‘Sup nasi ayam dah rupa air suam, apa nak jadi bazar sekarang ni…’
PETALING JAYA – "Macam air suam saja. Tak ada daun bawang, daun sup. Apa dah jadi bazar sekarang ni?”
Itu antara keluhan pengunjung yang kecewa dengan sikap segelintir peniaga bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kualiti dalam penyediaan makanan mereka.
“Kuah sup nasi ayam di bazar SP (Sungai Petani),” tulisnya ringkas berserta gambar sup yang dibungkus dalam plastik kecil semalam.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga bazar Ramadan yang didakwa hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Sesetengah peniaga mengambil kesempatan di bulan puasa (untuk) mengaut keuntungan,” dakwa
@asma Wati Talib.
“Kenapa buat begitu? Kasihan pelanggan yang tak sempat masak, tak rasa bersalah ke orang yang menjual?,” soal netizen lain. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online