BTC USD 82,360.1 Gold USD 4,153.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

Najib seru kerjasama dunia kawal harga barang


Najib.
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerjasama peringkat antarabangsa bagi mengawal inflasi harga makanan global terutamanya dalam tempoh krisis akibat Covid-19.

Menurutnya, dunia sedang mengalami impak besar akibat Covid-19 dan banyak nyawa yang terkorban, harga saham menjunam serta gangguan terhadap rantaian bekalan kesan pasca-pandemik berikutan permintaan semakin lemah dan sumber bekalan yang tidak menentu.

“Penduduk di seluruh dunia terkesan dalam aspek pendapatan, wang simpanan dan mata pencarian mereka telah berkurangan ekoran penutupan sempadan selama berbulan-bulan yang menghalang mereka daripada mencari nafkah.

“Namun apabila ekonomi dibuka semula, mereka berhadapan pula dengan kenaikan harga makanan yang melonjak secara mendadak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Najib, kerjasama dunia diperlukan untuk bersama-sama mewujudkan infrastruktur vaksinasi global, kerana vaksinasi mega adalah satu-satunya cara untuk mengawal pandemik dan mengehadkan kesan kepada ekonomi dunia.

“Kita mesti bangunkan struktur yang pelbagai bagi memastikan perjalanan vaksin dari makmal ke tangan lebih ramai penduduk dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat.

“Oleh itu, saya menyeru negara-negara di seluruh dunia untuk mula melabur di Malaysia dan ASEAN sebagai hab serantau bagi membolehkan rantau ini mengeluarkan vaksin secara kendiri agar impak pandemik ini dapat ditangani dengan lebih efektif,” jelasnya.

Sementara itu, beliau Najib turut percaya bahawa dunia harus memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas sedia ada seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) agar peluang dalam perjanjian itu boleh digunakan untuk menurunkan tarif dan kos operasi dalam perniagaan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. – K! ONLINE

perbuatan najib ni ibarat menyuruh harimau berhenti makan daging...muahahah
 
dulu dgn gst kita boleh kawal harga barang

walaun banghal pergi hasut rakyat
 
BARANG KEPERLUAN ASAS | Harga Melonjak, Peniaga Beri Alasan Kos Tinggi

Harga beberapa barang keperluan asas terutamanya barang dapur dikesan melonjak di sekitar Lembah Klang.

Ketika diajukan kepada peniaga, alasan diberi memang harga kos tinggi ketika mendapat bekalan daripada pembekal.

​
 
KOS SARA HIDUP | Pengguna Desak Tangani Kenaikan Harga Barang

Kerajaan didesak menguatkuasakan undang-undang dan mempertingkat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan selepas berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia 4 Februari depan.

Pemantauan juga perlu dilakukan terhadap barangan yang tidak tersenarai seperti makanan kering dan pakaian yang dijangka mengalami kenaikan harga tahun ini.

​
 
KOS SARA HIDUP | Pengguna Desak Tangani Kenaikan Harga Barang

Kerajaan didesak menguatkuasakan undang-undang dan mempertingkat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan selepas berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia 4 Februari depan.

Pemantauan juga perlu dilakukan terhadap barangan yang tidak tersenarai seperti makanan kering dan pakaian yang dijangka mengalami kenaikan harga tahun ini.

​

Gaji naik tiap2 tahun ada pakar ckp...pastu pilihan kt tangan kt sendiri pakar tu bg tau...jd xyah merungut atau mengeluh bang hehehe....
 
Back
Top
Log in Register