BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu MAS & MAB

Kalau kat Japan/Korea, top management akan buat pc dan tunduk selama seminit dua tanda minta maaf.
Kalau Malaysia……ehem ehem.
Lagi mendongak dagu ada le.
SPRM tak masuk check MAS ke?

sprm tak leh buat pa rasanya

sebb libat Salah laku atau unsur integrity je..

klu pasal gaji besar/kecik ke ... elaun kecik/besar ke.. tak buat keje ke.. memang hal dalaman je

klu tak da lame kene da dari zaman atok gan yidden ada kuasa
 
MAG Bakal Pamer Inovasi Terkini Di MATTA Fair 2024, Tawarkan Diskaun Sehingga 30%

Malaysia Aviation Group (MAG) telah dilantik sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi dan penaja utama untuk pameran pelancongan antarabangsa terbesar Malaysia, MATTA Fair 2024. Untuk makluman, acara mega ini bakal berlangsung dari 6 hingga 8 September 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)

IMG_1020.jpg


Acara tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan menjadi tumpuan utama bagi penggemar pelancongan di seluruh negara. MAG sedia menawarkan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran eksklusif yang merangkumi rangkaian syarikat penerbangannya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, serta produk gaya hidup daripada Journify dan Enrich. Syarikat dalam satu kenyataan berkongsi yang pengunjung boleh menikmati diskaun sehingga 30% ke atas tambang penerbangan Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan Malaysia Airlines, serta ke semua destinasi yang ditawarkan oleh Firefly. Seperti dijangkakan, tawaran istimewa ini hanya tersedia dalam masa terhad iaitu bermula dari 5 hingga 16 September 2024 dan sah untuk perjalanan sehingga 31 Ogos 2025. Dengan tarikan sebegini sememangnya satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para pengunjung.

Difahamkan ahli Enrich turut diberikan keistimewaan dengan tempahan awal pada 4 September 2024, sehari sebelum jualan bermula, di samping penjimatan tambahan dengan potongan 5,000 mata untuk penebusan penuh di Enrich Hotels. Tidak hanya itu sahaja, pemegang kad EnrichMoney dan pemegang kad AmBank Enrich Visa Credit juga tidak ketinggalan menikmati diskaun tambahan sebanyak 5.0 peratus, ganjaran 5X EnrichMoney Points, dan 2X Bonus Enrich Points.


Apa Yang Anda Boleh Temui Di MAG Arena?

Selain menikmati promosi penerbangan, pengunjung boleh menjangkakan suatu pengalaman yang luar biasa apabila melawat MAG Arena yang berkeluasan 11,000 kaki persegi di MATTA Fair 2024. Sudah pastinya pihak MAG bakal menyediakan pelbagai aktiviti dan inovasi interaktif dan paling penting peluang menerokai dunia penerbangan dan pelancongan yang canggih. Antara yang dimaksudkan pengunjung boleh menikmati pameran produk secara maya dengan definisi tinggi, di mana mereka boleh meneroka kabin pesawat A330neo menerusi teknologi Realiti Maya (VR). MAG berkata, kabin berkenaan menampilkan tempat duduk Kelas Perniagaan Elevation daripada Collins Aerospace dan tempat duduk Kelas Ekonomi Recaro CL3810 yang telah memenangi pelbagai anugerah.

“Lebih menarik lagi, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman Realiti Terimbuh (AR) melalui penapis khas di telefon pintar mereka, di samping merasai pengalaman berjalan di dalam kabin 360° buat pertama kali. Di samping itu, peminat sukan bola sepak berpeluang bertemu dengan legenda Manchester United secara eksklusif di MAG Arena. Ini adalah peluang emas bagi peminat tegar untuk berinteraksi dengan idola mereka sambil menyertai pelbagai permainan yang disediakan di zon Rakan Sukan Global Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, MAG turut memperkenalkan pelbagai teknologi masa depan yang akan mengubah cara kita melancong. Pengunjung turut boleh mencuba photobooth berasaskan AI yang membolehkan mereka “melancong” ke destinasi impian secara serta-merta melalui teknologi canggih Google Gemini.

