BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu JAKIM Pertimbang Wajibkan Sijil Halal

PM Minta Laporan Lengkap Di Bentang Minggu Depan, Kata Fahmi

11.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta laporan berkaitan isu pensijilan halal dan mahukan ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini. Fahmi berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diminta untuk menyediakan laporan berkenaan isu itu dan melihat langkah-langkah yang boleh diambil seterusnya.

“Isu pensijilan halal memang dari semasa ke semasa akan dibincangkan terutama dari segi pelaksanaan, tetapi dari segi dasar kita perlu tunggu pembentangan oleh Menteri (Hal Ehwal) Agama minggu depan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 6 Sept, Mohd Na'im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. Isu itu mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilaporkan berkata pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718875
 
"Kita Jumpa Di Mahkamah. 'No Fear No Surrender'" - Dr Akmal Saleh

11.09.2024 - "Kita jumpa di mahkamah. 'No fear no surrender'," kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, pada hantaran di Facebooknya. Dr Akmal mengeluarkan kenyataan itu susulan surat tuntutan (LOD) dikeluarkan ke atasnya oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok. Terdahulu, Kok mengeluarkan LOD kepada Dr Akmal menuntut ganti rugi RM25 juta. Dalam notis yang dihantar firma Sankara Nair and Partners yang mewakilinya, Kok mendakwa Dr Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

"Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi," kata notis itu.

Notis itu merujuk kepada video dalam aplikasi TikTok melalui akaun Dr Akmal yang sudah mengeluarkan dan atau membuat kenyataan yang merujuk kepada anak guamnya secara langsung dan tidak langsung pada 7 September 2024. Dalam notis sama, firma itu berkata, Kok sudah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan lagi pendiriannya mengenai dasar mewajibkan Pensijilan Halal bagi restoran yang tidak menghidangkan daging babi dan atau alkohol pada 8 September 2024.
1726048412652.png
 
Apa ni ah soh, cuba rileks dlu. Duk diam 1-2 minggu. Ni terus mau saman orang.. Ganas jugak. 😂
Takut nanti jadi macam Ronnie Liu, tiba-tiba letak semua jawatan.
 
tapi apakah ajenda sebenarnya ini...nk bagi rakyat hilang fokos jer.
Jangan nanti tiba2 ada perkara penting telah diluluskan atau diselesaikan tanpa pengetahuan rakayat jelata...
naya yop...
 
Kertas Siasatan Teresa Kok Di Jangka Rujuk Ke Pejabat Peguam Negara Esok

11.09.2024 - Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sudah memanggil saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.

"Dalam masa dua hari mungkin esok kita akan hantar ke AGC (Pejabat Peguam Negara)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa setakat 12 tengah hari semalam. Sementara itu, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan di sini, dalam kejadian pada Jun lalu, beliau berkata pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dipulangkan untuk siasatan lanjut, kita juga telah mengambil tindakan dan mungkin dalam tempoh tiga hingga empat hari siasatan selesai dan kita akan serahkan semula untuk tindakan selanjutnya, " katanya.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...n-teresa-kok-dijangka-rujuk-ke-pejabat-peguam
 
Isu Wang Haram Lagi Penting Dari Sijil Halal JAKIM - Rafidah Aziz

11.09.2024 - Bukannya terlibat dalam perbahasan mengenai sijil halal, sebaliknya rakyat Malaysia harus menumpukan perhatian mereka untuk menangani isu 'wang tidak halal' yang diperoleh melalui rasuah. Demikian kenyataan dikeluarkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu sijil halal. Menurut kenyataan dalam catatan Facebook pada Rabu, daripada orang ramai terlalu berbahas berhubung sijil halal di setiap premis, adalah lebih prihatin terhadap kekayaan yang dirompak oleh golongan tidak berintegriti. Bukan hanya orang awam, beliau juga menasihati agar kerajaan juga sepatutnya memberi tumpuan kepada menangani isu wang yang diperoleh melalui rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa.

“Dan (jangan) menyusahkan orang lain, semata-mata untuk memastikan mee kari atau nasi goreng dan lain-lain mesti disahkan halal. Umat Islam mesti ingat bahawa jika anda ragu-ragu, jangan paksa diri anda untuk makan di kedai-kedai itu. Ada pilihan," katanya.

