BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Touch n Go eWallet Hadir Dengan “Wrapped” Tersendiri – Memperlihatkan Rumusan Perbelanjaan Tahun 2024

Menjelang penghujung tahun 2024, pelbagai aplikasi yang hadir dengan rumusan tahunan untuk memperlihatkan bagaimana seseorang menggunakan sesuatu aplikasi berkenaan. Kini, Touch n Go eWallet turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan fungsi seumpamanya kepada pengguna. Bagi para pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh ke halaman GoFinance dan mengakses fungsi yang dinamakan “Travel Back In Time”.

GoFinance-Wrapped-950x534.jpg.webp


Melalui ciri ini, pengguna boleh melihat jumlah perbelanjaan untuk tahun berkenaan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, bulan yang anda berbelanja paling tinggi, berapa mata ganjaran yang anda telah tebus, dan pada penghujungnya memperlihatkan watak khusus berkaitan kaedah perbelanjaan anda.

TNG-eWallet-Wrapped-950x616.jpg.webp


Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak “Travel Back In Time” anda hari ini melalui menu GoFinance hari ini.​
 
Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda

Sebelum itu, kad itu perlu didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula. Selain kad pengenalan dan kad bank, kad Touch ‘n Go (TnG) pun penting sekarang ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakannya untuk membayar tol dan menaiki pengangkutan awam. Malah dengan adanya kad TnG versi NFC juga memudahkan orang ramai untuk menambah nilai dalam kad tersebut sekiranya baki tidak mencukupi untuk membuat pembayaran. Tetapi pernah tak anda terfikir, macam mana kalau kad itu tiba-tiba hilang atau sudah tamat tempoh? Duit dalam kad itu pun lesap ke?

Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Dalam Kad Touch ‘n Go

Menerusi laman web Touch ‘n Go, anda boleh mendapatkan semula wang sekiranya berada dalam situasi seperti berikut:
  • Jumlah caj yang tidak betul​
  • Kad sudah tidak aktif atau tamat tempoh​
  • Kehilangan kad​
Yang penting, ia boleh dilakukan secara atas talian. Senang je! Tetapi sebelum itu, anda perlu pastikan bahawa kad berkenaan sudah didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula.

gddk-1024x286.jpg


Bagi anda yang belum mendaftarkan kad TnG di portal, berikut adalah cara-caranya:
  1. Daftar masuk ke dalam portal Touch ‘n Go dengan klik [DI SINI].​
  2. Klik pada ruangan ‘Cards and Charms’ di bahagian kiri ruangan.​
  3. Kemudian tekan ‘Add Card(s) and Charm(s)’.​
  4. Masukkan nombor siri kad TnG anda dan tekan ‘Submit’.​
Selepas selesai, barulah anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan ‘refund’ baki jumlah baki dalam kad berkenaan. Cara-caranya adalah seperti berikut;
  1. Klik pada bahagian ‘Refund’ di bahagian kiri portal​
  2. Kemudian klik pula pada submenu ‘Refund Request’.​
  3. Klik pada satu daripada tiga pilihan ‘Refund Request’.​
  4. Masukkan nombor siri kad.​
Bagi permohonan pemulangan semula baki ini, terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu:
  • Card Termination​
  • Missing Value​
  • Overcharged – Penalty​
Bagi mereka yang mahu mendapatkan semula baki wang sekiranya berlaku kehilangan kad, boleh klik pada ‘Card Termination’. Anda akan diminta untuk mengisi nombor siri kad dan memilih salah satu sebab, antaranya;
  • Lost​
  • Voluntary Termination​
  • Stolen​
  • Dormant​
  • Bad Chips/ Faulty​
  • Expired Cards​
View attachment Image-26-1-1024x499-1.webp

Bagi kad yang hilang akibat dicuri, pemohon hanya layak untuk mendapatkan baki yang tinggal pada kad semasa tarikh melakukan permohonan. Selain itu, anda juga boleh menjelaskan perkara yang berlaku di ruangan ‘Remarks’. Langkah seterusnya adalah dengan memilih jenis pemindahan wang yang mahu digunakan iaitu sama ada ke akaun bank, DuitNow atau dompet digital TnG. Selepas selesai, klik setuju pada perjanjian yang dinyatakan dan tekan ‘Submit’.

