BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu JAKIM Pertimbang Wajibkan Sijil Halal

Pergeseran Akmal, Teresa Dah Reda & Isu Halal Tamat - Zahid

19.09.2024 - Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pergeseran antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal sudah tamat. Zahid dipetik Bernama berkata dia sudahpun mengeluarkan kenyataan berkaitan pendirian kerajaan bahawa permohonan sijil halal kekal dibuat secara sukarela.

"Dah reda (tone down), saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 Sept lepas bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya juga telah memberitahu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai perkara itu. Jadi isu ini telah ditutup," katanya.

37a9646539234fcf12bf64aaef142dd5.jpg

Semalam Zahid yang juga timbalan perdana menteri memaklumkan mesyuarat jemaah menteri bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Ahmad Zahid yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata dasar sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) adalah bersifat sukarela sejak ia mula dilaksanakan pada 1974 dan diperkukuh dengan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia. Melalui SPHM yang diperolehi tersebut, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya.

e501e0c8fee9aa718e59936984610cbe.jpg

Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol. Antara lain Kok berkata cadangan itu bakal membebankan peniaga, termasuk orang Islam dan boleh menjejaskan imej Malaysia. Susulan itu Akmal menggelarkan Kok sebagai "Nyonya tua" dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam. Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

e95d1b65d7e8612117d446f1aa459c4a.jpg

Kok telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu namun menegaskan tiada keperluan untuk pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadapnya. Dia juga telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas "penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian". Pada hari sama Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25 juta. Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Sebelum kempen PRK Mahkota, terdapat kebimbangan bahawa serangan Akmal terhadap Kok mungkin menjejaskan peluang BN untuk menang di kerusi itu. Ini kerana pengundi Cina meliputi kira-kira 35 peratus daripada jumlah pengundi di DUN berkenaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/719806
 
‘Sedekah’ RM300 Kepada Mastura, Lip Eng Beritahu Pemimpin PAS

19.09.2024 - Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan RM300 yang ditawarkan PAS kepada rakannya, Teresa Kok bagi mengupah penterjemah susulan isu pensijilan halal, disedekahkan kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyumbang wang itu kepada Mastura yang lebih memerlukannya berbanding Kok. Saya cadangkan sumbangan ini disedekahkan kepada Mastura bagi membolehkan beliau mengupah penyelidik menjalankan kajian politik teliti sebelum menyampaikan ucapannya, khususnya isu mengenai DAP, katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Kok menyalahkan ChatGPT atas kesilapan terjemahan kenyataannya berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua premis makanan tidak menjual daging babi dan alkohol. Kok yang sedang disiasat berhubung kenyataannya, dilaporkan berkata kenyataan Mandarin asalnya diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh rakan sekerja menggunakan ChatGPT sebelum disiarkan di Facebook. Ini menyebabkan Fadhli menyuarakan hasrat menyumbang RM300 sebulan kepada Kok untuk mengupah pembantu berkelulusan SPM mengendalikan terjemahan bahasa Melayu.

Lim merujuk keterangan Mastura di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP selepas wanita itu mengaitkan mereka dengan mendiang ketua komunis, Chin Peng. Mastura memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ucapan awam seperti dalam ceramah tidak memerlukan kajian mendalam seperti kertas tesis. Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, tokoh politik tidak mengikut piawaian lazim digunakan dalam tetapan akademik atau penyelidikan, selain memetik khabar angin boleh diterima selagi ucapan itu tidak bertentangan Perlembagaan.

Lim berkata, sebagai pemegang PhD, Mastura sepatutnya lebih berhati-hati menjadikan sumber tidak sah sebagai rujukan, yang pada dasarnya adalah cerita dongeng. Katanya, sedekah itu pasti dapat membantu Mastura mengelak membuat kenyataan tidak berasas.​

1726750823499.png
 
Mcm biasa skill umno dl depa buat isu depa salahkan org lain last2 depa yg selesaikan blk jd hero....politik nie dia pi mai pi mai tang tu jgk 🤣🤣🤣
 
Bezakan Logo Halal - PAS Jangan Wujud Situasi Kurang Mesra Kepada Peniaga Bukan Islam

21.09.2024 - PAS diingatkan tidak cuba mewujudkan situasi kurang mesra dengan cadangan memperkenal ‘logo halal’ yang membezakan produk makanan buatan syarikat Islam dan bukan Islam. Usul menggesa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) berbuat demikian diluluskan pada Muktamar PAS ke-70, minggu lalu. Peniaga makanan Nabilah Muhammad, berkata PAS seharusnya ‘meraikan’ rakan bukan Islam yang turut sama berusaha ke arah menyediakan makanan halal kepada seluruh rakyat serta pelancong terutama dari Timur Tengah.

