BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenduri sup di lorong belakang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Penduduk sedang menikmati hidangan Sup Jangek.​

'KENDURI Sup Jangek di Lorong Belakang' menjadi satu tradisi penduduk di Fasa 10 Bandar Springhill, di sini terutama selepas mengadakan program ibadah korban dan majlis-majlis tertentu di surau.

Timbalan Pengerusi Surau Al Hijrah Fasa 10 Bandar Springhill, Abdul Fatah Zakaria berkata, sup itu kebiasaannya akan dibuat pada waktu malam dan beberapa penduduk akan mengadakan gotong-royong memasak sup jangek atau sup kaki lembu.

Menurutnya, semua yang terlibat dengan aktiviti santai ini menggelar diri sebagai geng lorong belakang memandangkan aktiviti memasak dilakukan di lorong belakang rumah kawasan perumahan ini.

"Aktiviti ini dimulakan sejak tiga tahun lalu apabila penduduk di lorong ini mengambil kaki lembu untuk dibuat sup dan mengajak mana-mana penduduk yang sempat untuk sama-sama merasai keenakan sup jangek.

"Ini adalah salah satu cara kami merapatkan silaturahim walaupun ia bukanlah aktiviti yang sering dilakukan namun ia sangat menyeronokkan," katanya.

Tukang masak sup jangek, Rostam Nasir, 43, berkata, ilham mengadakan sup jangek ini selepas melihat kaki lembu biasanya dibuang kerana tiada siapa yang mahu mengambil dan menguruskannya ketika majlis korban diadakan.

"Saya dan beberapa rakan dan menjadikan lorong belakang rumah sebagai tempat bergotong royong kami untuk memasak sup jangek. Kami juga menyediakan makanan ringan lain sebagai makanan tambahan. Seronok juga melihat gelagat rakan-rakan berkumpul sambil menikmati sup jangek," katanya.


Resepi sup tulang

Bahan-bahan


Kaki lembu yang sudah dibersihkan dan dibakar

2 sudu besar minyak makan
2 sudu besar rempah sup
4 biji kentang
1 batang lobak merah
1 pokok daun sup dan daun
bawang
1 batang serai
2 biji tomato garam bawang goreng air secukupnya

Bahan tumbuk

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 sudu kecil lada hitam

Bahan rempah tumis

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuatnya

1. Tulang kaki lembu siap di bersihkan dan dibakar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendidih.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan tabur bawang goreng dan daun sup dan daun bawang.
 
Ayat bikin dedau
 
sdap nih kalo kat ganu org wat rojak kateh kaki lembu

kenyal2 mmg sedap sungguh

tapak kaki lembu tu bila kita bakar dia tertanggal mcm sarung kasut

org2 muda yg sembelih lembu skang semua tanam kepala dgn kaki sbb tak pandai nak bela or masak camne
 
Back
Top
Log in Register