BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Tambah Nilai TNG eWallet Serendah RM1, Ini Caranya

Beberapa hari lalu, Touch 'n Go eWallet telah mengemas kini jumlah tambah nilai minimum melalui FPX dan kad debit/kredit, yang memerlukan sekurang-kurangnya RM20, berbanding RM10 sebelum ini. Namun, TNG menyatakan ada cara lain yang boleh dilakukan untuk tambah nilai di bawah RM20. Mungkin ada yang sudah tahu dan begitu juga sebaliknya, tambah nilai serendah RM1 boleh dilakukan melalui DuitNow Transfer. Bagi yang belum tahu, ikut langkah di bawah untuk menambah nilai TNG eWallet melalui DuitNow Transfer, serendah RM1.

Tambah nilai TNG eWallet melalui DuitNow Transfer

Berikut disediakan panduan mudah.

1. Buka aplikasi TNG eWallet, klik "+Reload". Kemudian tekan ikon "Copy" untuk menyalin nombor akaun TNG eWallet.

TNG-eWallet_9.jpg


2. Buka dan log masuk mana-mana aplikasi perbankan dalam talian. Sebagai contoh, saya memilih aplikasi CIMB OCTO dan MAE untuk DuitNow Transfer. Perlu diketahui, kemungkinan terdapat sedikit kelainan antara muka setiap jenis bank yang digunakan.

3. Pada bahagian "Transfer", pilih "Bank Account Number" (CIMB) atau "Banks" (MAE).

CIMB OCTO
TNG-eWallet_2.png

MAE
TNG-eWallet_3.png



4. Seterusnya, di bahagian "Recipient Bank" (CIMB) atau "Transfer" (MAE), tatal sehingga ke bawah dan pilih "Touch 'n Go eWallet". Tampalkan (paste) nombor akaun yang telah disalin pada langkah 1 tadi.

CIMB OCTO
TNG-eWallet_4.png

MAE
TNG-eWallet_5.png


5. Masukkan amaun tambah nilai TNG eWallet. Ikut langkah seterusnya, sahkan nama penerima dan sahkan transaksi tersebut.

Selesai. Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat ..
 
eBeliaRahmah -Tiga EWallet Terpilih Untuk Pemberian RM200, Penggunaan Lebih Terhad
230621-eBeliaRahmah-Boost-tng-setel-01-750x375.jpg


Akhirnya hari ini kerajaan mengumumkan secara rasmi cara pemberian kredit eBeliaRahmah yang telah diumumkan sejak Belanjawan 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Kementerian kewangan, sebanyak tiga penyedia eWallet terpilih untuk inisiatif ini dengan peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan, akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak. Tiga platform eWallet tersebut adalah:
  1. Boost
  2. Setel
  3. Touch n Go eWallet
230621-eBeliaRahmah-MOF-01-1024x666.jpg


Belia warganegara Malaysia yang layak, akan menerima RM200 dalam bentuk kredit eWallet, peningkatan daripada RM150 tahun lepas. Mereka yang layak adalah warganegara Malaysia yang:
  1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2023 pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) ATAU
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi di Malaysia.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah dibuka mulai Isnin, 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Kredit dan manfaat eBeliaRahmah pula boleh dibelanjakan di luar talian sehingga 31 Ogos 2023. Penyedia perkhidmatan eWallet terlibat akan turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran.
Kredit RM200 yang disediakan ini boleh digunakan di kedai dan peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow, menggunakan salah satu eWallet yang terlibat di dalam program ini. Tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.
Menurut soalan lazim (FAQ) eBeliaRahmah, perkara yang tak boleh digunakan menerusi inisiatif ini adalah:
  1. Pemindahan “peer-to-peer”;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini, layari laman web eBeliaRahmah. Semak juga FAQ di sini.

Sumber asal Kementerian Kewangan
 
MOF Jawab Kenapa GrabPay, ShopeePay Dan BigPay Tidak Di ilih Untuk Pemberian EWallet RM200

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bahawa belia dan pelajar IPT sepenuh masa boleh mendaftar untuk menerima RM200 kredit eBeliaRahmah mulai hari Isnin, 26 Jun 2023. Tetapi hanya tiga penyedia eWallet terpilih untuk program kali ini iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.

