BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai kena sembelih di bazar ramadhan

ada sesapa lagi ke terkene sebegini
 
1771658674944.png
 
374796-374796.jpg

Harga bazar Ramadan ‘cekik darah’, ayam golek cecah RM60

PETALING JAYA – Segelintir pengguna media sosial mula mempersoalkan harga makanan di bazar Ramadan tahun ini yang didakwa semakin tinggi dan tidak masuk akal.

Menurut hantaran di laman X @MalaysianFoods, terdapat peniaga yang didakwa meletakkan harga bagi ayam golek sehingga mencecah RM60 seekor.

Hantaran yang sama turut berkongsi beberapa harga makanan terkini yang dijual di bazar Ramadan.

“Ini sebab kenapa kita tak perlu pergi bazar. Harga karipap RM10, murtabak RM10 sekeping, roti john ayam RM20 manakala daging RM25 serta air balang cawan kecil RM8 dan cawan besar RM15,” katanya.

“Tidak disangkal lagi harga di bazar Ramadan mahal dan tidak berpatutan malah ada yang menipu, elok masak sendiri di rumah dan makan ala kadar sahaja,” kata Hassan.

“Tak silap aku, tahun lepas murtabak RM5 sekeping kan. Lajunya naik sampai RM10,” soal Iceb.

“Betul-betul ‘cekik darah’. Baik pergi restoran makan untuk berbuka,” kata Hafiz. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
375010-375010.jpg

‘Sup nasi ayam dah rupa air suam, apa nak jadi bazar sekarang ni…’

PETALING JAYA – "Macam air suam saja. Tak ada daun bawang, daun sup. Apa dah jadi bazar sekarang ni?”

Itu antara keluhan pengunjung yang kecewa dengan sikap segelintir peniaga bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kualiti dalam penyediaan makanan mereka.

“Kuah sup nasi ayam di bazar SP (Sungai Petani),” tulisnya ringkas berserta gambar sup yang dibungkus dalam plastik kecil semalam.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga bazar Ramadan yang didakwa hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sesetengah peniaga mengambil kesempatan di bulan puasa (untuk) mengaut keuntungan,” dakwa @asma Wati Talib.

“Kenapa buat begitu? Kasihan pelanggan yang tak sempat masak, tak rasa bersalah ke orang yang menjual?,” soal netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Harga bawang sekilo kat pasaraya baru RM2 ja, tepung harga kawalan, minyak masak confirm pakai minyak paket subsidi, telo harga minggu ni turun, gred C RM8.90. Ayam harga tak naik, lebih murah sejak subsidi depa tarik balik.. Daging pakai daging frozen. Itupun nak nampak isi ayam /daging pun payah,hancuq² ja..bawang ja penuh..

RM10 sekeping.
Baik punya sembelih,mengalahkan mamak😬

Bukan kerajaan tak bantu kawal harga, tetapi peniaga yang tamak..

Kata namanya murtabak?
Kasi la harga mur-mur..
Ini tamak, hantam sampai 10ringgit..
Lebih letak nama murtamak!
Kan ngam tu😆
 
murtabak macam ni harga 4-5 ringgit je.
Dia pegi jual 10 ringgit.
 
375010-375010.jpg

‘Sup nasi ayam dah rupa air suam, apa nak jadi bazar sekarang ni…’

PETALING JAYA – "Macam air suam saja. Tak ada daun bawang, daun sup. Apa dah jadi bazar sekarang ni?”

Itu antara keluhan pengunjung yang kecewa dengan sikap segelintir peniaga bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kualiti dalam penyediaan makanan mereka.

“Kuah sup nasi ayam di bazar SP (Sungai Petani),” tulisnya ringkas berserta gambar sup yang dibungkus dalam plastik kecil semalam.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga bazar Ramadan yang didakwa hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sesetengah peniaga mengambil kesempatan di bulan puasa (untuk) mengaut keuntungan,” dakwa @asma Wati Talib.

“Kenapa buat begitu? Kasihan pelanggan yang tak sempat masak, tak rasa bersalah ke orang yang menjual?,” soal netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
Sungai petani dekat petaling jaya ke?
 
SATU MALAYSIA KENA SCAM MAKANAN DI BAZAR RAMADAN‼️ LELAKI SOUND PENIAGA BAZAAR​

Isu makanan bazar Ramadan kembali hangat diperkatakan selepas beberapa video perkongsian netizen tular di media sosial. Antara aduan yang dibangkitkan termasuk makanan tidak masak, terlebih hangus serta harga yang dianggap tidak setimpal.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna yang meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti juadah bazar. Dalam masa sama, seorang lelaki turut tampil dalam video memberi teguran kepada peniaga agar berniaga dengan ikhlas, menjaga kualiti makanan dan tidak hanya mengejar keuntungan.

Cerita penuh Dalam video..

Back
Top
Log in Register