KENYATAAN MEDIA - Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak.
KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)
Ibu bapa diminta untuk memantau makanan yang diambil oleh anak anak. Jeli yang mengandungi bahan konjak dibenarkan dijual di Malaysia tetapk saiz jeli perlulah kurang dari 45mm.
Jika anda menemui jeli yang melebihi saiz 45mm sila laporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.
Penambahan konjak bagi produk jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan.
Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. Mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk seperti dikongsikan.
Ibu bapa dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk:
Sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my); atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.
haramkan semua termasuk gula2 sugus dan keropok tikam2
pandai la bangsa tu buat duit
jahanam gigi budak2 dan duit beli keropok2 bodoh
ibubapa bkn tau anak2 dok beli