BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

BNM Mengenakan Denda RM600,000 Ke Atas TNG Digital

04.09.2023 - Touch ‘n Go telah didenda sebanyak RM600,000 oleh Bank Negara (BNM) kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA). BNM mengumumkan bahawa pihaknya mengenakan penalti kewangan pentadbiran (AMP) ke atas TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) pada 18 Mei selepas ia secara berasingan menerima dua individu yang dikenakan sekatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA.

Lanjutan dalam kenyataan rasmi, BNM berkata tindakan itu merupakan pelanggaran FSA kerana TNGD gagal menjalankan penapisan sekatan ke atas nama pelanggannya. Bank pusat itu berkata, TNGD juga tidak membuat pengesahan dan pertanyaan lanjut untuk menentukan sama ada pelanggan mereka termasuk dalam senarai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau senarai Kementerian Dalam Negeri.

TNGD bagaimanapun sudah membayar denda RM600,000 pada 31 Mei lalu. Selain TNGD, dua syarikat lain yang turut dikenakan saman seumpamanya termasuklah MPI Genali Insurans Bhd (MPGB) dan Mandiri International Sdn Bhd.
1693803769095.png

Berita asal https://www.The Vocket/bnm-mengenakan-denda-rm600000-ke-atas-tng-digital/​
 
TnG Lancarkan ParkInsure, Lindungi Kereta & Diri Anda Di Tempat Letak Kenderaan

Touch n ‘Go telah memperkenalkan insurans terbaru mereka yang dinamakan ParkInsure. Insurans ini khas untuk melindungi kemalangan peribadi yang berlaku di parkir, bagi mereka yang memasuki parkir menggunakan kad Touch ‘n Go. Ia boleh dilanggan di Touch ‘n Go ewallet menerusi GO Protect pada harga RM5 sebulan.

Pengguna boleh memilih sama ada takaful dari Zurich General Takaful Malaysia Berhad atau insurans konvesional dari Allianz Malaysia Berhad. Di bawah ParkInsure, pengguna berupaya untuk mendapat pembayaran balik sehingga RM70,000 jika hilang upaya secara kekal atau terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa semasa berada di kawasan tempat letak kereta.

Add-a-heading-25-1024x659.png


Selain itu, pampasan sehingga RM1,500 akan diberikan untuk kes ragut, dengan pelanggan Zurich akan menerima ganti rugi RM10 jika kad Touch ‘n Go Enhanced hilang. Jika berlakunya kes pecah kereta, pengguna insurans konvensional layak untuk menerima pembayaran balik sehingga RM1,500, manakala pengguna takaful boleh menerima sehingga RM1,000 sahaja.
120923-Touch-n-Go-ParkInsure-Insurans-734x1024.png
120923-Touch-n-Go-ParkInsure-Takaful-853x1024.png

Tambahan pula, pengguna insurans konvensional akan menerima pampasan RM200 bagi kes kecurian atau kerosakan kunci kereta, dan mereka yang melanggan takaful akan menerima RM100. Namun, pelan takaful Zurich menawarkan perlindungan lebih untuk menampung kos pengangkutan ke hospital dengan memberikan elaun sehingga RM200 jika terlibat dalam kemalangan di parkir.

120923-TNG-ParkInsure-2-1024x576.png


Selain itu, takaful ada berikan RM200 untuk kerosakan kereta yang berlaku di kawasan tempat letak kereta. Bagaimanapun, semuanya tetakluk selagi berada dalam tempoh perlindungan dan boleh terpakai di lebih 1,350 tempat kenderaan di seluruh Malaysia yang menerima pembayaran Touch ‘n Go.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk insurans/takaful kami yang terkini di GOprotect, yang menyediakan kemalangan diri perlindungan insurans/takaful untuk pengguna kami yang menggunakan kad Touch ‘n Go untuk pembayaran di tempat letak kereta.”

“Tidak kira betapa berhati-hati, kemalangan dan keadaan yang tidak dijangka boleh berlaku, dan mereka perlu mengalaminya sumber kewangan yang mencukupi untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan di saat-saat genting. ParkInsure dapat menyediakan perlindungan insurans/takaful khusus kepada pengguna kad Touch ’n Go di mana-mana kawasan tempat letak kereta yang terima pembayaran kad Touch ‘n Go”, beliau menambah.

Dalam pada itu, pengguna dijamin boleh membuat tuntutan dengan mudah 24/7 menerusi talian tuntutan insurans. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari lama Touch ‘n Go
di sini.
 
