BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu MAS & MAB

baguspun jual mas ni. kakitangan mas ni semua dapat travel murah2, bayar 10% je.

kalau tiket harga 5000, hanya bayar 500 je. ada yang buat bisnes siap, boleh masukkan 10 nama untuk travel murah. mana mas tak rugi.

pastu travel amik gambar kat fb, caption bagi nasihat untuk kejayaan macam bagus2.

padahal tiket staff.

What the hell?
 
Isnin, 25 March 2019 | 11:09pm

HQ-HA03842_1553526590.jpg

TIMBALAN Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil. - Foto Hafiz Sohaimi


Pemuda AMANAH saran Malaysia Airlines disenaraikan semula di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap penyelesaian kukuh dan bersifat jangka panjang dapat diambil berhubung hala tuju Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil, berkata langkah itu penting serta perlu tanpa memberi kesan terhadap kewangan kerajaan dan semua pihak berkepentingan syarikat penerbangan nasional itu.

Justeru bagi memastikan kelangsungan operasi Malaysia Airlines, beliau berkata, kerajaan disaran mengembalikan pemilikan syarikat penerbangan nasional itu ke tangan pelabur swasta seperti sebelum 2014.

“Pemuda AMANAH menyarankan MAS (Malaysia Airlines) disenaraikan semula di Bursa Malaysia supaya pelabur swasta seperti institusi pelaburan serta pelabur runcit tempatan, juga dapat membeli saham syarikat penerbangan itu, dan kerajaan dicadang mengurangkan pegangan ekuitinya daripada 100 peratus ketika ini kepada sekitar 30 peratus.

“Langkah ini dapat membantu kerajaan. Ketika ini, kerajaan menanggung 100 peratus kerugian MAS. Pada masa sama, kerajaan digesa memegang ‘golden share’ selepas proses penyenaraian di pasaran saham supaya masih ada kata putus dalam beberapa aspek pengurusan MAS walaupun hanya memegang ekuiti minoriti.

“Ini dapat memastikan identiti MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, terus dipelihara. Oleh itu, pegangan ekuiti majoriti MAS tidak perlu dijual kepada pelabur atau syarikat luar negara supaya peranan MAS di Malaysia tidak berkurangan pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Di samping itu, Faiz berkata, Pemuda AMANAH mencadangkan supaya beberapa individu yang pernah menyumbang ke arah kecemerlangan Malaysia Airlines, dilantik semula ke dalam Lembaga Pengarah, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

“Selain itu, satu daripada ‘growth engine’ MAS yang perlu diberi perhatian khusus ialah perkhidmatan penerbangan kos rendah Firefly.

“Pemuda AMANAH berpandangan potensi subsidiari MAS ini belum dioptimumkan, dan ingin mencadangkan supaya model operasi Firefly ditukar serta dibentuk selari strategi dan model AirAsia,” katanya sambil menegaskan tadbir urus baik korporat perlu diberi penekanan utama dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan nasional itu.

https://www.bharian.com.my/berita/n...alaysia-airlines-disenaraikan-semula-di-bursa
 
Selasa, 26 March 2019 | 12:15am

DAIM_ZAINUDDIN_1553530511.jpg

TUN Daim Zainuddin. - Foto Rosela Ismail

Syarikat luar negara minat beli kepentingan Malaysia Airlines - Daim

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat luar negara, termasuk dari Eropah, Asia dan Asia Barat, berminat membeli kepentingan dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB), kata bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, mereka tidak semestinya mengambil alih keseluruhan syarikat tetapi mungkin hanya sebahagian kepentingan syarikat penerbangan nasional itu yang kini 100 peratus milik Khazanah Nasional Berhad.

“Alhamdulillah, ramai yang memilih untuk membeli saham MAB sama ada orang Asia, Eropah dan Timur Tengah (Asia Barat). Mereka sudah menyatakan hasrat itu kepada kerajaan dan ada juga yang menulis surat kepada saya.

“Mereka (pihak yang berminat untuk membeli) boleh membuat kajian mengenai syarikat itu (MAB),” katanya dalam temu bual pada program berita TV3, Buletin Utama, malam tadi.

