
keropok2 tu pun sama

Betul
Kita pun pernah lalui zaman budak-budak
Memang kita tahu menda merapu macam ni la sedap layan

Jadi bila dah jadi mak ayah ni kena lah pantau supaya anak-anak kita tak buat macam kita buat dulu
 
FB_IMG_1669224172275.jpg

⚠️Ibu bapa diminta untuk memantau makanan yang diambil oleh anak anak. Jeli yang mengandungi bahan konjak dibenarkan dijual di Malaysia tetapk saiz jeli perlulah kurang dari 45mm.

Jika anda menemui jeli yang melebihi saiz 45mm sila laporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Lebih 45mm xde masalah..xboleh kurang 45mm...

Kalau kurang 45mm xboleh mengandungi konjak
 
Back
Top
Log in Register