Seperti anda, kami juga tertanya-tanya mengapa eWallet lain yang terpilih tahun lepas iaitu GrabPay, ShopeePay dan BigPay, tidak lagi terlibat dalam inisiatif terbaru. Perkara ini ada dijelaskan oleh MOF di ruangan soalan lazim (FAQ). Menurut FAQ tersebut, kerajaan telah menjemput sebanyak 10 penyedia perkhidmatan eWallet, berdasarkan berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh MOF. Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan.​

230622-DuitNow-QR-MAE-Boost-Touch-n-Go-01-1024x621.jpg

Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, 3 penyedia perkhidmatan eWallet iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Ketiga-tiga syarikat ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas ini membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara. Ringkasnya, kerajaan telah menjemput 10 penyedia perkhidmatan eWallet, tetapi hanya 3 penyedia yang memberikan komitmen dan menepati syarat yang ditetapkan.

eBeliaRahmah merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia. Sebanyak RM200 kredit e-Tunai diberikan kepada belia warganegara Malaysia berusia 18-20 tahun, serta pelajar sepenuh masa yang berdaftar dengan IPT tempatan. Mereka yang layak boleh mula memohon kredit tersebut menerusi salah satu platform, mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023. Kredit RM200 akan disalurkan selepas 3 hari permohoonan dibuat dan mesti digunakan selewatnya pada 31 Ogos 2023.

Menuruft MOF lagi, kredit ini hanya boleh digunakan untuk transaksi fizikal dan tidak boleh digunakan untuk pembayarann bil dalam aplikasi, beli-belah atas talian, tempat meletak kereta dan di plaza tol. Kredit RM200 ini juga tidak boleh dipindahkan kepada pengguna eWallet lain. Ia boleh digunakan secara meluas untuk membayar peniaga/pekedai yang memaparkan kod QR DuitNow seperti gambar di atas.

Ketahui lebih lanjut tentang eBeliaRahmah di sini.​
 
Cara Tukar Nombor Telefon Baru Di Touch N Go EWallet, Jika Ada Masalah Daftar Masuk

Kerajaan telah mengumumkan bantuan eBeliaRahmah boleh dimohon mulai hari Isnin, 26 Jun 2023 menerusi tiga platform eWallet terpilih. Selain Boost dan Setel, Touch n Go eWallet (TNG) juga terlibat dalam inisiatif ini. Mungkin ada pengguna yang pernah mendaftarkan nombor telefon lama dengan TNG eWallet tetapi tidak menggunakan lagi nombor tersebut. Atau apa sebab juga pun, anda tidak boleh mendaftar TNG eWallet kerana ia mengesan anda telah berdaftar dengan nombor telefon lain. Jika anda berhadapan masalah begini, sebenarnya ada cara mudah yang TNG sediakan untuk ubah nombor telefon yang berdaftar dengan akaun TNG eWallet anda, kepada nombor telefon baharu.

Pertama, muat turun dan buka aplikasi TNG eWallet. Pastikan ia daripada sumber rasmi sama ada Apple Appstore, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Kedua, tekan pada Sign Up atau Log In. Di ruangan mengisi nombor telefon, telan pada ikon “?” di kanan ruang tersebut. Anda akan diberikan senarai, pilih pada “I’ve change my mobile number“. Akan dipaparkan ruang “Retrieve Your Account“. Di sini, masukkan nombor telefon baru yang anda mahu daftarkan dan tekan pada butang “Confirm“.

230622-TNG-eWallet-nombor-02-1024x739.jpg


Tunggu SMS OTP dihantar ke nombor baru, dan masukkan 6 angka OTP tersebut. Anda akan diminta memasukkan nombor kad pengenalan sebagai pengesahan pemilik akaun sebenar. Tekan butang “Continue” untuk meneruskan. Sekarang, anda perlu membuat pengesahan menggunakan pengecaman wajah. Ini untuk memastikan anda adalah pemilik akaun dengan nombor kad pengenalan yang sama dengan maklumat yang terdapat dalam simpanan.