Daim menjelaskan sektor penerbangan kini semakin rumit, memandangkan dana besar dan tenaga kepakaran amat penting.

Oleh itu, jika sebahagian kepentingan MAB dijual kepada firma luar, ia akan mendapat suntikan dana dan kepakaran, secara tidak langsung memulihkan syarikat.

“Tiada salahnya jika orang lain nak beli saham kita. Tidak menjadi masalah, sekiranya mereka mahu membawa masuk kepakaran,” katanya.

Daim berkata, kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan operasi syarikat penerbangan nasional itu, sebaliknya cukup sekadar menyokong dengan membantu mendapatkan hak pendaratan di lokasi strategik.

Beliau bagaimanapun berpendapat, tiada keperluan untuk meneliti semula cadangan penggabungan Malaysia Airlines dengan AirAsia sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Malaysia Airlines adalah (syarikat) premium, dan AirAsia adalah syarikat tambang rendah, jadi lebih baik mereka bersaing...seterusnya memberi nilai lebih baik,” katanya.

Daim turut menegaskan, masa depan dan kebajikan kakitangan MAB perlu dikekalkan walau apapun keputusan kerajaan, kerana golongan itu akan membawa syarikat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapi. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/n...minat-beli-kepentingan-malaysia-airlines-daim
 
kalau nak jual bagi la Sir Richard Branson beli.
mana tau boleh pulihkan MAS
 
MAS mampu dipulihkan, tetapi bos AirAsia tak minat ambil alih

Diterbitkan Hari ini 4:39 petang | Dikemaskini Hari ini 4:39 petang

37dc2534fce3bec25417f07afb0f67ca.jpg


Cadangan supaya syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAS) gulung tikar bukan suatu keputusan yang bijak, kata pengasas bersama dan CEO Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau tidak berminat mengambil alih syarikat berkenaan.

"Terdapat ramai yang hebat di Malaysia Airlines, ia adalah jenama yang baik ... Saya fikir ia boleh dipulihkan.

"Saya fikir bukan idea bijak untuk menutupnya, harus ada usaha untuk memulihkannya," katanya kepada Channel News Asia di Singapura.

9ba98a31f5b452a8571044457309217a.jpeg


Fernandes turut ditanya mengenai spekulasi bahawa Putrajaya akan mengkaji semula cadangan pertukaran saham antara pemegang saham utmaa AirAsia dan MAS.

Jawabnya, fokus semasa AirAsia adalah untuk mengembangkan perniagaan digital.

"Saya sudah ada banyak di pinggan... pinggan saya sekarang penuh... kami mahu memperluaskan perniagaan digital kami," katanya.

Fernandes menegaskan bahawa perniagaan digital akan mendorong pertumbuhan masa depan AirAsia.

MAS yang sebelum ini bergelut menerima tamparan hebat apabila pada 2014, dua pesawatnya terhempas.

Penerbangan MH370 masih hilang manakala Penerbangan MH17 ditembak di ruang udara Ukraine oleh pemberontak yang disokong oleh Rusia.

87e5d75c2f25c049666ed233dea07312.jpeg


MAS kemudiannya dibubarkan dan diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat.

Khazanah kemudian menyuntik sejumlah RM6 bilion kepada MAS, dengan separuh daripadanya terpaksa dilupuskan.

Pelupusan itu yang merangkumi kira-kira separuh daripada kerugian Khazanah pada 2018, menyaksikan dana kekayaan negara mencatatkan kerugian.

https://www.malaysiakini.com/news/469783
 
Air France - KLM Cadang Beli Pegangan Saham Besar Dalam MAS

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Cadangan untuk melabur dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines salah satunya datang daripada Air France-KLM yang mahukan pegangan saham sebanyak 49 peratus, manakala Japan Airlines pula melihat pegangan 25 peratus kepentingan, kata sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Syarikat penerbangan domestik AirAsia Group Bhd dan cabang syarikat Indonesia Lion Air di Malaysia, Malindo Air turut mengemukakan cadangan, kata sumber itu.

"Bidaan daripada syarikat penerbangan asing lebih komprehensif dan strategik kerana kedua-duanya merancang untuk memanfaatkan lokasi strategik Malaysia bagi operasi mereka," kata salah satu sumber.

