BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Kad pengenalan dilancarkan sebagai kad touch n go.
Bila ic akan jadi e-wallet ?

MyKad pernah ada fungsi e-Wallet (boleh program RM1,000 maksimum) dan juga sebagai kad ATM, perlu diaktifkan pada bank2 tertentu, masa tu hanya support BSN sahaja kalau xsilap saya, malah xder siapa ambil kisah pasal MEPS Cash seperti e-Wallet sekarang, jadi gomen mansuhkan fungsi tersebut daripada MyKad .. saya yang masih saya simpan, ada fungsi ATM dan MEPS Cash a.k.a e-Wallet ..
 
Last edited:
Kelak Anda Boleh Bayar Pengisian Minyak Di Shell Guna TNG RFID

Touch ’n Go
hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Shell, dimana melalui kerjasama ini, Shell akan menawarkan sokongan membayar pengisian minyak di Shell menggunakan TNG RFID yang sedia terpasang pada kenderaan. Buat masa ini, tarikh implementasi untuk pengenalan ciri ini masih belum diumumkan.

TNG RFID adalah sebuah pelekat yang dilekatkan pada kenderaan, dan dihubungkan ke Touch ’n Go eWallet. Melaluinya, ia memudahkan pembayaran tol tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan. Pihak Touch ’n Go juga kini memperlihatkan TNG RFID turut boleh digunakan untuk tujuan lain.

Dengan langkah ini, sebuah pengimbas akan tersedia untuk membaca tag RFID pada stesen minyak, dan pengguna boleh menolak baki terus daripada dompet digital Touch ’n Go untuk pengisian minyak. Ia sekaligus memudahkan lagi pengisian minyak tanpa anda perlu mengeluarkan dompet atau telefon pintar.

Selari dengan kerjasama ini, pihak Shell turut mengumumkan mereka akan menawarkan sekitar 10,000 tag TNG RFID secara percuma kepada pengguna antara 15 Februari sehingga 31 Mac 2020 kelak apabila pengguna membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 melalui dompet digital TNG. Disamping itu, pulangan tunai RM5 + RM2 turut disediakan apabila pengguna membelanjakan RM20 dan ke atas di stesen Shell seluruh negara - khusus untuk penerima eTunai di Touch ’n Go eWallet.

Screenshot-2116.jpg
 
Last edited:
DuitNow 2.0 Bakal Di Perkenal Pada Pertengahan Kedua 2020 Dengan Ciri Baru

DuitNow
merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh pihak PayNet dalam memudahkan transaksi kewangan antara pengguna mahupun antara perniagaan. Ia telah diperkenalkan pada 2018 yang lepas.

Buat masa ini, DuitNow menyokong kemudahan untuk pemindahan wang dengan mudah menggunakan hanya nombor telefon, nombor MyKad, atau nombor pendaftaran syarikat.

Lanjutan daripada itu, kini pihak PayNet bakal memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada DuitNow melalui apa yang dikenali DuitNow 2.0, menjelang pertengahan kedua tahun 2020 ini.

Antara ciri yang akan diperkenalkan adalah “Request-to-Pay”, “Real-time Debits” dan juga “Consents On-File”.

Request-to-Pay” akan menyediakan kemudahan yang selamat dan mudah untuk membuat pembayaran pada laman edagang atau aplikasi mudah-alih. Langkah ini sekaligus akan memberikan lebih alternatif kepada pembangun laman edagang berbanding penawaran kemudahan pembayaran (payment gateway) pada hari ini.

Consent On-File dan Real-Time Debits pula akan memudahkan pengguna memberikan kebenaran kepada peniaga atau laman edagang dalam menolak duit daripada akaun bank dalam bentuk bulanan – terutamanya untuk perkhidmatan berbentuk langganan bulanan.

Dengan pengenalan ciri-ciri ini, ia dijangka memberikan alternatif kepada pengguna, berbanding perlu menggunakan kad kredit sebelum ini untuk tujuan lebih kurang sama.

Fasa kedua DuitNow ini dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan kedua 2020 ini.
 
Last edited:
ShopeePay Akan Menyokong Ekosistem DuitNow

ShopeePay merupakan salah satu ciri dompet digital yang ditawarkan oleh syarikat edagang Shopee. Menariknya, kini selain digunakan untuk pembayaran pada platform edagang berkenaan, ShopeePay juga dilihat akan ditawarkan untuk penggunaan lebih meluas.

Hari ini, Shopee mengumumkan kerjasama dengan pihak PayNet, sekaligus akan memperlihatkan ShopeePay menyokong piawaian DuitNow.

Pengumuman ini selari dengan perkongsian berkaitan DuitNow 2.0 yang lebih memfokuskan arena edagang – termasuk untuk perkhidmatan berbentuk langganan, atau pembayaran kepada web edagang.

Disamping itu, ShopeePay juga akan menawarkan sokongan untuk DuitNow QR – sekaligus membolehkan pengguna ShopeePay membayar di kedai-kedai fizikal seumpama dompet digital yang lain pada hari ini.

Buat masa ini, ShopeePay baru sahaja mengumumkan kerjasama, dan kita mungkin akan dapat melihat implementasinya dalam masa beberapa bulan lagi.

ShopeePay-Joins-DuitNow-Eco-System-and-will-Pilot-Innovative-DuitNow-2.0-Payment-Solutions-1440x564_c.jpg
 
Last edited:
Boost Tawar Insurans Perlindungan Covid-19 Secara Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Boost bersama Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah bekerjasama dalam menawarkan Prudential Life Insurance secara percuma melalui Special Novel Coronavirus COVID-19 Coverage khusus kepada pengguna e-dompet Boost. Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi rakyat Malaysia berikutan wabak Covid-19.

Bermula 24 Februari sehingga 30 April 2020, bagi pengguna Boost yang belum mendaftar PAMB dan Prudential BSN Takaful layak untuk mendapatkan perlindungan Group Term Life Insurance yang bernilai RM 5,000. Tawaran ini juga akan layak jika pengguna mendiagnosis di salah satu daripada 26 hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk mendaftar Prudential Life Insurance percuma dengan perlindungan Covid-19, pengguna perlu klik butang ”COVID-19 Coverage” di aplikasi Boost.

Insurans perlindungan dapat digunakan bagi mereka yang berumur 18 sehingga 55 tahun. Ia terhad kepada 200,000 orang pertama dan satu pendaftaran sahaja bagi setiap pengguna. Pengguna aplikasi Boost akan mendapat satu pengesahan dalam masa tiga hari bekerja bermula dari tarikh permohonan

Screenshot-2779.jpg


Sumber asal https://fintechnews.my/23026/insurt...aysians-free-insurance-coverage-for-covid-19/
 
Back
Top
Log in Register