scammer reset password ..cuma saya masih lagi x dpt jawapan sebelum dia reset password tu dari mana dia boleh dpt maklumat pembelian saya dalam lazada..yg tu pun masih diselubungi misteri
Takde misteri dah. Seller yang konon jual asus rog rega tak lojik 1.3k tula scammer.
1- scammer bukak iklan konon jual barang rega melampau murah. Barang tak wujud pon just nak umpan je.
2- buyer beli, bayar ke lazada sebagai escrow.
3- lazada bagi detail buyer termasuk alamat emel ngan no fon buyer ke seller scammer tadi untuk urusan pos . Ni proses biasa je, lojikla seller kena ada detail buyer untuk pos/resit.
4- seller scammer try login ke lazada guna detail tadi, emel/no fon tu.
5- lazada mintak password login.
6- seller scammer nyamar jadi lazada, emel/sms/wasap buyer konon nanti akan ada tac dari lazada untuk urusan pos dan dia nak tac tu.
7- seller scammer klik forgot password kat login lazada tadi.
8- buyer dapat emel/sms dari lazada, ada tac untuk reset password.
9- buyer bagi tac tu ke seller scammer.
10- seller scammer sukses login akaun lazada buyer sebab dah boleh reset password.
11- seller scammer yang dah bole akses akaun lazada buyer klik refund untuk barang melampau murah tadi yang konon dia jual, yang buyer dah bayar kat lazada.
12- lazada refund ke akaun buyer yang dah dalam kawalan seller scammer.
13- seller scammer guna akaun buyer yang dalam kawalan dia untuk beli barang virtual yang takde postage guna duit refund tadi.
14- rinse and repeat. Tunggu buyer lain pulak.