Kerajaan Malaysia sedang mencari rakan kongsi strategik untuk syarikat penerbangannya, yang berusaha untuk pulih daripada dua tragedi - kehilangan misteri pesawat MH370 dan penembakan kapal terbang MH17 di timur Ukraine.

Pada 2014, MAS telah diswastakan kepada dana pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd, yang membayar RM1.4 bilion untuk 30 peratus saham yang belum dimiliki.

Sumber-sumber bagaimanapun enggan dikenali kerana perbincangan mengenai hal itu adalah sulit. Wakil Air France-KLM, Japan Airlines (JAL), AirAsia dan Malindo tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan penjelasan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata semalam, kelima-lima cadangan telah diterima sebagai sebahagian daripada semakan yang bermula pada tahun lepas tetapi enggan menamakan pihak yang membuat lamaran itu.

Malaysia Airlines pada tahun lalu menandatangani perjanjian usaha sama dengan JAL yang meliputi penerbangan antara Malaysia dan Jepun, yang mana menurut syarikat penerbangan Jepun itu akan dapat diperluaskan pada masa depan untuk menampung penerbangannya ke Amerika Syarikat.

Malaysia Airlines dan JAL ialah anggota perikatan syarikat penerbangan Oneworld, manakala Air France-KLM pula sebahagian daripada perikatan SkyTeam.

Khazanah, yang melantik Morgan Stanley pada tahun lepas untuk menasihati potensi pilihan untuk syarikat penerbangan itu, berkata ia bekerjasama rapat dengan kerajaan.

"Walaupun ada beberapa cadangan dalam hal ini, semakan terhadap pilihan yang ada kepada kami masih berterusan," kata Khazanah dalam satu kenyataan.

Sumber berkata Air France-KLM telah mencadangkan penubuhan hab bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Malaysia, sementara Japan Airlines pula menawarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau, termasuk bagi penerbangan tambang rendah.

Laman web berita perniagaan Focus Malaysia berkata semalam, dengan memetik satu dokumen rasmi bahawa Khazanah telah menggesa syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X untuk bergabung dengan Malaysia Airlines.

"Penyelesaian antarabangsa mungkin lebih baik dalam keadaan ini kerana AirAsia mempunyai kebimbangan terhadap persaingan," kata satu sumber.

"Ini masih merupakan kerja yang sedang berjalan tetapi ceritanya berkisar mengenai potensi menjadi hub besar di Asia Tenggara dan jelas bahawa syarikat penerbangan antarabangsa melihat nilai pada Malaysia Airlines kerana hal ini," kata sumber itu.

fe0acbdcb50e7e7c637a4420e0c8cc7e.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507905
 
Alih Bahasa

Adakah Malaysia Airlines (MAS) Akan Di Bubarkan ?

Ini seolah-olah menjadi persoalan tentang fikiran semua orang apabila notis pengadilan diterbitkan dalam bahasa Inggeris harian tempatan.

Di dalam notis mahkamah, Chan Siew Mei telah dilantik sebagai "liquidator" sementara bagi MAS Kargo dan Malaysia Airlines.

Ini adalah untuk membuka jalan bagi penggulungan MAS dan MAS Kargo oleh pemiutangnya.

Notis itu bertarikh melalui resolusi yang diluluskan oleh MAS dan MAS Kargo pada 14 Februari.

Notis itu dibuat selaras dengan Seksyen 513 (1) Akta Syarikat 2016.

Alamat Chan berada di Menara KPMG, Bandar Utama yang juga alamat juruaudit di Belanda.

Pembubaran akan melihat semua aset MAS dikumpul dan hasilnya sebahagiannya digunakan untuk membayar hutang.

Perkembangan ini mengejutkan kerana MAS sedang mencari rakan perniagaan untuk mengubahnya.

Pemiliknya Khazanah Nasional Berhad merancang untuk melupuskan kehilangan syarikat penerbangan nasional itu kepada syarikat penerbangan yang berminat atau entiti lain di seluruh dunia.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata MAS masih meneroka pilihannya dan belum ada yang diputuskan.

Screenshot-2365.jpg
 
Back
Top
Log in Register