“Bukan itu sahaja, perancang perjalanan AI juga diperkenalkan di mana pengunjung hanya perlu memasukkan maklumat seperti destinasi, bilangan teman perjalanan, tempoh percutian, dan bajet untuk menerima itinerari peribadi yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

“MAG Arena juga dilengkapi dengan ruang pertemuan yang mampu menampung lebih 100 pelawat dan rakan industri pada satu-satu masa. Ini mencerminkan komitmen MAG untuk menjalin kerjasama strategik dengan lembaga pelancongan, rakan perdagangan, penyedia teknologi, dan pelbagai entiti lain dalam ekosistem pelancongan. Tahun ini, MAG merancang untuk memeterai pelbagai perjanjian penting yang akan memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan,” ujarnya.


Pertandingan & Hadiah Lumayan

Dalam pada itu, MAG juga berkata salah satu acara yang paling dinanti-nantikan di MATTA Fair 2024 ialah Pertandingan Pembeli yang dianjurkan bersama oleh Malaysia Airlines dan MATTA.

“Pengunjung yang bertuah berpeluang memenangi 23 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi menarik, termasuk tiket Kelas Perniagaan ke London dan Da Nang, serta tiket Kelas Ekonomi ke Jepun dan Vietnam. Pertandingan ini pastinya menambah keterujaan kepada pengunjung yang hadir,” tambahnya.

MAG Arena bakal bertapak di Aras 3, MITEC, dan akan menjadi destinasi utama pengunjung MATTA Fair 2024 dek kerana rekaan booth yang cukup futuristik dan paling terbesar di dalam acara ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai MATTA Fair 2024 dan menikmati pengalaman pelancongan yang luar biasa serta merebut hadiah eksklusif bersama MAG.​
 
Bekas EXCO Selangor Salahkan Khazanah Atas Masalah MAS

05.09.2024 - Di tengah isu masalah Malaysia Airlines (MAS) terus menjadi perhatian, seorang bekas Exco Selangor berkata pemilik penerbangan itu, Khazanah Nasional Berhad perlu turut memikul tanggungjawab.

“Ketika saya bertanggungjawab ke atas pembangunan industri aeroangkasa…kerajaan negeri tidak setuju dengan cadangan pajakan atas dua sebab,” kata Teng Chang Kim dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu selepas bekas menteri, Khairy Jamaluddin berkata MAS menjadi mangsa kepada keputusan Khazanah beberapa tahun lalu untuk memajak dua dua hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor kepada sebuah syarikat Singapura selama 15 tahun.

a14583d5d3313cd695e79e146de5315b.jpg


Menurut laporan The New Straits Times semalam, Khairy berkata pajakan itu membolehkan SIA Engineering Company (SIAEC), iaitu syarikat selenggara kapal terbang milik Singapore Airlines, untuk “memburu” tenaga kerja penting, yang meyebabkan kesan domino kepada operasi MAS.

“Antara syarikat itu adalah SIAEC, yang mana Khazanah beri konsesi untuk beroperasi dari dua hangar di Subang. Apabila itu berlaku, ia bukan hanya tentang satu keputusan, kerana persaingan MRO (selenggara, baiki dan baik pulih) tak terhad kepada satu syarikat sahaja. Kesan yang tak disengajakan adalah kehilangan jurutera kapal terbang berlesen dari MAS sendiri ekoran persaingan. Apabila SIAEC masuk, apa yang anda jangka akan berlaku? Mereka akan tawarkan pendapatan lebih tinggi dengan gaji (dibayar) dalam SGD (dolar Singapura),” katanya dalam audio siar Keluar sekejap.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SIAEC pada 5 April 2022, syarikat itu memeterai memorandum persefahaman (MOU) tidak terikat dengan Impeccable Vintage Properties Sdn Bhd (IVP), subsidiari milik penuh Khazanah, untuk peluang memajak dua hangar di Kompleks A, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pada masa itu, Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri dan Tengku Zafrul Abdul Aziz memegang jawatan menteri kewangan. Pada 20 Disember 2023, SIAEC mengeluarkan satu lagi kenyataan bagi memaklumkan ia telah memeterai perjanjian dengan IVP untuk memajak dua hangar itu selama 15 tahun, dengan pilihan untuk memperbaharui pajakan untuk tempoh 15 tahun lagi.

3d6d9e90dcb82e7ca9d10facf831c510.jpg


Mengulas lanjut, Teng berkata pada masa itu, ada satu cadangan strategik berhubung pengembangan aspek MRO National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi). Ia melibatkan penambahbaikan zon aeroangkasa Subang dan pembangunan hab pesawat peribadi Asia Pasifik - yang memerlukan sokongan Khazanah, Nadi, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dan kerajaan Selangor.