Jika disahkan sama, maka anda akan dimaklumkan akaun sedia dipulihkan semula dengan nombor baru. Tekan butang “Recover Now” untuk meneruskannya. Selepas berjaya, maka anda sedia untuk mendaftar masuk menggunakan nombor telefon baru. Tekan pada butang “Proceed to log in“. Masukkan nombor telefon baru untuk daftar masuk, kemudian masukkan nombor OTP yang diterima menerusi SMS. Pengecaman wajah akan dibuat sekali lagi. Selesai, anda akan dapat melihat semula baki dan sejarah transaksi daripada akaun anda.

Tonton video di bawah jika anda perlukan penerangan dengan suara:


Sekarang, tunggu pula sesi permohonan eBeliaRahmah dibuka dan daftar melalui TNG eWallet jika ia pilihan anda, selain Boost atau Setel. Semak betul-betul ya ganjaran yang akan mereka sediakan.

Sumber asal
 
Semua 7-Eleven Kini Terima Pembayaran Alipay+, Tarikan Untuk Pelancong Korea, Hong Kong, Thailand & FIlipina

Semua cawangan 7-Eleven di Malaysia, kini menyokong sistem pembayaran Alipay+. Ini akan membolehkan pelancong luar negara yang menggunakan eWallet serasi Alipay+ seperti AlipayHK (Hong Kong), GCash (Philippines), Kakao Pay (South Korea) dan TrueMoney (Thailand) untuk membeli-belah di lebih 2,400 cawangan 7-Eleven di Malaysia. Di Malaysia, Alipay telah menjadi rakan dompet Alipay+ dan disokong peniaga dan pekedai sejak 2016.

Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan Dalam Kedai 7-Eleven Malaysia, Chan Chee Weng berkata, “7-Eleven Malaysia sangat teruja untuk meningkatkan pengalaman pengembara apabila pelancong kembali datang ke negara kita yang indah. Dengan meluaskan liputan Alipay+ ke semua kedai kami, kami menyediakan penyelesaian pembayaran digital yang lancar dan mudah untuk pelawat dari seluruh dunia. Sebagai kes penggunaan utama untuk pelancongan, kedai kami berfungsi sebagai destinasi sehenti untuk pengembara, menawarkan pelbagai jenis produk, makanan ringan dan barangan keperluan. Kami memahami kepentingan pengalaman dalam kedai yang lancar dan digital, dan melalui pengembangan ini, kami berhasrat untuk menjadikan setiap lawatan ke 7-Eleven Malaysia pengalaman yang menggembirakan dan tiada kerumitan untuk pelanggan tempatan dan pelancong antarabangsa.”

230627-Alipay-Singapura-Touch-n-Go-eWallet-1024x655.jpg


Sistem pembayaran ini dijayakan di Malaysia menerusi penyelesaian oleh Razer Merchant Services (RMS), yang menyediakan sistem penyelesaian perniagaan-ke-perniagaan oleh Razer Fintech yang mengintegrasikan Alipay+ kepada semua rangkaian 7-Eleven di Malaysia.

CEO Razer Fintech, Lee Li Meng berkata, “Razer Merchant Services berusaha untuk memudahkan transformasi digital perniagaan Malaysia melalui perkongsian kami dengan Alipay+. Kerjasama kami mengeratkan hubungan rapat dengan 7-Eleven dan memperkasakan 7-Eleven untuk memanfaatkan peluang luas ekonomi digital dengan menawarkan pembayaran yang mudah untuk penduduk tempatan dan pelancong, meningkatkan pengalaman keseluruhan dan memacu pertumbuhan.”

Dengan pengumuman oleh 7-Eleven ini, Alipay+ kini diintegrasikan kepada lebih 80,000 peniaga di Malaysia, termasuk di pelbagai destinasi pelancongan popular di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Antaranya jenama popular tempatan dan antarabangsa seperti Tealive, MyNEWS, Sephora, Watsons, Sports Direct dan kedai Bebas-Cukai.

