BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai nasi kandar didakwa cuci baki makanan sebelum dimasak semula

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201




14160816170653789-369274.jpg

14160816170653789-369275.jpg


Kedai nasi kandar didakwa cuci baki makanan sebelum dimasak semula



SEREMBAN: Sebuah kedai nasi kandar di kawasan pusat beli-belah Palm Mall di sini didakwa mencuci sisa makanan dipercayai untuk dimasak semula.

Perbuatan pekerja kedai makan itu kira-kira jam 12 tengah malam tadi dikesan orang awam yang kebetulan berada di kawasan berhampiran, sebelum video berkaitan dimuat naik di media sosial.

Saksi kejadian memaklumkan, ketika berada di kawasan parkir hadapan Palm Mall, dia ternampak kejadian di bahagian belakang kedai makan itu.

“Ketika itu seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu dan ayam yang jelas lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang. Perkara itu amat tidak boleh diterima dan sangat membahayakan kesihatan orang awam,” katanya.

Pada mulanya, rakan pekerja lain cuba mengelirukannya dengan jawapan tidak jujur, namun akhirnya tersasul dan mengaku makanan itu memang akan dimasak semula dan dikatakan tidak bahaya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

“Saya baru dapat makluman mengenai kejadian itu dan sudah arahkan pegawai berkaitan ke lokasi bagi menjalankan temu siasat. Jika dakwaan melalui media sosial ini benar, tindakan lanjut akan diambil. Orang awam juga dinasihatkan menggunakan medium yang betul untuk menyalurkan aduan,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 
Maaf tanya, ada tak mana2 kedai Nasi Kandar yang tutup operasi/Rehat ketika waktu solat Jumaat?
Ada. Nasi kandar de maju damansara perdana. Majoriti semua pekerja pegi solat jumaat. Subuh pun 2-3 org pekerja kedai tu jarang tak dtg surau yg sama buat solat jumaat.
 
Restoran cuci semula sisa lauk diarah tutup 14 hari, kompaun


Restoran nasi kandar di daerah ini yang tular kerana didakwa mencuci sisa lauk untuk dimasak semula diperiksa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), petang semalam. FOTO IHSAN MBS

Seremban: Restoran nasi kandar di daerah ini yang tular kerana didakwa mencuci sisa lauk untuk dimasak semula dikenakan kompaun dan arahan tutup selama 14 hari.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) memeriksa premis itu, petang semalam.

"Kami mengambil maklum aduan yang tular di media sosial mengenai pengendali makanan yang mencuci saki baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu.

"Ia didakwa daripada lebihan masakan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula pada keesokan hari dipercayai berlaku di sebuah restoran di Seremban.

"Jabatan ini sudah menjalankan siasatan terhadap restoran berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pemilik restoran dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan penutupan premis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"JKNNS memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru itu, orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan diwajibkan untuk memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.

"Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan 'Perhati dan Pilih' ketika memilih premis makanan serta amalkan Lihat Hidu Rasa kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan," katanya.

Sementara itu, MBS turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM750 kepada pemilik perniagaan antaranya kerana kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran MBS.

Dua kesalahan lagi adalah mempamerkan iklan tanpa kebenaran MBS dan tidak menjaga kebersihan serta tiada jadual pembersihan tandas.


Sumber : Harian Metro

14161482097515309-369620.jpg
 

Restoran didakwa masak semula sisa makanan diarah tutup 14 hari, denda RM750​


FMT Reporters
Share

Majlis Bandaraya Seremban mengeluarkan tiga kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan dan pamer iklan tanpa kebenaran serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.​

ed38580c-cuci-sisa-makanan-nasi-kandar-ss-030226.jpg

Tangkap layar video tular menunjukkan pekerja restoran nasi kandar di Seremban mencuci dan mengasingkan sisa makanan dipercayai untuk dimasak sebelum dijual semula kepada pelanggan.

PETALING JAYA: Sebuah restoran nasi kandar di Seremban yang didakwa mencuci sisa makanan sebelum dimasak dan dijual semula, diarahkan tutup 14 hari mulai semalam dan didenda RM750.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM750 kepada pemilik perniagaan atas kesalahan menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa kebenarannya serta tidak menjaga kebersihan dan tiada jadual pembersihan tandas.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berkata, arahan penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan notis kompaun dikeluarkan bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.


“Kami mengambil maklum aduan tular di media sosial mengenai pengendali makanan mencuci saki-baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu.

“Ia didakwa daripada lebihan masakan tidak habis dijual untuk dimasak semula keesokan hari yang dipercayai berlaku di sebuah restoran di Seremban.


“Jabatan ini sudah menjalankan siasatan terhadap restoran berkaitan,” katanya menurut Berita Harian sambil menegaskan ia memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.

Jelasnya, pengabaian aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan ‘Perhati dan Pilih’ ketika memilih premis makanan serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah mengelakkan keracunan makanan.”

sumber - https://www.freemalaysiatoday.com/c...sisa-makanan-diarah-tutup-14-hari-denda-rm750
 
Restoran nasi kandar di Seremban yang didakwa mencuci sisa lauk untuk dimasak semula dikenakan kompaun dan arahan tutup selama 14 hari.

 
Murah gila denda
 
RM750….1 jam punya income.
14 hari tutup….ngam2 1 Ramadhan dapat operasi semula.
Bisnes bulan puasa boleh cover 14 hari tu.
RM750….1 jam punya income.
14 hari tutup….ngam2 1 Ramadhan dapat operasi semula.
Bisnes bulan puasa boleh cover 14 hari tu.

Baik takyah denda
 
Back
Top
Log in Register