BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ulat dalam telur masin di kedai mamak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201



Tadi makan dekat restoran mamak area Sg. Petani.. restoran yang agak baru juga la, ada ulat dalam telur masin!

Memang serrr!! Bila pi bagitau kat depa, depa hanya mai ambik pinggan kata tak payah bayar.. satu mintak maaf pun takdak.

Memang dasar! kotoq betoi. Restoran area Sg. Petani selatan, kedai baru.. kedai corner lot, signboard besaq warna hitam.

- Anon
 
Premis nasi kandar jual telur masin berulat diarah tutup


SUNGAI PETANI – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan premis makanan di daerah ini yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat pada kelmarin ditutup sementara.

Pengarahnya, Dr. Ismuni Bohari berkata, perintah penutupan premis itu dilaksanakan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“JKN Kedah mengesahkan aduan diterima melalui Facebook Penduduk Sungai Petani pada Selasa lalu berkaitan penemuan ulat dalam telur masin dan kebersihan premis berkenaan.

Verifikasi aduan juga telah dilakukan dengan pengadu bagi mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda telah menjalankan siasatan lanjut pada semalam dan mendapati premis itu gagal mematuhi keperluan kebersihan premis di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983.

Ismuni berkata, selain perintah penutupan, JKN Kedah turut mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap premis itu.

“Pemeriksaan semula premis itu akan dijalankan selepas pemiliknya dapat mematuhi semua arahan pembersihan dan mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan PKD Kuala Muda.

“Pihak kita akan terus memantau bagi memastikan premis makanan yang beroperasi mematuhi Peraturan-peraturan Makanan di bawah Akta Makanan 1983 bagi mengelak kejadian sama berulang,” tambahnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan sebuah premis nasi kandar tular susulan rakaman video dimuat naik seorang pelanggan yang mendakwa menemui ulat di dalam telur masin semasa menjamu selera di premis itu bersama seorang rakannya tengah hari kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

6089277304124588696_121.jpg
 
6100683049340618066_121.jpg


Aduan Awam

Lg Kes Ulat Masih Hidup Dalam Makanan Di Kedai 23jam Di Parkland..
Walupun Ulat Sayur, Nampak Gayanya Sayur Tidak Dibasuh Sebelum Dimasak..

Kredit ➡️ KHI
 
Back
Top
Log in Register