TNG GoRewards Kini Beri Mata Untuk Semua Transaksi eWallet DuitNow QR

Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) miliki program kesetiaan yang dinamakan GoRewards. Pengumuman yang terbaharu daripada mereka adalah semua transaksi eWallet yang melibatkan DuitNow QR kini berikan mata ganjaran. Sewaktu dilancarkan dulu, kod DuitNow QR yang bukan dikeluarkan TNG Digital tidak termasuk dalam transaksi yang berikan mata ganjaran termasuklah:
  • Anda mengimbas kod QR jenis P2P
  • Perpindahan duit secara P2P
  • TNG RFID
  • TNG PayDirect
  • TNG Card
231106-TNG-GoRewards-06-1024x576.jpg


Untuk rujukan anda, Berikut adalah senarai jenis transaksi yang akan berikan anda mata ganjaran;
  • Kedai mengimbas kod QR TNG eWallet di telefon anda
  • Anda mengimbas kod QR TNG Digital pekedai
  • Anda imbas DuitNow QR yang dikeluarkan TNG eWallet
  • Pembayaran dalam talian
  • Pembayaran guna kad Visa TNG eWallet
  • Pembayaran bil
  • Pembayaran bil telko prabayar ataupun pascabayar
  • Pembelian aplikasi di Apple App Store, Google Play Store
  • Pembelian insurans dalam TNG eWallet (CarInsure, ParkInsure, WalletSafe, SafeTrip, SafeHome, CI Insure, MotoInsure)
  • Kiriman wang ke luar negara (GOremit)
 

GOreward: Apa yang boleh ditebus?

Di aplikasi TNG eWallet, anda boleh cari butang GOreward untuk telaah katalog baucar yang ditawarkan. Baucar berada dalam pelbagai kategori seperti F&B, Health & Wellness, Lifestyle, Lucky Draw, dan Others.
231106-tng-ewallt-goreward-08.jpeg

Contohnya, anda boleh tebus baucar pemulangan tungai ZUS Coffee RM1 menggunakan 100 mata, ataupun baucar Watson RM5 untuk 500 mata. Anda juga boleh gunakan mata ganjaran GOreward di platform Presto Rewards dan juga A+ Rewards.

Cara kumpul mata ganjaran

RM1 akan berikan anda 1 mata dan bilangan dikira secara konsep pembundaran ke bawah. Seandainya transaksi anda bernilai RM4.90, anda akan diberikan 4 mata dan bukannya 5 mata.
231106-tng-ewallt-goreward-13.jpeg

Mata ganjaran ada tarikh luput

Mata ganjaran yang dihimpunkan oleh anda akan luput dalam tempoh 6 bulan daripada bulan mata itu dikumpul.
231106-tng-ewallt-goreward-09.jpeg

Contohnya, sebarang mata yang dihimpunkan sepanjang bulan Januari 2023 akan luput apabila Jun 2023 tamat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.
 
TNG Tawar Tag RFID RM19.50, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Pengendali TNG RFID, Touch ‘n Go Digital (TNG Digital) kini sedang adalah promosi istimewa kepada peserta TNG RFID Pilote User Programme iaitu pengguna yang memasang RFID antara Ogos 2018 hingga 15 Februari 2023.
231127-tng-rfid-promo-565x1024.jpg

Sekiranya anda memiliki RFID yang diaktifkan dalam tempoh tersebut, TNG Digital menawarkan tag RFID pada harga promosi RM19.50 berbanding harga asal RM35. Bagi melayakkan anda menyertai promosi ini, anda mestilah memiliki tag RFID yang aktif dan tawaran disalurkan melalui notifikasi di aplikai TNG eWallet ataupun secara email.

211228-TNG-RFID-tag-1024x611.jpg


Harga promosi itu diberikan kepada anda melalui pulangan tunai ke dalam TNG eWallet sebanyak RM20.50 bila anda sertai promo tersebut. Pulangan tunai yang diterima tidak boleh dipindah, dipulang, ataupun ditukar kepada tunai. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah, sekiranya anda berjaya dapatkan tag RFID melalui promosi ini, tag RFID yang didaftarkan sewaktu program rintis dulu perlu dimansuhkan secara manual ataupun sistem akan memansuhkannya secara automatik sejurus tempoh promosi tamat iaitu pada 5 Januari 2024.

Anda boleh layari laman T&C promosi untuk maklumat lanjut.
 
