BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

PUTRAJAYA: Trend peningkatan harga barangan ketika ini disifatkan masih lagi dalam situasi normal terutama melibatkan barangan makanan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemantauan harga barangan melibatkan 480 jenis barangan dan 1,583 premis secara harian, mingguan dan bulanan.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati, kebenaran merentas negeri bukan menjadi punca utama kenaikan harga secara tidak terkawal oleh peniaga, tetapi kerancakan ekonomi akibat pembukaan banyak sektor menjadikan permintaan bekalan melebihi penawaran.

“Ini menyebabkan tekanan harga akibat persaingan yang kuat mendapatkan bekalan.
“Keadaan ini dijangka bersifat sementara kerana penstabilan bekalan dilakukan sebelum kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia mengambil masa untuk memenuhi permintaan sedia ada dan luar biasa yang berlaku ketika ini,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan seluruh negara menyaksikan peningkatan harga barangan keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan yang memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna.

Alexander berkata, sehingga bulan lalu, sebanyak 788,674 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara dengan 9,953 kes kesalahan seperti di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Cap Dagangan 2019, Akta Timbang & Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Jelasnya, sebanyak 5,348 notis di bawah AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga bagi menyiasat sekiranya terdapat peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan mencatut.

Katanya, 62 kes di bawah AKHAP 2011 juga dihasilkan, dua kes dikenakan kompaun, manakala selebihnya masih di dalam siasatan.

Beliau berkata, kebanyakan faktor berlaku kenaikan harga terutamanya bagi makanan adalah disebabkan faktor cuaca, kos bahan mentah dan permintaan yang melebihi penawaran.

Selain itu katanya, kenaikan harga baja dan racun pula adalah bersifat global dan seluruh dunia merasai kesan kenaikan harga bahan kimia tersebut.

Jelasnya, penguatkuasaan turut dilakukan melibatkan bahan binaan di bawah Op Catut 8.0 pada 7 hingga 15 April lalu.

Daripada pemeriksaan itu, 120 notis bertulis melibatkan 176 jenis barangan dikeluarkan dan satu kes dihasilkan.

Katanya, ini menunjukkan kenaikan harga bahan binaan tersebut adalah kerana kenaikan kos input dan bukanlah aktiviti mengambil untung.




​

Kenyataan xpakai otak... Makan gaji buta... Setakat cakap macam tu budak sekolah rendah pun boleh baca teks saja... Bangang...

Ape solusi pun xde..tolong la pecat dia ni...
 
Last edited:
Kerajaan jgn bg muka pada pengusaha dan org tgh jika terbukti golongan ini sengaja memanipulasi sesuatu perkara demi menghalalkan kenaikan harga, jika itu berlaku akhirnya rakyat juga akan mempersalahkan kerajaan, seharusnya kerajaan bertindak kejam terhadap golongan mereka ini, jika mereka sengaja naikkan harga, tingkatkan kuantiti import sayur2an biar berlambak, wujudkan pusat sehenti agar peniahmga2 kecil boleh mendapatkan bekalan jualan sayur2an dgn harga murah seterusnya dapat menjual dgn harga berpatutan di pasaran. Ajar mereka ini sampai nyawa2 ikan. Biar mereka tahu tinggi dan rendah langit itu. Jgn tunduk desakan mereka
 
Barang keperluan lain dijangka naik sebulan lagi

KUANTAN - Peniaga di daerah ini meramal beberapa harga barang keperluan asas lain dijangka meningkatkan dalam tempoh sebulan lagi.

Rata-rata peniaga mendakwa kenaikan harga barangan keperluan itu membabitkan tepung gandum, gula, beras, roti, minyak masak, barang merah, bawang besar, ikan dan daging.

Jika benar dakwaan tersebut, situasi itu pasti memberi tekanan berganda bukan sahaja kepada peniaga, tetapi juga pengguna selepas berdepan dengan beberapa episod kenaikan harga bagi barangan basah sejak dua minggu lalu.

 
Dah bagi hint siap siap nampak

Kita je yg lalai
 
Memang akan jadi rantaian selepas ini dgn tambahan kejatuhan nilai ringgit yg terkini, bahan mentah yg berasal dari luar negara akan mengalami kenaikan seterusya mana2 produk makanan berdasarkn bahan mentah tadi akan turut mengalami kenaikan
 
aku terlibat secara lansung dlm sektor pembinaan, bahan binaan naik berkali2 terutamanya melibatkan besi.. dlm beberapa bulan ni, hampir seganda naik..
 

Jeritan rakyat: Kenaikan harga barang, apa solusinya?​

November 26, 2021
IMG-20211126-WA0011-696x391.jpg

RATA-rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila-gila. Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus. Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan.

Orang yang berduit dan bergaji besar tak kisah semua ini, tetapi rakyat marhaen, kantin sekolah, sekolah berasrama penuh, maahad tahfiz, sekolah Agama Rakyat dan rumah kebajikan anak yatim dan sebagainya sangat terkesan dengan kenaikan ini.


Penaik yuran makan, adakah itu satu solusi yang tuntas? Ya, mungkin itu satu jalan keluar kepada pihak tertentu sahaja tetapi membebankan pula pihak yang lain. Itu kenaikan terpaksa kerana kos meningkat.

Berapa perbelanjaan isi rumah hari ini? Berapa komitmen bulanan yang perlu disediakan oleh ketua keluarga? Inilah himpitan hidup.

Golongan kapitalis sering mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kelemahan pihak rakyat kebanyakan. Sorok barang, manipulasi harga dan berbagai helah mereka. Usah harapkan mereka ada hati perut untuk fikir kesusahan pihak lain.

Sepatutnya semua pihak insaf, saling tolong menolong ketika semua pihak masih terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Masing-masing ada cara untuk menolongnya. Peniaga, pembekal ada cara tolongnya iaitu mengenakan harga berpatutan.

Manakala orang ramai pula selaku pelanggan menolong peniaga, pembekal untuk menghidupkan putaran ekonomi melalui kuasa beli yang ada kepada mereka. Yang pentingnya jangan terlalu tamak haloba.

Kerajaan perlu tingkatkan kawalan di dalam semua sektor kerana setiap masalah saling berkaitan di antara satu dengan yang lainnya.

Untuk mengatasi masalah ini, integriti sangat diperlukan. Sebab itulah Islam mewajibkan semua pihak menunaikan amanah yang ditanggungnya. Solusinya ialah penyelesaian Islam untuk sistem hidup manusia. Manusia hari ini dijajah oleh manusia yang hilang sistem nilai.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang – HARARKAHDAILY 26/11/2021

Sumber Asal:
 
Back
Top
Log in Register