Selasa lalu, pihak polis merekodkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas menyatakan kebimbangan dan bantahannya terhadap cadangan Perbadanan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan pensijilan halal bagi kedai makan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol. Teresa baru-baru ini menyuarakan bantahannya terhadap cadangan tersebut dan menyifatkan ia bakal membebankan perniagaan kecil dan menyekat kebebasan pengguna di Malaysia.
Susulan kenyataan Teresa itu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat terhadapnya dengan pihak berkuasa juga sudah memulakan siasatan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beberapa undang-undang perlu dipinda untuk menguatkuasakan pensijilan halal mandatori. Buat masa ini, pensijilan halal adalah pilihan bagi pengusaha perniagaan makanan.Rafidah menyatakan bahawa umat Islam yang teguh berpegang teguh kepada pegangan dan peraturan Islam tidak memerlukan kerajaan atau entitinya untuk membantu mereka memutuskan apa yang boleh atau tidak boleh dimakan. Beliau berkata, langkah sedemikian perlu dielakkan bagi mengelakkan campur tangan kerajaan dalam kehidupan seharian atas alasan agama.

“Tiada sebab untuk entiti kerajaan memaksa setiap kedai makanan mempunyai pensijilan halal (hanya) untuk ‘menjaga’ umat Islam. Mereka sentiasa boleh mengelak pergi ke mana-mana tempat terutamanya untuk makan jika mereka berasa was-was (khuatir) atau ragu-ragu tentang apa yang dijual di sesebuah kedah," katanya.

Beliau menambah bahawa terdapat banyak tempat untuk dipilih oleh orang Islam dan bukannya membebani pihak lain semata-mata untuk melindungi orang Islam daripada makanan yang tidak diyakini.
1726058801238.png
 
Sijil Halal - Keputusan Kajian Tertakluk Pada Majlis Raja-Raja

12.09.2024 - Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap. Justeru katanya, dalam isu ini tiada pihak seharusnya berasa tergugat dengan cadangan kajian mengenai kewajiban pensijilan halal itu.​

1726113994948.png

“Lagipun, soal hal ehwal agama ini termasuk isu halal ini, adalah di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, Jika kajian mendapati (perlu) mewajibkan atau tidak mewajibkan, kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jika kajian ini dibawa ke Kabinet, kita berpandukan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya perkara ini tidak dijadikan polemik. Kita harus menghormati situasi semasa. Walaupun saya Pengerusi Majlis Halal Malaysia, tentu saya mengambil tindakan yang berhati-hati dalam menentukan dapatan terhadap kajian,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja ke China, hari ini.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/sijil-halal-keputusan-kajian-tertakluk-pada-majlis-raja-raja/
 
Kita Tak Kacau Pun Mereka Makan Khinzi - Keluhan Hashim

12.09.2024 - Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyifatkan pendirian pemimpin DAP dalam isu sijil halal sebagai suara sumbang. Tanpa menyebutkan nama Teresa Kok yang terpalit kontroversi itu, Hashim mempersoal kenapa mereka “masuk campur” dalam urusan orang Islam.

"Sebab yang pertama undang-undang negara kita tidak pernah menghalang orang bukan Islam nak makan khinzir. Dia boleh makan cuma ada kot peraturan-peraturan seperti jangan (makan) terbuka. Minum arak, dibenarkan. Jadi pasal apa nak campur pulak hal orang Islam ni yang buat kawalan. Tiba-tiba ada pula cadangan untuk tak nak buat sijil halal. Jadi saya rasa terlampau menyentuh sensitiviti kepada umat Islam," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan As-Sabiqun 4.0 Sempena Muktamar PAS ke-70, di Kuantan, Pahang, hari ini.

Kok diserang hebat kerana menolak cadangan mewajibkan keperluan pensijilan halal terhadap kedai makan yang tidak menghidangkan daging babi dan arak. Katanya cadangan itu bakal membebankan peniaga dan boleh menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan. Dia menjelaskan tidak menolak pensijilan itu tetapi hanya menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat berbilang kaum. Sementara itu, Hashim juga menuntut agar PAS membuat bantahan terhadap cadangan dibangkitkan bekas menteri itu.
1726126065699.png


‘Itu Baru 40 kerusi’

Katanya, perangai sebeginilah yang menyebabkan mereka sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP.

"Dan sekarang makin hari makin tunjuklah. Itu baru menang 40 kerusi, kalau dia menang 120 (kerusi) rasalah apa yang akan berlaku," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, penolakan mereka terhadap DAP bukan bermakna mereka tidak boleh berinteraksi dengan pengikutnya dalam masyarakat.

“Itu soal lain,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/719013
 
Back
Top
Log in Register