Ini Sebab Kenapa Ada TNG RFID Luput 31 Januari 2024

TNG Digital telah mengeluarkan kenyataan tentang isu berbangkit berkaitan adanya tarikh luput pelekat RFID yang ditampal di kenderaan pengguna di Malaysia. Berdasarkan kenyataan itu, diperjelaskan yang ia cumalah satu salah faham.
231127-tng-rfid-pilot-03.jpg

Yang sebenarnya, pihak TNG Digital sedang adakan kempen pembaharuan pelekat TNG RFID kepada peserta program rintis tahun 2018 tempoh hari kerana terdapat laporan pelekat mula lusuh. Pengguna yang terlibat dan bersetuju untuk menyertai kempen ini boleh beli TNG RFID yang baharu pada harga promosi untuk digantikan dengan yang lama. Maka dengan sebab itulah, pelekat yang lama perlu dimansuhkan supaya tidak berlaku konflik apabila bertransaksi kelak.
 
Touch n Go eWallet Tambah Sokongan Pelaburan Emas - Namun Tidak Patuh Syariah

Touch n Go eWallet
hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sokongan pelaburan emas melalui platform mereka. Dengan integrasi ini, para pengguna boleh melakukan pelaburan pada emas terus menggunakan dompet digital berkenaan – pada harga serendah RM10.

eMas-950x534.jpg.webp


Pengguna boleh melakukan pembelian dan penjualan terus melaluinya – dan turut melihat pada harga tukaran semasa menggunakan aplikasi berkenaan. Proses pembelian dilakukan menggunakan baki pada dompet digital Touch n Go eWallet terus, tanpa perlu menghubungkan sebarang kad dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk makluman, penawaran ini tidak mesra syariah. Hal ini kerana emas berkenaan ditawarkan dalam bentuk digital sahaja, dan tidak boleh ditawarkan dalam bentuk emas fizikal. Touch n Go eWallet menyatakan mereka sedang mengusahakan pengenalan penawaran mesra syariah bersama CIMB dalam masa akan datang. Untuk mengakses ciri ini, pengguna hanya perlu memilih pilihan menu e-Mas pada Touch n Go eWallet.

Rujukan https://support.tngdigital.com.my/h...Mas-digital-gold-investment-Shariah-compliant
 
Touch n Go eWallet Kini Menambah Sokongan Untuk Pelaburan Saham Bursa

Touch n Go eWallet kini mula menawarkan ciri baharu dinamakan e-Trade, membolehkan para pengguna melakukan pelaburan saham pada syarikat-syarikat di Bursa. Touch n Go eWallet menjayakan penawaran ini melalui kerjasama Affin Hwang Investment Bank.

TNG-Affin.jpg.webp

Melalui integrasi terus pada Touch n Go eWallet, para pengguna boleh membuka akaun pelaburan Affin Hwang Investment Bank, dan menikmati yuran minima RM5 untuk sebarang dagangan saham bawah RM10,000. Untuk pembukaan akaun juga, pengguna akan perlu membayar sebanyak RM10.

TNG-Etrade-950x573.jpg.webp


Integrasi ini juga sekaligus membolehkan para pengguna melabur pada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia terus melalui hujung jari sahaja. Touch n Go eWallet memposisikan ciri ini sebagai salah satu kaedah memperkembangkan simpanan – selain daripada simpanan melalui ASNB, e-MAS, dan juga pelaburan lain pada aplikasi berkenaan. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna dompet digital Touch n Go eWallet.​
 
TNG Digital Gesa Kerajaan Lanjut Pengecualiaan SST Perkhidmatan Digital

03.10.2024 - Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025. Syarikat teknologi kewangan itu percaya pelanjutan itu penting bagi memastikan perkhidmatan digital kekal berpatutan dan boleh diakses oleh golongan komuniti yang kurang mendapat perhatian, khususnya golongan pendapatan B40 dan M40, serta perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS). Pelanjutan ini juga akan menggalakkan transaksi tanpa tunai, katanya menerusi e-mel kepada Bernama. TNG Digital menekankan bahawa langkah pengecualian berterusan ini juga penting untuk memastikan segmen ini boleh mengakses perkhidmatan kewangan digital tanpa melibatkan kos tambahan yang berkaitan dengan transaksi tanpa tunai.

“Dari segi kesediaan pelanggan dan keuntungan, industri e-dompet dilihat masih belum matang. Disebabkan itu pelanjutan pengecualian SST ini akan memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan selanjutnya dan menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas. Ini sejajar dengan matlamat negara untuk mewujudkan sistem kewangan yang inklusif dan progresif," katanya.

