BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kenapa ayam berkokok pada waktu pagi?

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan dengan
jam ‘alarm’ semulajadi yang dimiliki ayam jantan.


bila%2Bayam%2Bberkokok.jpg


Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam ‘dalaman’ yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti mencari makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah. Namun, jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketikat matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara untuk “membangun kekuasaan” wilayahnya.

Ketika ayam berkokok, ia mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, bererti mereka minta untuk bergaduh.
 
Nice Thread Starter, kalau boleh, kupaskan isu ayam berkokok nie dengan lebih mendalam lagi, sebab nie nampak umum sangat...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
tp kdg2 aku dengor, senja2 pon ayam berkokok..
 
Kat umah aku ayam berkokok tepat masa masuk waktu solat subuh n maghrib..kadang2 waktu solat zuhur pun berkokok gak ayam nie...macam nak suruh aku solat je, jgn lambat2kan waktu solat:">
 
ayam kat umah kak ipar aku, kul 2-3 pagi berkokok, time baru nek lena x henti2 kokok..
da la parking kat pokok depan umah..adui ai..ada skali x tahan, aku dengan abang ipar aku tu g kua, jolok ayam dengan galah..
 
Kat umah aku ayam berkokok tepat masa masuk waktu solat subuh n maghrib..kadang2 waktu solat zuhur pun berkokok gak ayam nie...macam nak suruh aku solat je, jgn lambat2kan waktu solat:">

bagua ayam ko tu..
bagi aku la..aku liat bangun subuh..haha:eek::eek:
 
Dah lama tak dengar ayam berkokok.
Kat bandar mana ada ayam berkokok. Mau kena sembelih kalau ada.... :)) :)) :))
 
kdg2 kul 2 pagi pon ayam berkokok..
 
Back
Top
Log in Register