maxpda
Legendary Member

- Messages
- 15,358
- Joined
- Jan 15, 2007
- Messages
- 15,358
- Reaction score
- 2,615
- Points
- 261
Ada ramai lagi kan dalam pandora paper...ape perkembangan yg lain2 tu..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



Kalau ingat keyword
Memang kita akan mudah jumpa thread yang kita pernah komen dalam CG ni![]()


Ada ramai lagi kan dalam pandora paper...ape perkembangan yg lain2 tu..






ya bro .. saya lupa PANDORA ke PANAMA ke .. adui .. kang saya bagi $$$ kat CMM![]()

Ada ramai lagi kan dalam pandora paper...ape perkembangan yg lain2 tu..


Boleh juga kongsi mata E-Wallet sebagai tanda penghargaan![]()








ada bukti pe CMM![]()
Lagi amanah berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan
Diterbitkan: Jan 18, 2024 11:54 AM
⋅
Dikemaskini: 11:56 AM
Ketika siasatan SPRM sedang berjalan, dokumen yang bocor mendedahkan bahawa ahli keluarga Daim Zainuddin adalah pemilik benefisial satu lagi aset amanah luar pesisir yang bernilai ratusan juta ringgit.
Dokumen yang diperoleh Konsortium Kewartawanan Penyiasatan (ICIJ) yang dikongsikan bersama dengan Malaysiakini, menunjukkan amanah itu ditubuhkan atas nama isteri bekas menteri kewangan tersebut, Naimah Khalid dan dua anak mereka, Muhammed Amir dan Muhammed Amin.
![]()
Pada 10 Jan lalu, ketiga-tiga mereka diarahkan ke SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan yang tidak diisytiharkan yang dipegang oleh Daim berikutan pendedahan Malaysiakini dan ICIJ mengenai Kertas Pandora Papers pada 2021.
Ketika itu, Daim berkata semua kekayaannya diperoleh secara sah dan amanah tersebut adalah sebahagian daripada pengurusan harta pusaka yang sah, manakala minggu lalu, Naimah berkata siasatan tersebut bermotifkan politik dan akan menyaman SPRM.
Naimah Khalid![]()
Kebocoran terbaru daripada penyedia perkhidmatan dari Kepulauan Cayman menunjukkan bahawa sehingga 2020, terdapat aset bernilai kira-kira AS$52.56 juta (RM244.06 juta) yang dipegang dalam ZA Trust, yang dimiliki oleh Naimah, Amir dan Amin.
Ini mengatasi aset yang dimiliki dalam amanah luar pesisir yang sebelum ini dikaitkan dengan Daim. Maklumat terhad menunjukkan nilainya kurang daripada £25 juta (RM148.26 juta).
Kebocoran terbaru menunjukkan ZA Trust turut menerima pinjaman sebanyak AS$49 juta (RM227.53 juta) daripada Adam Zeta Trust tetapi tidak ada butiran mengenai tujuan atau siapa pemilik Adam Zeta Trust.
Dokumen yang bocor adalah daripada Cayman Genesis Trust & Corporate Services Ltd, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti pembentukan dan pentadbiran syarikat, pendaftaran dan pentadbiran perkongsian, perkhidmatan amanah, perkhidmatan pengarah dan banyak lagi.
Kepulauan Cayman adalah antara tempat perlindungan cukai yang digemari oleh individu yang kaya-raya untuk menyimpan aset mereka atas pelbagai sebab yang tidak semestinya menyalahi undang-undang.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat tekanan untuk lebih ketelusan berhubung aset yang dimiliki di kawasan perlindungan cukai demi memerangi pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
![]()
Malaysiakini telah menghubungi Daim dan keluarganya melalui peguam mereka Tommy Thomas dan Rajesh Nagarajan, dan sedang menunggu jawapan.
ICIJ juga telah menghubungi Genesis Trust untuk mendapatkan maklum balas.
Dalam dokumen pematuhan yang bocor oleh Genesis Trust, pemilik benefisial ZA Trust - isteri dan anak Daim - dianggap sebagai "berisiko tinggi" kerana hubungan mereka dengan Daim.
Menurut penyata kewangan, nilai ZA Trust meningkat beberapa kali berbanding 2019, apabila ia menerima keuntungan daripada "penilaian semula pelaburan tidak disebut harga" sebanyak AS$42.80 juta (RM198.74 juta).