View attachment Image-28-1-1024x430-1.webp

Permohonan anda akan diproses oleh pihak Touch ‘n Go sehingga tempoh 14 hari dan wang akan dikembalikan tidak melebihi tempoh 30 hari dari tarikh permohonan. Anda juga akan menerima e-mel dari TnG berhubung permohonan baki wang yang dilakukan itu.
 
TNG SOS Balance Menawarkan Akses Sehingga RM80 Untuk Bayaran Tol Sekiranya Tidak Cukup Baki

Touch n Go eWallet hari ini secara rasminya telah memperkenalkan ciri SOS Balance kepada sejumlah pengguna terpilih dompet digital berkenaan, sekaligus membolehkan akses kepada dana tambahan ketika dompet anda mempunyai baki tidak mencukupi untuk bayaran tol.

image-93-950x712.png.webp


TNG eWallet mengatakan salah satu punca utama kesesakkan berlaku di plaza tol adalah kerana tidak cukup baki, membuatkan ramai tersangkut dan membawa kepada kesesakkan berpanjangan. Dengan adanya SOS Balance ini, masalah tersebut diatasi. TNG eWallet memberikan akses sehingga RM80 sehari melalui SOS Balance, dan pengguna perlu menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam. Sekiranya lewat, tiada sebarang caj dikenakan buat masa ini, tetapi pengguna tidak boleh menggunakan dompet digital berkenaan disebabkan hutang kredit. Ciri ini boleh digunakan di plaza tol yang menyokong PayDirect.

SOS-Balance-950x802.jpeg.webp


Seseorang juga, boleh melalui lebih daripada satu tol dalam tempoh sehari tersebut, asalkan baki tidak melebihi RM80. Disebabkan risiko terdapat penyalahgunaan ciri ini, maka SOS Balance hanya diperkenalkan bermula dengan pengguna tegar Touch n Go eWallet sahaja buat masa ini. Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, anda boleh menyemak ciri ini dengan ke menu SOS Balance, atau dengan klik pada ikon “tol” bersebelahan pilihan negara di halaman utama TNG eWallet.​
 
Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda

Sebelum itu, kad itu perlu didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula. Selain kad pengenalan dan kad bank, kad Touch ‘n Go (TnG) pun penting sekarang ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakannya untuk membayar tol dan menaiki pengangkutan awam. Malah dengan adanya kad TnG versi NFC juga memudahkan orang ramai untuk menambah nilai dalam kad tersebut sekiranya baki tidak mencukupi untuk membuat pembayaran. Tetapi pernah tak anda terfikir, macam mana kalau kad itu tiba-tiba hilang atau sudah tamat tempoh? Duit dalam kad itu pun lesap ke?

Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Dalam Kad Touch ‘n Go

Menerusi laman web Touch ‘n Go, anda boleh mendapatkan semula wang sekiranya berada dalam situasi seperti berikut:
  • Jumlah caj yang tidak betul​
  • Kad sudah tidak aktif atau tamat tempoh​
  • Kehilangan kad​
Yang penting, ia boleh dilakukan secara atas talian. Senang je! Tetapi sebelum itu, anda perlu pastikan bahawa kad berkenaan sudah didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula.

