BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Pemain Bola Memakai Bunga Merah Pada Jersey

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
Setahun sekali di bulan November anda akan melihat pasukan bolasepak inggeris akan meletakkan bunga bewarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini?

Pemain+Bola+Memakai+Bunga+Merah+Pada+Jersey.jpg


Pemain+Bola+Memakai+Bunga+Merah+Pada+Jersey1.jpg


Bunga merah ini ialah bunga Poppy. Ianya dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November. Ia memperingati hari berakhirnyaPerang Dunia Pertama pada tahun 1918. Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915 puisi In Flander's Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban diFlander's Field Belgium.

Pertempuran di Flender's Field ialah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung bunga Poppy merah yang ditanam di Flender's Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.

Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth. Amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth ianya masih diamalkan.

Hari Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan paska Perang Dunia Pertama. Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan dimana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964.

Di Malaysia amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60an. Mungkin Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan . Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat di atas jersi Steven Gerrard. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya!-blog serius

Pemain+Bola+Memakai+Bunga+Merah+Pada+Jersey2.jpg


Pemain+Bola+Memakai+Bunga+Merah+Pada+Jersey3.jpg


Pemain+Bola+Memakai+Bunga+Merah+Pada+Jersey4.jpg
 
pokok popi ni pokok ganja..tak bleh tanam kat msia..apa-apa lambg ganja diharamkan kat msia..
 
seingat aku pertengahan 80an sambutan hari pahlawan masih lagi menggunakan lambang bunga poppy ni sebelum ditukar kepada bunga raya..

sebelum tu ada tradisi menghadiahkan bunga ni kpd sesiapa yg menderma..

zaman abang aku tu diorang bg gambar poppy je..

## awal 80an ganja masih bebas di M'sia.. jiran aku pernah tanam dlm pasu utk pakai sendiri...huhuhu
 
اكو ترايعت دولو اد كاسوت نام دي
Pakalolo...?

p/s:aku test type pakai Z Ultra...
 
peperangan yang dicipta sendiri kerana duit punya pasal huhuhu
 
Back
Top
Log in Register