“Tak perlu ada perbezaan logo halal kerana ia akan menimbulkan lebih kontroversi kerana kita negara majmuk. Kita bebas buat perniagaan baik Islam atau bukan Islam. Kita memang tak boleh terima lah benda macam ni." Kenapa nak dibeza-bezakan? tegasnya kepada FMT

Nabilah mengingatkan bahawa semua peniaga yang dapat sijil halal Jakim perlu mencapai standard ketat. Standard yang Jakim bawa sekarang cukup ketat. Peniaga Islam atau bukan Islam kita perlu akur dengan standard dan prosedur yang Jakim tetapkan. Bagi saya perkara itu jelas, katanya.

Pada muktamar tahunan 15 Sept lalu, PAS meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Jakim perkenal logo halal yang dapat membezakan produk makanan buatan syarikat Islam dan bukan Islam. PAS Parit yang mengemukakan usul itu berkata pengenalan logo halal seperti itu membolehkan umat Islam tidak lagi berterusan dalam dilema dan keraguan berhubung status halal makanan dipasarkan. Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, J Suresh, berkata PAS kelihatan sengaja mencari publisiti murahan dengan usul sebegitu. Sebaliknya, PAS kelihatan seperti tidak yakin dengan Jakim. Tak perlu sijil berbeza kerana ia hanya akan timbulkan masalah dalam negara, katanya.

“Saya harap kerajaan teliti kenyataan PAS dan PAS berhentilah timbulkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta rasa kurang senang rakyat berbilang kaum. Kegelisahan sebegini boleh dielakkan sekiranya ahli politik bertanggungjawab dan peka dengan keadaan negara." katanya.
1726886225189.png

Akmal Di Desak Minta Maaf Pada Teresa Isu Sijil Halal

22.09.2024 - Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Salleh didesak meminta maaf kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal. Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata keputusan terkini kabinet untuk tidak mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging babi dan alkohol membuktikan kebenaran pendirian Kok.

"(Keputusan kerajaan) membuktikan kebimbangan Kok mengenai perkara tersebut berlandaskan undang-undang dan hak perlembagaan semua rakyat Malaysia. Pandangannya mencerminkan kebimbangan semua lapisan masyarakat kerana rakyat, termasuk peniaga kecil Melayu dan bukan Melayu, sedang berdepan kesukaran ekonomi," kata Boo pada satu kenyataan hari ini.

cdabcab68ff2639dba689136a92975eb.jpg

Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol. Antara lain Kok berkata cadangan itu bakal membebankan peniaga, termasuk orang Islam dan boleh menjejaskan imej Malaysia. Susulan itu Akmal menggelarkan Kok sebagai "Nyonya tua" dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam. Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

a061a6a140254efd2cb6f46d9c4ebd60.jpg

Kok telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu namun menegaskan tiada keperluan untuk pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadapnya. Dia juga telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas "penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian". Pada hari sama Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25 juta. Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

e95d1b65d7e8612117d446f1aa459c4a.jpg

Sebelum kempen PRK Mahkota, terdapat kebimbangan bahawa serangan Akmal terhadap Kok mungkin menjejaskan peluang BN untuk menang di kerusi itu. Ini kerana pengundi Cina meliputi kira-kira 35 peratus daripada jumlah pengundi di DUN berkenaan.

Pergeseran Reda

Pun begitu Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Sept menjelaskan pergeseran antara Ketua Pemuda Umno dan Naib Pengerusi DAP berhubung isu pensijilan halal sudah reda.

82c14320dfa0969611dc5ee23a382759.jpg

Zahid berkata dia sudahpun mengeluarkan kenyataan pada 18 Sept berkaitan pendirian kerajaan bahawa permohonan sijil halal kekal dibuat secara sukarela.

"Dah reda (tone down), saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 Sept lepas bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya juga telah memberitahu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai perkara itu. Jadi isu ini telah ditutup," kata Zahid.

Selesaikan Cara Baik

Sementara itu, Boo menasihati Akmal untuk menyelesaikan pertikaian dan konflik undang-undang yang sedang berjalan dengan Kok serta mengelakkan daripada menghidupkan semula politik perpecahan.

"Akmal perlu memohon maaf secara peribadi kepada Kok dan menyelesaikan perselisihan dan pertikaian undang-undang dengan cara baik. Dia juga perlu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana gagal mengakui kebenaran dan menghormati hak perlembagaan semua penganut agama serta berusaha untuk menyatukan negara."

