dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 46,707
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 46,707
- Reaction score
- 4,824
- Points
- 266
Muhammad Azmi Jamaludin
dSnrpstooe28gl3403t7ahci4871a5i8cmg9clftua02fm7ft0ca0tt0um63 ·Selama bertahun-tahun, skrip yang sama berulang setiap kali Ramadan tiba. Kita sentiasa disajikan dengan realiti pahit di bazar:
Bila pelanggan merungut, jawapannya standard:
"Sewa tapak mahal, bang. Barang mentah semua naik harga."
Kita faham peniaga nak untung. Tapi bila keuntungan itu dicari dengan cara menjerat leher pelanggan yang juga sedang sesak, akhirnya pasaran akan mencari jalan keluarnya sendiri.
1. Masuknya Gergasi Lanskap Berubah
Tahun ini, landskap bazar berubah. Di hujung barisan khemah marhaen, muncul nama-nama besar. Mereka nampak ruang yang ditinggalkan oleh peniaga tempatan iaitu ketidakpuasan hati pelanggan.
Strategi mereka mudah tetapi cukup perit buat peniaga tempatan :
Bila peniaga air balang letak harga RM6-RM7 untuk air kordial kualiti rendah, tiba-tiba jenama besar tawarkan kopi atau teh premium dengan harga RM3.90 pelanggan takkan fikir dua kali. Ini bukan lagi soal sokong lokal ini soal value for money.
2. Muhasabah Buat Peniaga Cekik Darah
Kita kena jujur. Sebahagian peniaga kecil sudah terlalu selesa. Mereka sangka pelanggan tiada pilihan dan akan sentiasa beralah atas tiket sedekah di bulan puasa. Tapi pelanggan sekarang makin bijak dan kesabaran mereka ada hadnya:
Kehadiran jenama besar ini membuktikan bahawa harga kompetitif dan kualiti terjaga boleh dicapai jika ada sistem operasi dan pengurusan yang betul.
3. Dilema Peniaga Kecil
Namun di sebalik kemarahan kita pada peniaga yang cekik darah, kita tidak boleh buta. Masih ramai peniaga tempatan yang jujur, bersih dan ikhlas mencari rezeki. Kemasukan jenama gergasi secara besar-besaran ini juga mengancam periuk nasi mereka.
Jenama besar ada ekonomi skala. Mereka beli bahan mentah bertan-tan dan mampu jual murah (RM3.90) sebagai strategi burn cash. Peniaga kecil yang jujur takkan mampu lawan kerana mereka beli barang di kedai runcit biasa.
Keuntungan jenama besar disalurkan ke syarikat korporat. Tapi keuntungan peniaga kecil marhaen akan digunakan untuk bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur dan duit itu berpusing semula dalam komuniti kita.
Jika semua peniaga kecil gulung tikar kerana tak boleh bersaing tidak mustahil syarikat gergasi ini akan mula memonopoli harga pada masa akan datang.
Dari sudut ekonomi, inilah realiti persaingan. Jenama besar datang sebagai penyelamat dompet rakyat di saat pelanggan kecewa.
Zaman peniaga kecil boleh jual ikut sedap hati sudah berakhir. Peniaga kini perlu bermuhasabah
adakah harga yang ditawarkan benar-benar berbaloi dengan kualiti ?
Buat pembeli, jadilah pengguna yang bijak. Kita boikot peniaga yang tamak dan cekik darah tapi jangan kita abaikan peniaga kecil yang jujur.
Teruskan menyokong mereka yang menjaga kualiti dan kebersihan. Kadang-kadang, beza RM1-RM2 yang kita bayar kepada mereka itu adalah talian hayat yang membolehkan sebuah keluarga bertahan di bulan yang mulia ini.
sumber -