“Yang kedua, kerajaan negeri berpandangan SIAEC seharusnya ke Selangor Aeropark di Sepang yang dicadangkan dan akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dibangunkan. Dalam tempoh itu, usaha bertumpu daripada semua pihak akan melahirkan lebih ramai jurutera dan juruteknik bagi memenuhi permintaan industri aeroangkasa…” katanya.

Bagaimanapun, Teng mendakwa Khazanah menolak cadangan itu dengan enggan menyertai mesyuarat dan tidak menjawab surat yang dihantar Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Perkara itu turut dibawa ke perhatian menteri-menteri namun tiada hasil. Malangnya, kesan yang ‘tak disengajakan’ itu menunjukkan kerajaan Selangor berpandangan jauh namun ia (kesan itu) membawa kerugian besar kepada kepentingan negara,” katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718177
 

Malaysia Airlines hentikan operasi pesawat Airbus baharu atas kebimbangan keselamatan​


000_hkg10156140.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menghentikan pesawat Airbus A330neo baharunya hanya beberapa hari selepas penerbangan sulung disebabkan isu teknikal, lapor media tempatan.

Ini merupakan satu lagi rintangan operasi bagi syarikat penerbangan nasional itu.

"Puncanya datang dari kilang dan ia menjejaskan reputasi dan jenama Malaysia Airlines," kata Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail dipetik seperti dipetik dalam New Straits Times pada Ahad (22 Dis).

"Keselamatan adalah keutamaan. Saya tidak akan mengambil risiko berkenaan keselamatan."

Encil Ismail berkata kesilapan teknikal dengan pesawat baharu "tidak boleh diterima", sambil menambah: "Bagi saya, ia memalukan."

Akhbar itu melaporkan penerbangan sulung pesawat dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember lalu diganggu oleh isu teknikal.

AFP tidak berhasil mendapatkan komen daripada Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan itu mengalami beberapa halangan tahun ini, dengan laluan berkurangan dan isu tenaga kerja.

Pada 2022, ia bersetuju untuk memperoleh 20 pesawat Airbus A330neo untuk menambah jumlah pesawat sedemikian.

A330neo, dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000 dan dianggap lebih jimat bahan api.

"Kami memerlukan Airbus dan Rolls-Royce untuk menyiasat punca isu ini pada pesawat serba baharu itu," kata Encik Izham kepada New Straits Times.

Rolls-Royce memberitahu akhbar itu bahawa ia sudah mengesan komponen yang rosak, manakala Airbus menyatakan ia bersedia untuk membantu Malaysia Airlines.

 

Malaysia Airlines hentikan operasi pesawat Airbus baharu atas kebimbangan keselamatan​


000_hkg10156140.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menghentikan pesawat Airbus A330neo baharunya hanya beberapa hari selepas penerbangan sulung disebabkan isu teknikal, lapor media tempatan.

Ini merupakan satu lagi rintangan operasi bagi syarikat penerbangan nasional itu.

"Puncanya datang dari kilang dan ia menjejaskan reputasi dan jenama Malaysia Airlines," kata Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail dipetik seperti dipetik dalam New Straits Times pada Ahad (22 Dis).

"Keselamatan adalah keutamaan. Saya tidak akan mengambil risiko berkenaan keselamatan."

Encil Ismail berkata kesilapan teknikal dengan pesawat baharu "tidak boleh diterima", sambil menambah: "Bagi saya, ia memalukan."

Akhbar itu melaporkan penerbangan sulung pesawat dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember lalu diganggu oleh isu teknikal.

AFP tidak berhasil mendapatkan komen daripada Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan itu mengalami beberapa halangan tahun ini, dengan laluan berkurangan dan isu tenaga kerja.

Pada 2022, ia bersetuju untuk memperoleh 20 pesawat Airbus A330neo untuk menambah jumlah pesawat sedemikian.

A330neo, dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000 dan dianggap lebih jimat bahan api.

"Kami memerlukan Airbus dan Rolls-Royce untuk menyiasat punca isu ini pada pesawat serba baharu itu," kata Encik Izham kepada New Straits Times.

Rolls-Royce memberitahu akhbar itu bahawa ia sudah mengesan komponen yang rosak, manakala Airbus menyatakan ia bersedia untuk membantu Malaysia Airlines.

Manufacturer problems bukan MAS.
Tapi kena reschedule banyak perkara.
At least LAE MAS dapat detect awal 👍🏻
 
Back
Top
Log in Register