BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kena influenza, habis konsert terus masuk hospital

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
abby.jpeg

SEJURUS selesai konsert bersama kumpulannya, Elite, Abby Abadi terus ditahan di wad hospital akibat influenza.

Kena influenza, habis konsert terus masuk hospital" PETALING JAYA – Gagahkan diri demi konsert Elite, penyanyi Abby Abadi yang demam sebelum beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyerah diri ke hospital sebaik persembahan mega bersama kumpulannya disempurnakan semalam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, meminta maaf apabila keadaannya semakin lemah pada hari konsert sehingga stamina serta tumpuan terganggu ketika muncul di atas pentas.

“Balik dari latihan terus rasa tak sedap badan, tapi belum teruk lagi. Esok pagi sebelum konsert, ada latihan lagi dan masa itu badan dah mula rasa lain. Saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan.

“Serius, lemah rasa badan. Itu yang hilang fokus. Saya minta maaf pada semua terutama anggota Elite, X Factor dan penonton,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Pada hantaran sama, penyanyi juga pelakon itu turut berkongsi fotonya berada di wad sebuah hospital mendapatkan rawatan.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan suhu badan mencecah 40 darjah Celsius, manakala ujian darah menunjukkannya dijangkiti influenza.

Memotivasikan diri, ibu kepada enam anak itu berharap situasi dilaluinya memberikan memori indah untuk diingati ke akhir hayat.

“Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai. Semoga meninggalkan kenangan manis buat semua,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan selebriti menitipkan doa agar Abby cepat sembuh.

“Patutlah nampak lemah. Infuenza kalau serang lagi teruk daripada Covid-19. Semoga baik-baik sahaja puan,” tulis netizen.

Pada 21 September lalu Abby bersama Linda Rafar, Azza Zawari, Shasha Saidin dan Watie Sadali merealisasikan konsert Elite Live ’25 yang disaksikan lebih 2,500 peminat. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Abby, kuatnya you gigih buat konsert tu. Tapi iyelah, kesihatan mana leh main suka2. Cepat sembuh lah, fans ramai doakan. Pandai pulak sempat upload IG pic kat hospital tu ye. Malas2 pun ada effort!

 
Back
Top
Log in Register