221109-alipay-china-02.jpg


Untuk rakyat Malaysia yang mengembara ke luar negara, Touch ‘n Go eWallet adalah eWallet pertama Malaysia yang dibenarkan penggunaannya di China, menerusi rangkaian Alipay+. Selain China dan Asia Tenggara, Alipay+ turut digunakan secara meluas di Jepun, Korea Selatan, Singapura dan pelbagai destinasi di Eropah. Dimaklumkan baru-baru ini bahawa Touch n Go eWallet kini disokong dilebih 10 juta peniaga Alipay di China. Penghantaran antara pengguna masih tidak boleh digunakan kerana kod QR bukan peniaga masih tidak dibenarkan untuk eWallet asing akibat sekatan undang-undang.

Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penggunaan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dan Singapura. Maybank pula menyatakan pembayaran kod QR mereka boleh digunakan di Indonesia, Singapura dan Thailand. BigPay pula telah menyediakan perkhidmatan pembayaran kod QR di Singapura dan Thailand.​
 
TNG eWallet Sedang Bagi PIN Tambah Nilai Percuma Bernilai Sehingga RM3

Mungkin anda tidak perasan bahawa TNG Digital Sdn Bhd menerusi aplikasi TNG eWallet sedang memberikan PIN tambah nilai percuma yang bernilai sehingga RM3 kepada semua pengguna aplikasi itu. Untuk menebusnya, buka aplikasi TNG eWallet dalam telefon pintar anda dan tap pada My Rewards.​

TNG-pin-1.jpeg


Seterusnya, tap pada bahagian Vouchers dan anda akan nampak tawaran "Exclusive voucher just for you!"

TNG-pin-2.jpeg


Kemudian anda tap pada butang Copy & Use bagi menebus PIN tambah nilai TNG dan tekan butang Reload Now.


TNG-pin-3.jpeg


TNG-pin-4.jpeg

Anda perlu cepat menebus tawaran ini kerana ia akan tamat pada 16 Julai 2023. Anda tidak semestinya akan mendapat kredit bernilai RM3 dari PIN tambah nilai itu untuk aplikasi TNG eWallet anda. Sebalinya anda mungkin hanya akan dapat kredit tunai serendah RM0.10 sahaja dari PIN percuma tersebut.​
 
GrabPay Menghadapi Gangguan Perkhidmatan - Tidak Boleh Digunakan Buat Masa Ini

Jika anda sedang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran menggunakan dompet digital GrabPay, Grab Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan tersebut menghadapi isu gangguan perkhidmatan buat masa ini.

Kenyataan Grab yang dikeluarkan mengesahkan bahawa pembayaran melalui kredit GrabPay dan juga perkhidmatan PayLater by Grab tidak boleh dilakukan buat masa ini. Malah, perkhidmatan penambahan kredit GrabPay juga tidak boleh ataupun sukar untuk dilakukan.

Grab Malaysia sedar akan isu yang sedang dihadapi pengguna ini, dan sedang cuba untuk menyelesaikannya secepat yang mungkin. Buat masa ini, ia dilihat bahawa pembayaran untuk sebarang pembelian ataupun penggunaan perkhidmatan menggunakan kad kredit tidak mempunyai sebarang masalah.
1689693415535.png
 
Touch n Go eWallet Perkenal GoRemit - Penghantaran Wang Dengan Mudah Ke 10 Buah Negara

Touch n Go eWallet
kini terus menambah ciri kewangan pada dompet digital mereka. Ciri terbaru yang diperkenalkan adalah GoRemit – dimana seperti pada namanya, ia memudahkan pengguna menghantar wang ke lebih 10 buah negara dengan mudah.