Ini adalah saham dalam tiga syarikat berdaftar luar pesisir - Branworth Holdings Limited, Copperfield Investment Holdings Limited dan Straits Properties Holdings Limited.
Syarikat-syarikat itu, yang tidak dimiliki sepenuhnya oleh ZA Trust, mempunyai hartanah di AS dan UK.
Di AS, hartanah tersebut dimiliki di bawah pelbagai lapisan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), Massachusetts dan Delaware. Ia termasuk hotel, tempat letak kereta, dan hartanah komersial dan kediaman.
Copperfield Investment dan Straits Properties pula memiliki hartanah di tengah-tengah kota London.
Ini termasuk sebahagian daripada 50 St Mary’s Axe di daerah kewangan London, sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat, yang dibeli oleh Copperfield pada harga £23.7 juta (RM140.57 juta) pada 2013
![]()
Copperfield Investment memiliki sebahagian daripada tingkat bawah bangunan itu, yang terletak di daerah kewangan dan hanya 200 meter dari bangunan pencakar langit ikonik The Gherkin, menurut Pendaftaran Tanah UK.
Berdasarkan penyenaraian hartanah, ruang dalam bangunan itu disewa pada harga £59.50 (RM352.91) setiap kaki persegi.
Straits Properties pula memiliki keseluruhan bangunan pejabat dan tanah di London, dibeli dengan harga £31.5 juta (RM186.84 juta) pada 2014.
Bangunan lapan tingkat yang dipanggil One Crown Court terletak kurang daripada 500 meter dari Katedral St Paul.
![]()
Bangunan seluas 48,183 kaki persegi itu disewakan dengan harga £68.50 (RM406.30) setiap kaki persegi, menurut penyenaraian syarikat hartanah itu.
Lapisan pemilikan
ZA Trust memiliki saham di tiga syarikat - Branworth, Copperfield Investment dan Straits Properties - semuanya diperbadankan di kawasan perlindungan cukai dan, seterusnya, dimiliki oleh lapisan amanah dan syarikat yang diperbadankan dalam bidang kuasa luar pesisir, yang mengaburkan pemilik sebenar mereka.
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua daripada syarikat tersebut mempunyai pautan dengan Daim di luar ZA Trust melalui individu yang dikenali sebagai Francis Donald Ventura.
Warganegara Britain itu disenaraikan sebagai pemilik benefisial Copperfield Investment yang diperbadankan BVI dan syarikat BVI Straits Properties, dalam syarikat pendaftaran syarikat UK Companies House.
![]()
Ventura adalah pemegang amanah bagi Yayasan Ilham yang diperbadankan di UK, yang diasaskan oleh Naimah pada 2016. Amir dan Amin menjadi pemegang amanahnya pada 2017.
Yayasan amal itu, yang mengisytiharkan tiada keuntungan sejak tiga tahun lalu, mempunyai nama yang sama dengan Menara Ilham, bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur yang disita SPRM bulan lalu berhubung siasatannya terhadap Daim.
Kedua-dua syarikat yang dimiliki oleh Ventura juga dimiliki oleh dua syarikat amanah luar pesisir - termasuk satu yang berkongsi bangunan pejabat yang sama dengan firma yang menguruskan amanah keluarga Daim di Kepulauan Cayman.
Dalam afidavitnya memohon semakan kehakiman yang mencabar siasatan SPRM, Daim berkata siasatan terhadap kekayaannya adalah tidak munasabah kerana ini adalah melalui urusan perniagaannya secara sah sejak 1969.
Beliau berkata antara lain, beliau memegang saham atau mengawal syarikat utama lain seperti SimeUEP (kini Sime Darby), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage, dan Nestle Malaysia.
10 peratus kepentingannya dalam Nestle Malaysia sahaja bernilai RM3 bilion, katanya.
Menurut Daim, memandangkan pendedahan berhubung kekayaan diri dan keluarganya dalam Kertas Pandora tidak menunjukkan sebarang kesalahan, SPRM tidak mempunyai alasan untuk menyiasat mereka berdasarkan dokumen tersebut.