gddk-1024x286.jpg


Bagi anda yang belum mendaftarkan kad TnG di portal, berikut adalah cara-caranya:
  1. Daftar masuk ke dalam portal Touch ‘n Go dengan klik [DI SINI].​
  2. Klik pada ruangan ‘Cards and Charms’ di bahagian kiri ruangan.​
  3. Kemudian tekan ‘Add Card(s) and Charm(s)’.​
  4. Masukkan nombor siri kad TnG anda dan tekan ‘Submit’.​
Selepas selesai, barulah anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan ‘refund’ baki jumlah baki dalam kad berkenaan. Cara-caranya adalah seperti berikut;
  1. Klik pada bahagian ‘Refund’ di bahagian kiri portal​
  2. Kemudian klik pula pada submenu ‘Refund Request’.​
  3. Klik pada satu daripada tiga pilihan ‘Refund Request’.​
  4. Masukkan nombor siri kad.​
Bagi permohonan pemulangan semula baki ini, terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu:
  • Card Termination​
  • Missing Value​
  • Overcharged – Penalty​
Bagi mereka yang mahu mendapatkan semula baki wang sekiranya berlaku kehilangan kad, boleh klik pada ‘Card Termination’. Anda akan diminta untuk mengisi nombor siri kad dan memilih salah satu sebab, antaranya;
  • Lost​
  • Voluntary Termination​
  • Stolen​
  • Dormant​
  • Bad Chips/ Faulty​
  • Expired Cards​
View attachment Image-26-1-1024x499-1.webp

Bagi kad yang hilang akibat dicuri, pemohon hanya layak untuk mendapatkan baki yang tinggal pada kad semasa tarikh melakukan permohonan. Selain itu, anda juga boleh menjelaskan perkara yang berlaku di ruangan ‘Remarks’. Langkah seterusnya adalah dengan memilih jenis pemindahan wang yang mahu digunakan iaitu sama ada ke akaun bank, DuitNow atau dompet digital TnG. Selepas selesai, klik setuju pada perjanjian yang dinyatakan dan tekan ‘Submit’.

View attachment Image-28-1-1024x430-1.webp

Permohonan anda akan diproses oleh pihak Touch ‘n Go sehingga tempoh 14 hari dan wang akan dikembalikan tidak melebihi tempoh 30 hari dari tarikh permohonan. Anda juga akan menerima e-mel dari TnG berhubung permohonan baki wang yang dilakukan itu.
Proses refund sangat mudah. Dijanjikan duit akan masuk dalam 3 minggu tapi seminggu lebih jer dah dapat balik.
 
Touch n Go eWallet Menambah Ciri Device2Cash - Memudahkan Anda Menilai & Menjual Peranti Terpakai

Touch n Go eWallet kini menambah sebuah lagi ciri baharu pada dompet digital mereka, iaitu fungsi dinamakan Device2Cash. Melaluinya, pengguna boleh dengan mudah melakukan penilaian kasar peranti mereka, dan melihat kepada harga anggaran untuk dijual sebagai peranti terpakai.

Device2Cash-950x534.jpg.webp


Ini sekaligus memudahkan anda mengubah peranti anda kepada wang, sekiranya ingin menaik-taraf peranti, atau tidak menggunakannya lagi. Dengan integrasi bersama Touch n Go eWallet, anda akan menerima bayaran terus ke dompet digital selepas pelbagai proses disahkan.

Selain peranti yang digunakan semasa, pengguna turut boleh menyemak harga jualan untuk peranti terpakai dalam pelbagai kategori, termasuk komputer riba, jam tangan, tablet, dan juga permainan. Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak ciri ini dengan mengakses aplikasi mini Device2Cash hari ini.​
 
TNG eWallet Kini Boleh Digunakan Pelarian dan Pencari Suaka Di Malaysia

Bermula hari ini TNG eWallet boleh digunakan oleh golongan pelarian dan juga pencari suaka di Malaysia. TNG Digital telah bekerjasama dengan UNHCR bagi membolehkan golongan yang sukar mendapat perkhidmatan kewangan menggunakan aplikasi TNG eWallet.

TNG-eWallet-UNHCR-950x535.jpg.webp


Antara perkhidmatan yang kini boleh dilakukan mereka ialah melakukan pembayaran, mengisi kereta eWallet, menerima dana, memindahkan dana dan menggunakan aplikasi untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Perkhidmatan diaktifkan selepas TNG Digital menandatangani memorandum kesefahaman dengan UNHCR sebelum ini.