Ia turut mencadangkan pelbagai langkah bagi meningkatkan keterangkuman kewangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi, termasuk inisiatif yang menggalakkan perkhidmatan kewangan kepada penduduk yang tidak mempunyai akaun bank serta dasar untuk meningkatkan akses PMKS kepada peralatan digital. Di samping itu, TNG Digital menyokong penambahbaikan dalam infrastruktur luar bandar, terutamanya dengan memperluas akses internet berkelajuan tinggi di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan untuk memudahkan transformasi digital dan penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi digital. Mengenai pembiayaan hijau, syarikat itu mencadangkan kerajaan mempertingkatkan skim Pemeteran Tenaga Bersih, membolehkan orang ramai menukar kredit Tenaga Nasional Bhd kepada kredit eWallet TNG, sekali gus menggalakkan amalan mampan. Ia turut mencadangkan penubuhan program di seluruh negara untuk menukar sisa kitar semula kepada kredit e-dompet, sejajar dengan inisiatif ekonomi pekeliling yang dipelopori oleh Majlis Ekonomi Kitaran Kebangsaan.

“Untuk menangani cabaran pengurusan sisa Malaysia, program ini membolehkan peserta menukar bahan kitar semula kepada kredit e-dompet, memberi insentif kepada kitar semula dan menyokong matlamat untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40 peratus menjelang 2025,” katanya.

Bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat pula, TNG Digital mencadangkan kerajaan mengagihkan bantuan kewangan, seperti 'Sumbangan Tunai Rahmah' dan 'Bantuan Awal Persekolahan', melalui platform e-dompet. Langkah ini akan memastikan penyampaian bantuan yang cekap dan mudah diakses kepada mereka yang paling memerlukan. TNG Digital berharap cadangan-cadangan tersebut dipertimbangkan pada pembentangan 18 Oktober ini, bagi memacu pertumbuhan selanjutnya dalam ekonomi digital Malaysia serta menggalakkan keterangkuman kewangan dan menyokong inisiatif pembangunan mampan.​

1727936832982.png
 
TNG Digital Lancar EKYC Sepenuhnya Hari Ini

20.11.2024 -
Penyedia teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital Sdn Bhd melaksanakan pengesahan elektronik ‘Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital’ (eKYC) sepenuhnya bermula hari ini. Syarikat itu berkata, semua pengguna baharu kini mesti melengkapkan pengesahan eKYC untuk mengakses ciri eWallet TNG. Langkah ini dilaksanakan berikutan tempoh penangguhan selama 10 bulan bagi pengguna mengesahkan akaun eWallet TNG dengan pengesahan eKYC mandatori ditetapkan berkuatkuasa sepenuhnya sebelum 20 Dis.

“Pengguna bukan eKYC terhad kepada baki eWallet yang rendah selain hanya boleh mengakses ciri pembayaran asas dan tol termasuk tambah nilai kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) serta Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Bagi pengguna bukan eKYC sedia ada, akses mereka akan disekat secara berperingkat,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Tambahnya, pengguna bukan eKYC akan berdepan sekatan berperingkat sehingga akaun eWallet mereka disahkan sepenuhnya, dan akan kehilangan akses sepenuhnya jika tidak disahkan. Menurut TNG Digital, pengguna boleh mengesahkan akaun mereka dengan mengetik pilihan ‘Tidak Disahkan’ di halaman profil aplikasi. Dalam pada itu, pengguna Malaysia boleh menggunakan MyKad atau MyTentera untuk eKYC manakala penduduk tetap Malaysia serta warganegara asing boleh menggunakan pasport. Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan perlindungan pengguna, mendedahkan ciri eksklusif selain menekankan komitmen TNG Digital terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko. Dari sudut pandang industri, TNG Digital menekankan pencapaian pengesahan eKYC sepenuhnya dalam kalangan penggunanya selain meningkatkan keupayaan untuk mengenal pasti dan menghapuskan akaun keldai serta kegiatan penipuan, sekali gus melindungi integriti ekosistem. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni berkata, langkah ini penting untuk meningkatkan keselamatan platform dan mengurangkan risiko pengambilalihan akaun.

“Keselamatan ialah keutamaan utama kami di TNG Digital. Melaksanakan eKYC sepenuhnya ialah langkah berani, namun perlu selain menjadikan kami eWallet pertama yang mengambil langkah ini,” katanya.

Ni juga berkata, TNG eWallet mengekalkan kadar penipuan 90% lebih rendah daripada purata pasaran untuk pembayaran kad, yang dikaitkan dengan langkah keselamatan yang kukuh serta komitmen syarikat terhadap perlindungan pengguna.​

1732094279949.png
 
Back
Top
Log in Register