BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen PELABUR BIJAK Kebangsaan 2012-2013

Is the KPBK campaign benefits you??


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
lg psl Kempen Pelaburan Bijak Kebangsaan

Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka memanfaatkan pasaran modal dan mencapai matlamat pelaburan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, beberapa program pendidikan telah dijalankan termasuk "Kempen Pelaburan Bijak Kebangsaan" anjuran Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang diadakan dari Oktober 2012 hingga Mac 2013, yang memberi manfaat kepada hampir enam juta pelabur baharu dan bakal pelabur.

"Ini semua merupakan inisiatif untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan pelaburan rakyat, agar mereka juga boleh meraih manfaat daripada pasaran modal yang sedang berkembang," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke ibu pejabat SC di sini hari ini.

Celik kewangan amat penting bagi orang ramai untuk mengelakkan mereka daripada berurus niaga dengan pelaburan atau skim kewangan yang menarik tetapi menyalahi undang-undang.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...ahap-celik-kewangan-rakyat-Malaysia-ditingkat
 
Back
Top
Log in Register