Pengguna hanya perlu memilih menu GoRemit, dan seterusnya memilih kaedah pembayaran atau penghantaran wang berkenaan. Buat masa ini, tiga mod penghantaran disediakan mengikut negara, termasuk melalui bank, penghantaran tunai, dan juga melalui dompet digital tempatan di negara tersebut.
1689694952323.png

Sebaik memilih mod, pengguna seterusnya boleh memilih jumlah yang ingin dihantar dan pengiraan pertukaran wang akan dilakukan serta-merta melalui aplikasi TNG eWallet. GoRemit menyokong penghantaran ke Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, dan Pakistan buat masa ini.
1689694981036.png

Seterusnya, pengguna perlu melakukan beberapa pengesahan, dan menghantar wang terus ke penerima dengan mudah. Dengan langkah ini juga, ia memudahkan penghantaran wang ke luar negara terus melalui dompet digital TNG eWallet. Penghantaran akan dikenakan sedikit caj pemprosesan. Dari ujian kami untuk penghantaran ke Indonesia, ia mengenakan caj sebanyak RM10 untuk penghantaran wang.​
 
Tiada Lagi FPX, Tambah Nilai TNG eWallet Kini Hanya Melalui DuitNow Transfer

TNG eWallet memaklumkan tambah nilai melalui perbankan dalam talian kini telah beralih sepenuhnya kepada DuitNow Transfer.Dengan peralihan sepenuhnya kepada DuitNow Transfer, TNG eWallet kini tidak lagi menyokong tambah nilai melalui FPX. Namun, pilihan tambah nilai melalui kad kredit/debit dan PIN masih dikekalkan.

TNG-eWallet-DuitNow-Transfer.png


Melalui DuitNow Transfer, pengguna boleh membuat tambah nilai TNG eWallet serendah RM1, berbanding melalui FPX dengan had minimum RM20 sebelum ini. Sementara itu, bagi memudahkan proses tambah nilai, TNG turut menyarankan pengguna menyimpan nombor akaun TNG eWallet sebagai "Favourite".
 
BigPay Henti Tambah Nilai Percuma Kad Kredit, Mula Caj Bayaran Luar Negara Dalam MYR

Pengguna BigPay selama ini menikmati caj 0% untuk tambah nilai RM1,000 pertama menggunakan kad kredit. Tetapi ia akan ditamatkan tidak lama lagi. BigPay hari ini telah menghantar notis kepada pengguna bahawa mereka akan membuat beberapa perubahan, antaranya pemberhentian caj 0% untuk tambah nilai kad kredit. Dalam notis tersebut BigPay menyatakan, mulai 30 Ogos 2023 BigPay akan membuat perubahan untuk yuran beberapa perkhidmatan. Perubahan tersebut adalah:

1. Transaksi runcit di luar Malaysia tetapi dibayar dalam Ringgit Malaysia, akan dikenakan caj tambahan 0.5% selain tambahan caj oleh gerbang pembayaran. Terang BigPay lagi, biasanya jumlah caj ini sekitar 1.5%, tertakluk kepada perubahan. Caj dikenakan terhadap pembayaran menerusi kad BigPay fizikal dan kad maya. Sehubungan itu, BigPay menggalakkan pengguna untuk membuat pembayaran di luar negara menggunakan mata wang tempatan.

230810-bigpay-updated-terms-853x1024.jpg


2. Tambah nilai BigPay menggunakan kad kredit, akan dikenakan caj 1% untuk kad kredit Malaysia, serta 3% untuk kad kredit bukan Malaysia. Tidak mengira sebarang nilai. BigPay menambah, pengguna boleh membuat tambah nilai percuma menggunakan pilihan lain, seperti pemindahan bank dan DuitNow.

220629-bigpay-mastercard-prepaid-card-1024x695.jpg


BigPay dilancar pada tahun 2018, dengan pilihan membuat tambah nilai menggunakan kad kredit tanpa caj sehingga RM10,000. Tetapi sedikit demi sedikit, BigPay mengurangkan had ini sehingga kepada RM1,000. Selepas itu, BigPay memberi semula pilihan tambah nilai menggunakan kad kredit sehingga RM10,000 tetapi dengan caj 1%, tetapi tiada caj dikenakan untuk RM1,000 pertama. Mulai Mei 2023, BigPay juga telah mengenakan caj RM20 untuk mendapatkan kad fizikal.

BigPay baru-baru ini juga mengumumkan sokongan pembayaran menggunakan kod QR luar negara di Singapura, Indonesia dan Thailand. Sebelum itu, BigPay telah menyokong sistem DuitNow, membolehkan penghantaran wang menerusi DuitNow Transfer dan pembayaran DuitNow QR.
 
Back
Top
Log in Register