BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa mesti berTUDUNG...??!!

hmm aku setuju..!!

semua ni d bawah pngaruh invidu gak ni..

xda pegangan yg utuh teguh...hmm

pengaruh.... :-?

ya, yang penting setiap org Islam mesti ada tanggung jawab kepada Agama sendiri.
 
bertudung dan buat maksiat dua isu yg berbeza...
 
Assalamualaikum...

Aku nak jawapan dri korg suma :mad: :-w

Tidak lama selepas kita digemparkan dengan kes video khalwat yang dikatakan hasil dari tangkapan sebuah Jabatan Agama dari sebuah laman internet, kita kini dikejutkan pula dengan aksi remaja kita yang bertudung tetapi bernafsu buas di taman-taman dan juga di lubuk tupah..Agaknya mereka terlebih baca buku Cakar Harimau Ustaz Noor Bahiyah kot? Asyik mencakar sahaja..haha..Perbuatan di taman yang dijangka selamat akhirnya telah menjadi mangsa hendapan atau ”skodeng” papparazi tak bertauliah yang ber”otak” blue…Tetapi inilah hakikatnya..Kalau masuk NTV7 Jejak Siasat tentu sekali perkataan pertama yang tersembul keluar berbunyi “Apa kejadahnya terjadi kepada masyarakat kita sekarang! Bertudung litup tidak semestinya sembahyang, tidak semestinya taat kepada tuhan, bertudung litup hanya sebagai pakaian dan suruhan ibubapa atau sekolah” haha..Ada juga di kalangan kita yang pergi belajar di UIA tetapi berbaju “spaghetti strap” di luar sana..Sungguh berani..Adakah penghayatan terhadap agama islam itu kurang? Dalam pos saya yang lalu “Tudung atau Tak Bertudung” saya mengetengahkan sebuah video klip hasil buah fikiran dan pandangan sekumpulan mahasiswa mengenai budaya bertudung..Sungguh memalukan bukan? Sudah masanya didikan agama ditingkatkan. Kesedaran dan iman wujud dari dalam hati..Sempurnakanlah sembahyang agama iman anda terpelihara!


PENDAPAT AKU LER:

BERTUDUNG ITU DAH TERANG HUKUMNYA WAJIB. MEMANG BENAR YANG BERTUDUNG TU BUKAN SEMUANYA BAIK AKHLAK DAN TAK BERTUDUNG TU BURUK AKHLAK...TETAPI WALAUPUN YANG BERTUDUNG ITU TAK BAIK AKHLAK SEKURANG-KURANGNYA DIA TAK TANGGUNG DOSA KERANA TAK BERTUDUNG...SEDANGKAN YANG BAIK AKHLAK TETAPI TAK BERTUDUNG DAH JELAS BERDOSA SEBAB TAK BERTUDUNG.

CONTOH LAIN UNTUK MUDAHKAN PEMAHAMAN IALAH SEORANG KAFIR TETAPI TIDAK MINUM ARAK, TIDAK BUAT MAKSIAT, SUKA BUAT KERJA-KERJA BAIK DAN MULIA SEPERTI BANTU ORANG MISKIN....IMBUHAN DARI ALLAH TAK ADA...MUNGKIN DAPAT PUJIAN DIDUNIA SAJA....TETAPI SEORANG MUALAF (ORANG KAFIR YANG MASUK ISLAM) TETAPI TIDAK MENGAMALKAN CARA HIDUP SEBAGAI SEORANG ISLAM MALAH MELAKUKAN BERMACAM MAKSIAT MASIH BERPELUANG UNTUK BERTAUBAT SEHINGGA DISAAT AKHIR KEMATIAN SEDANGKAN ORANG KAFIR NAK TAUBAT MACAM MANA JIKA BELUM MASUK ISLAM.

SO KESIMPULAN SAYA YANG ERTUDUNG TETAPI BERMAKSIAT SEKURANG-KURANGNYA TERLEPAS DARI DOSA TAK TAK BERTUDUNG...TETAPI YANG TAK BERTUDUNG TETAPI AKHLAK BAIK TETAP MENANGGUNG DOSA TAK BERTUDUNG.

SEMOGA DIAMPUNKAN ALLAH JIKA KESIMPULAN INI BERCANGGAH DARI KEBENARAN. AMIN/B]
 
assalamualaikum.gif


Aku ingat la bebudak zaman skrg ni pandai sgt matematik kot..
Diaorg kira mcm ni:

Kalau x pakai tudung dlm sehari = dosa X 24 jam = byk dosa tuh
Kalau pakai tudung, tapi buat maksiat dlm sejam = dosa x 1 jam = tak byk dosa tu kan

:D
 
hmmmm... menarik topik ni... bagi aku, wanita tu pun manusia biasa jugak... bertudung ataupun tidak bukan lah ukuran yg absolute... macam lelaki jugak, yg sembahyang, puasa... tapi masih jugak nak masuk pub/disko... tak gitu tuan tanah...
Dulu2, masa belajar... especially subject math/physic/etc... aku akan berusaha memahami konsep daripada hanya menghafal formula... kefahaman nyer akan lebih mendalam dan kekal dan kita akan lebih appreciate our knowledge...
I guess, kiter skrg ni lebih suka hafal formula sahaja (macam tape recorder ataupun burung kakak tua) tanpa mendalami dan memahami konsep... terutamanyer bile dilahirkan, dah islam... we take everything for granted...
 
aku pernah borak dg minah saleh bab tutup buka ni..
dia kata dia hanya dedah 4 bulan dlm setahun (musim panas)..
8 bulan lagi dia tutup aurat .. malah kalau musim sejuk dia lebih baik dari org islam.. siap pakai sarung tangan lagi.
org islam lak dedah aurat 12 bulan setahun..
 
Ada jugak pompuan yang bertudung ni sebab nak nampak cantik je. Bukan niat kerana Allah. Sebab tu lah jadi banyak perkara yang memalukan camni. Aku pon tatau nak kata apa.
 
Ada jugak pompuan yang bertudung ni sebab nak nampak cantik je. Bukan niat kerana Allah. Sebab tu lah jadi banyak perkara yang memalukan camni. Aku pon tatau nak kata apa.

yg aku jumpa lak pakai tudung sebab diaorg kata rambutu buruk.. keriting cam afro atau botak tengah..
 
Back
Top
Log in Register