BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Kosong 1.0

kalau sayangkan bolasepak malaysia kempen ni haruslah di gerakkan dengan kadar segera
 
kalau nk bg berkesan kempen tukar kepimpinan FAM ni senang jer..

1 - jgn pergi lgsg stadium liga anjuran fam atau perlawanan yg melibatkan pasukan negara. biar stadium KOSONG

itu je 1 tips yg kalau buat selama 1-2thn konfom akan turun sume old timer fam

gud idea...tp mmg bley jln ke idea ni.?
 
kempen ni baru saja bercambah melalui perbincangan bersama2 forumer di harimaumalaya forum... ini adalah jalan terakhir yang dapat kita lakukan dan yang boleh kita lakukan sebagai penyokong
 
kawe sokong cdangan ini...prlawanan pasukan negara biar kosong stadium...kita support pringkat negeri kita aje...
 
last2 FAM...angkut budak sekolah la kasi penuh..
 
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) teruk kena hemtam lagi. Satu isu Kongres FAM Sabtu lalu, yang dikhabarkan diadakan tanpa banyak beri ruang kepada idea-idea untuk dikemukakan. Ikut statut FAM, sebarang usul hendaklah dikemukakan kepada urusetia lebih awal.

Kedua, isu Myanmar yang membariskan pemain melebihi had umur pada kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun baru-baru ini. Baca laporan ESPN Star

Sepanjang 20 tahun membuat liputan bola sepak, isu ini bukan baru.

1994, Syria muncul juara Asia Bawah 20. Iraq tempat keempat. AFC guna imbasan sinar X atau x ray untuk mengukur kematangan rangka tulang yang terbentuk. AFC juga cadangkan pemeriksaan gigi pemain.

1999 pra-Olimpik di Hong Kong - Kecoh isu pasport pemain Nepal...tapi sekadar cakap-cakap tanpa bukti.


2000 - Oman, Bangladesh, Nepal, Thailand dan Iran dikenakan tindakan yang sama kerana didapati bersalah menipu umur pemain.

Pada 2001 Thailand didapati bersalah menurunkan dua pemain lebih usia untuk Kejohanan Asia Bawah 16 tahun di Vietnam.


Pada 2002, AFC menggantung 12 pemain dari Yemen dan Pakistan Kejohanan Asia Bawah 17 tahun
empat dari Yemen, lapan dari Pakistan. Ini hasil pemeriksaan x-ray AFC dan juga imbasan tulang pergelangan tangan yang mengukur kematangan rangka tulang tubuh.


Seperti ribuan yang lain, aku yakin Myanmar memang menipu umur pemainnya.

Tapi kalau aku jadi Ong Kim Swee, ini yang aku buat:

1. Memandangkan kita dah suspect Myanmar dah lama, dari awal jolok pemberita dan wartawan untuk timbulkan isu ini sebelum kejohanan. Nampakkan ia datang daripada media, bukan pengurusan pasukan.

2. Nyatakan bantahan dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

3. Kalah atau menang, dari segi persepsi Malaysia sudah menang sebelum menentang Myanmar kerana sudah ada gambaran atau tanda-tanda mereka menggunakan pemain melebihi had usia.

4. Bekerjasama dengan pegawai IT FAM untuk menyiasat segala rekod pertemuan membabitkan Myanmar dalam semua kategori had umur sebelum ini dan menyiasat nama-nama pemain dan tarikh lahir mereka.

Untuk mengharapkan FAM mengemukakan rayuan sedangkan Myanmar memberi dokumen-dokumen menunjukkan kononnya pemain layak dari segi had umur, adalah sukar.

Jadi ini cadangan aku:

1. Pastikan setiap pasukan kategori umur di bawah naungan FAM ada pentadbir yang skop tugasnya menyiasat latar belakang pasukan lawan. Kumpulkan semua maklumat semua pemain, semua pasukan untuk diselitkan ke dalam pangkalan data, lengkap dengan biodata, video dan gambar. Kalau dibuat dari usia 12 tahun, bermakna kita ada rekod sehingga pemain itu beraksi di Sukan SEA yang dikhaskan buat pemain Bawah 23 tahun. Kalau ada sebarang syak wasangka, siasat ikut carian. Melainkan negara lain meletakkan pemain yang tidak pernah beraksi di peringkat had umur, pangkalan data ini boleh menafikan dakwaan negara lawan yang mereka tidak menipu. Jika ada kes dan hujah yang kuat, AFC terpaksa timbang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada laporan Match Comissioner.

2. Gabungan Bola Sepak Asia, istilah yang kita pakai dulu sebelum ditukar jadi Konfederasi (AFC), harus lebih berani mengambil tindakan dengan mengenakan syarat-syarat ketat sambil memantau Jawatankuasa Penganjur yang biasanya digelar LOC, Local Organising Committee (LOC). Jangan ingat nak bercuti atau ambil elaun dalam US dollars!

3 . FAM pula harus bijak berbincang dengan pemain yang menjadi mangsa agar faham bahawa sebarang bentuk bantahan harus diiringi hujah dan bukti kuat sambil meyakinkan mereka usaha sedang dibuat agar isu ini tidak berulang.

http://rizalhashim.blogspot.com/
 
Back
Top
Log in Register