Boo berkata permohonan maaf Akmal itu penting untuk memulihkan imej BN di mata pengundi Cina pada pilihan raya kecil Mahkota.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/720058
 
Ang sembang ngn xtau apa boleh la....reda apa smp dh naik mahkamah saman tu....klau reda xdk saman aiih.....main politik ngn taichi ingat pengundi bulat2 ka nk percaya 🤣🤣🤣
 
Prosedur permohonan sijil halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja

Prosedur permohonan sijil halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja
Ahmad Zahid melihat produk makanan yang dijual peniaga Industri kecil dan Sederhana (IKS) ketika melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Program Halal On Track @ Pahang, hari ini. - Foto NSTP/Muhammad Delima Atan
KUANTAN: Tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penambahbaikan itu bertujuan merancakkan industri halal negara berikutan sebelum ini, tempoh permohonan sijil halal mengambil masa agak lama hingga sembilan bulan.

"Ketika ini, tempoh memendekkan proses sijil halal daripada 23 hari kepada 15 hari dalam tempoh percubaan dan sedang berjalan sekarang ini.

"Dulu sembilan bulan, kita kurangkan kepada enam bulan dan tiga bulan. Daripada tiga bulan, saya minta kepada 23 hari dan ia sudah tercapai.

"Kini, proses akan dipendekkan kepada 15 hari dan setakat ini kami berpuas hati dengan apa yang sedang berjalan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Halal On Track (HOT) @ Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteridi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Terdahulu, dalam ucapan, Ahmad Zahid berkata, di peringkat domestik, data menunjukkan peningkatan dalam permohonan sijil halal setiap tahun.

Katanya, tahun lalu, sebanyak 15,605 permohonan diterima iaitu meningkat daripada 14,977 permohonan pada 2022.

"Sehingga September lalu, sebanyak 14,707 permohonan diterima dan saya percaya angka ini akan mencecah lebih 16,000 permohonan dengan usaha yang dilakukan seperti pelaksanaan HOT ini.

"Dalam usaha memacu industri halal negara, kita perlu mendengar semua maklum balas dan menambah baik proses pensijilan," katanya.

Beliau berkata, melalui bengkel halal, beberapa inisiatif utama telah dicadangkan untuk mempercepat proses kelulusan dan mengurangkan kadar kegagalan permohonan.

Katanya, antaranya memastikan pemilik industri, pengurusan tertinggi, penyelia dan eksekutif halal menerima latihan menyeluruh mengenai keperluan pensijilan.

"Apabila maklumat dan pengisian data dalam sistem MYeHalal mematuhi syarat dan keperluan pensijilan, ia akan mengurangkan kekeliruan yang sering menjadi halangan dalam mendapatkan kelulusan.

"Saya percaya pemain industri perlu dibimbing dengan maklumat yang tepat dan berlandaskan undang-undang yang jelas. Hanya dengan ini, proses pensijilan halal dapat dipermudah dan risiko kegagalan dapat diminimumkan," katanya.
 
Kelantan Wajibkan Sijil Halal Perbaharui Lesen Niaga F&B

26.12.2024 - Kerajaan Kelantan mewajibkan sijil halal untuk pembaharuan lesen perniagaan bagi pemilik dan pengusaha premis berasaskan makanan dan minuman. Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud, berkata setakat ini pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewajibkan perkara itu.

“Bagaimanapun, pelaksanaan berkenaan akan diperluaskan kepada PBT-PBT lain di negeri ini,” katanya menurut Sinar Harian di Kota Bharu.

Beliau berkata, pada masa sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) turut membuka peluang untuk mendapatkan sijil halal kepada industri kecil, perhotelan serta individu mengusahakan produk makanan serta minuman di rumah. Katanya, setakat Januari hingga Disember tahun ini, sebanyak 453 premis diiktiraf sebagai pemilik sijil halal.
sri berkata, daripada jumlah itu, 198 premis itu terletak di Kota Bharu dan selebihnya di jajahan seluruh Kelantan. Beliau berkata, hampir 80% premis berkenaan pemiliknya adalah Melayu Islam dan selebihnya bukan Islam.

“Di Kelantan tiada isu orang bukan Islam rasa ‘rigid’ dengan sijil halal, mereka boleh terima. Sementara itu setiap tahun JAHEAIK akan membuat pemantauan mengejut untuk tujuan pemeriksaan kepada semua premis yang memiliki SPHM (sijil pengesahan halal Malaysia),” katanya.

Back
Top
Log in Register