BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa mesti berTUDUNG...??!!

lanbai

Super Active Member
Messages
8,041
Joined
Feb 26, 2008
Messages
8,041
Reaction score
5
Points
70
Assalamualaikum...

Aku nak jawapan dri korg suma :mad: :-w

Tidak lama selepas kita digemparkan dengan kes video khalwat yang dikatakan hasil dari tangkapan sebuah Jabatan Agama dari sebuah laman internet, kita kini dikejutkan pula dengan aksi remaja kita yang bertudung tetapi bernafsu buas di taman-taman dan juga di lubuk tupah..Agaknya mereka terlebih baca buku Cakar Harimau Ustaz Noor Bahiyah kot? Asyik mencakar sahaja..haha..Perbuatan di taman yang dijangka selamat akhirnya telah menjadi mangsa hendapan atau ”skodeng” papparazi tak bertauliah yang ber”otak” blue…Tetapi inilah hakikatnya..Kalau masuk NTV7 Jejak Siasat tentu sekali perkataan pertama yang tersembul keluar berbunyi “Apa kejadahnya terjadi kepada masyarakat kita sekarang! Bertudung litup tidak semestinya sembahyang, tidak semestinya taat kepada tuhan, bertudung litup hanya sebagai pakaian dan suruhan ibubapa atau sekolah” haha..Ada juga di kalangan kita yang pergi belajar di UIA tetapi berbaju “spaghetti strap” di luar sana..Sungguh berani..Adakah penghayatan terhadap agama islam itu kurang? Dalam pos saya yang lalu “Tudung atau Tak Bertudung” saya mengetengahkan sebuah video klip hasil buah fikiran dan pandangan sekumpulan mahasiswa mengenai budaya bertudung..Sungguh memalukan bukan? Sudah masanya didikan agama ditingkatkan. Kesedaran dan iman wujud dari dalam hati..Sempurnakanlah sembahyang agama iman anda terpelihara!
 
Last edited:
nafsu menguasai segalanya andai iman tidak kuat
 
Sempurnakanlah sembahyang agama iman anda terpelihara!

yg ni paling utama, maka kita tidak akan sesat dunia akhirat
 
bertudung wajib...

betul tu....aku lebih suka pompuan bertudung...:D
bukan sahaja bertudung tapi tudung tu biarlah labuh menutup bahagian yang patut ditutup:)paid
 
bertudung sbb setiap helai rambut itu aurat...
aurat dijaga dan akhlak dipelihara..L-)
^islamisasi seiring globalisasi^ tagline aku tuh
 
hmm tp napa jd cam ni plak skg ni..
imej tudung dah tercemar... yakah?? :-?
 
Back
Top
Log in Register