Semua anak2 depa ada backup 7 keturunan....jd jgn pelik la.....xdk yg suci tulah politik.....![]()
Anak-anak ahli politik Malaysia dalam Panama Papers
Diterbitkan: May 13, 2016 4:46 PM
⋅
Dikemaskini: 5:05 PM
https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/341421
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/341421
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/341421
Anak perdana menteri Nazifuddin Najib mencuri perhatian selepas didedahkan mempunyai akaun luar pesisir di British Virgin Islands.
Bagaimanapun, beliau bukan satu-satunya anak ahli politik Malaysia dalam senarai itu.
Semakan Malaysiakini terhadap rekod-rekod bocor daripada firma Panama, Mossack Fonseca, menunjukkan anak Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, anak Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada dalam senarai.
Mossack Fonseca adalah syarikat undang-undang yang menawarkan perkhidmatan membentuk entiti di tempat undang-undang percukaian tidak ketat dan akaun-akuannya tidak dapat dijejak.
Dokumen-dokumen itu kini dirujuk sebagai ‘Panama Papers’.
Walaupun akaun-akaun pesisir luar bandar membangkitkan persoalan berkaitan pelarian cukai, ia tidak semestinya menunjukkan terdapat aktiviti haram menggunakan wang itu atau menjadi satu kesalahan membentuk syarikat luar pesisir sendiri.
Fakhri Yassin Mahiaddin
Anak sulung Muhyiddin, Fakhri Yassin, dikaitkan dengan dua entiti. Kedua-duanya di British Virgin Islands, menurut semakan Malaysiakini.
Ketua pembangunan harta tanah Thriven itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun.
Ia dibuat selepas lima tahun berkhidmat sebagai penganalisis pelaburan di Hwang DBS – kerja pertamanya selepas tamat ijazah ekonomi perniagaan daripada Universiti London.
Akila Way dibentuk melalui WBC Limited, syarikat berpangkalan di Wan Chai, Hong Kong.
Sepuluh tahun kemudian, Fakhri menubuhkan Farsight Plan Investments Ltd pada 4 Jun 2011.
Tidak banyak maklumat bagaimana beliau menggunakan dua syarikat itu, atau sama ada ia mempunyai kaitan dengan pemberian saham majoriti Mulpha Land dengan harga RM2 juta secara tunai pada Mac 2015.
Mulpha Land dinamakan semula sebagai Thriven dan bapa 40 tahun kepada dua anak itu kemudian menjadi pengerusi eksekutif di syarikat tersenarai awam itu.
Fakhri memiliki 33.86 pegangan dalam Thriven dan menjadi pengarah di dua hospital Health Management International di Singapura (Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist).
Beliau juga menjadi pengarah Eden Inc Bhd, syarikat katering tersenarai awam yang diasaskan oleh bapa mertuanya.
Malaysiakini telah menghubungi Fakhri melalui Thriven dan setiausaha akhbar bapanya tetapi belum mendapat jawapan.
Mirzan Mahathir
Ini bukan kali pertama anak sulung bekas perdana menteri dilaporkan memiliki syarikat luar pesisir pantai.
Pada 2013, Malaysiakini melaporkan Mirzan memiliki syarikat Crescent Energy Ltd, Utara Capital Ltd dan Al Saad Investments Pte Ltd. Semuanya berpangkalan di Labuan.
Dalam Panama Papers, Mirzan - pernah seketika menjadi pengarah syarikat Filipina, San Miguel Corp, sehingga April 2010 - disenarai memiliki sebuah firma di Kepulauan British Virgin pada 8 Mac 2002.
Bagaimanapun firma itu - Sergio International Ltd - dianggap tidak aktif pada 1 November 2006 dan dibubarkan pada tahun sama.
Mirzan, memiliki ijazah sarjana pengurusan perniagaan dari Universiti Wharton, kini ketua pegawai eksekutif Crescent Capital iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan dan perunding pelaburan.
Malaysiakini menghubungi Mirzan melalui Crescent Capital dan seorang wanita yang mendakwa sebagai seorang pengarah syarikat itu memberitahu, anak Dr Mahathir itu memang tidak terlibat dalam Crescent Capital.
"Kami boleh mengesahkan sepenuhnya Mirzan tidak terlibat atau ada kaitan sama sekali dengan Sergio International Ltd dan entiti luar pesisir itu juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Crescent Group of Companies.
"Saya berminat untuk mengetahui bagaimana Mirzan disenarai sebagai pengarah atau pemegang saham Sergio ketika dia tidak memberikan sebarang kebenaran untuk itu," katanya.
Pengarah itu yang enggan dinamakan menambah, Crescent tidak tahu pun kewujudan syarikat Sergio International Ltd sehingga dia dihubungi Malaysiakini.
Namun wanita itu memberitahu Mirzan ada memaklumkannya dua pemegang saham Sergio International Ltd pernah menghubunginya antara tahun 2000 hingga 2002 untuk memulakan perniagaan landskap.
"Tetapi kami tidak mempunyai sebarang rekod mengenai perniagaan itu - sama ada menjadi kenyataan atau tidak, kami tidak tahu. Semuanya sangat pelik," katanya.
Ahmad Zachry Anifah
Tokoh termuda di kalangan anak empat ahli politik yang disebut dalam Panama Papers ialah Ahmad Zachry Anifah.
Dia adalah anak kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Ahmad Zachry, 32, menubuhkan Green Energy Management Solutions Ltd di Kepulauan British Virgin pada 13 Mei 2010 bersama seseorang dikenali sebagai Pang Su Yen dari Kuala Lumpur.
Alamat Ahmad Zachry dalam dokumen pendaftaran firma itu ialah sebuah peti surat di Beaufort, Sabah. Firma berkenaan ditutup ekoran tiada sebarang aktiviti pada 2013.
Tidak banyak maklumat mengenai Ahmad Zachry ditemui dalam carian umum kecuali dikatakan memiliki syarikat Powersport Events Sdn Bhd.
Ketika berusia 24 tahun Ahmad Zachry dan syarikat Powersport Events menganjurkan perlumbaan bot laju F2000 World Race di Kota Kinabalu, Sabah.
Dua tahun kemudian Ahmad Zachry - anak sulung daripada tiga beradik - dinamakan memiliki 0.9 peratus saham syarikat pengeluar plastik SLP Resources.
Adik kandungnya Ahmad Firdauss juga memiliki jumlah pegangan sama. Ia adalah tahun yang sama syarikat luar pesisir itu ditubuhkan.
Malaysiakini cuba menghubungi Ahmad Zachry melalui Anifah dan setiausaha akhbar menteri itu tetapi setakat ini belum mendapat sebarang reaksi.