Assalamuailakum ramai dari kita yang mengeluh apabila FAM mengambil tindakan tidak mengemukakan bantahan kepada AFC berkenaan dengan manipulasi umur pemain yang dilakukan oleh myanmar..
ketika ini sudah berpuluh-puluh memorandum dihantar kepada FAM sejak dari zaman kesuraman bolasepak malaysia lagi. tapi apakah tindakan yang dibuat oleh FAM. tiada apa tindakan pun... FAM tetap dikendalikan oleh orang-orang lama... dari presiden sehinggalah ke ahli jawatankuasa.. jadi apakah memorandum sahaja sudah cukup... apa yang peminat-peminat bolasepak malaysia boleh lakukan untuk menyedarkan FAM...berdemo sudah memorandum pun sudah malahan ada yang menggodam laman web FAM tapi FAM masih lagi menjadi badan ekslusif kelompok-kelompok tertentu...
saya sebagai salah seorang penyokong tegar pasukan bolasepak malaysia ingin mencadangkan kempen yang diberi nama KOSONG 1.0 kepada semua penyokong bolasepak tempatan baik penyokong negeri mahupun penyokong pasukan kebangsaan.. kempen ini menggerakkan semua penyokong untuk mengosongkan semua perlawanan liga super , persahabatan antarabangsa , piala malaysia... malahan semua kejohanan yang dianjurkan oleh FAM... kempen ini semestinya dapat menyedarkan kepimpinan FAM bahawa semua penyokong bolasepak tempatan sudah muak dengan kepimpinan FAM... kantung FAM pun sudah semestinya menyusut dengan kempen ini.... kempen ini hendaklah berjalan sehingga presiden dan semua ahli jawatankuasa FAM meletak jawatan...