Pelarian serta pencari suaka berhadapan dengan halangan sistemik terhadap perkhidmatan kewangan, mendedahkan mereka kepada ketidakstabilan ekonomi dan pengecualian sosial. Sehingga penghujung Mei 2024, terdapat 192,170 pelarian dan pencari suaka politik berdaftar menerusi UNHCR di Malaysia.​
 
TnG eWallet Kini Membolehkan Anda Membeli “Travel eSIM” - Memudahkan Kekal Berhubung Di Luar Negara

Sebelum ini, anda perlu melakukan perancangan penuh untuk kekal berhubung ketika bercuti di luar negara, termasuk membuat tempahan kad SIM dan menerimanya untuk digunakan di telefon pintar. Perkara ini mungkin menyukarkan, dan pengguna lebih mudah dengan melanggan pelan perayauan pada talian sedia ada.

Travel-eSIM-TNG-950x627.jpg.webp


Kini, sekiranya anda inginkan alternatif, pihak Touch n Go eWallet melalui aplikasi mereka menambah sebuah ciri baharu dinamakan “Travel eSIM”. Melaluinya, anda boleh melakukan pembelian eSIM, dan seterusnya turut melanggan pelan data bersama-sama dengannya. Pengguna hanya perlu memilih negara yang ingin dituju, dan seterusnya memilih pelan data. Kemudian kod eSIM akan dihantar ke emel, membolehkan anda memasang eSIM berkenaan terus pada peranti masing-masing. Namun, seperti biasa, anda perlu memastikan telefon anda sedia ada menyokong eSIM. Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, anda boleh menyemak ciri Travel eSIM ini, dan melakukan perancangan sekiranya ingin ke luar negara.​
 
Pelancong ASEAN Kini Boleh Mendaftar Dan Membuat Pembayaran Nirtunai Dengan TNG eWallet Di Malaysia

TNG Digital
kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pelancong antarabangsa khususnya dari ASEAN mendaftar untuk TNG eWallet. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan transaksi nirtunai bagi lebih dua juta peniaga di seluruh Malaysia, termasuk gerai penjaja dan vendor kecil yang biasanya tidak menerima pembayaran kad.

Pelancong-ASEAN-Kini-Boleh-Mendafatar-Dan-Membuat-Pembayaran-Nirtunai-Dengan-TNG-eWallet-Di-Malaysia-950x633.png.webp


Dengan kemudahan ini, pelancong dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan selesa sepanjang lawatan mereka. Mereka boleh mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit sedia ada dan tambah nilai e-dompet melalui kad kredit atau debit yang dikeluarkan di negara asal, ataupun melalui perkhidmatan kiriman wang yang disokong. Untuk memudahkan pendaftaran, kod pengesahan akan dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

E-dompet ini turut serasi dengan DuitNow QR, iaitu standard QR kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Kredit Saling Kendali Bank Negara Malaysia (ICTF). Selain itu, TNG Digital juga bercadang untuk meluaskan perkhidmatan ini kepada pelancong dari wilayah lain seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong pada masa akan datang.

Sumber asal https://rnggt.com/202540961/
 
Touch ‘n Go Melancarkan Kad Dengan Lampu LED Menyala

Touch ‘n Go datang lagi dengan produk fizikal dengan gimik yang menarik. Bermula dengan penjualan anak kunci merangkap kad Touch ‘n Go kini mereka menawarkan pula Touch ‘n Go LED Card yang menyala apabila melakukan transaksi nirtunai.

Touch-N-Go-LED-1-950x950.jpg.webp


Teknologi NFC digunakan oleh kad untuk menyalakan lampu LED yang terbina pada permukaannya. Selain menyala ketika melakukan pembayaran tol, parkir, dan pengangkutan awam ia juga menyala ketika melakukan tambah nilai kad menggunakan sistem NFC pada telefon pintar. Touch ‘n Go LED Card dijual pada harga RM 27 sekeping tetapi pada waktu ini sudahpun kehabisan stok di beberapa gedung atas talian rasmi Touch ‘n Go​
 
Back
Top
Log in Register