BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Berkaitan Aplikasi MyJPJ

Saman JPJ Kini Boleh Di Bayar Melalui Aplikasi MyJPJ

MyJPJ merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang membolehkan pengguna untuk melihat dan memaparkan lesen memandu dan juga lesen pemilikan kenderaan dengan cepat dan mudah, tanpa memerlukan kad dan pelekat fizikal. Selain daripada itu, aplikasi tersebut juga boleh memaparkan sebarang saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada pemandu, dan kini, nampaknya pemandu yang dikenakan saman ini juga boleh mula membayar saman melalui aplikasi tersebut.

Screenshot_20250102-150422-1-950x518.jpg.webp

Ciri ini nampaknya diperkenalkan baru-baru ini, bersempena dengan kempen JPJ yang membolehkan pengguna untuk membayar beberapa saman tertentu, termasuklah Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).
Screenshot_20250102-150539-576x1280.jpg.webp

Ketiga-tiga saman ini boleh dibayar pada harga diskaun 50 peratus sebanyak RM150 bermula esok, 3 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, diskaun saman ini diberikan kerana setakat ini, terdapat sebanyak 2 juta saman AwAS tertunggak, dan sekiranya saman ini tidak dibayar, pemandu tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu dan kenderaan motor mereka.

Saman ini boleh dibayar melalui kaunter dan kiosk fizikal JPJ, ataupun seperti yang kami katakan, melalui aplikasi MyJPJ yang kini hadir dengan ciri pembayaran saman.

Sumber asal https://www.bharian.com.my/berita/n...jpj-tawar-diskaun-saman-50-peratus-mulai-esok
 
kalo nak tukar nama dah boleh buat online skang. kalo motor senang la, tp kalo kete, masih kene pi puspakom dlu..

kene pi upgrade eID Standard kepada eID Advance .. den buat kat jpj utc jb .. org kat bole guna mydigital id je utk upgrade.. tp den tak buat lg hok tu 🤭

sebab mmg nak buat proses tukar nama, alang2 den upgrade trus.. bkn semata2 dtg nak upgrade id ..

apps JPJeQ pon baguih, dia akan bagi notification kalo nombor kita dah nak dekat. so bole la jalan2 semantara nak tunggu giliran..

depa mintak email je utk upgrade.. lepas ekau dah request utk upgrade .. nnt trus dapat satu email seperti dibawah ini.

1738541514978.png

pi je tekan link yg diberi.. login guna kata laluan sementara tu.. trus dah auto jadi advance

pastu pi tab utama, tekan profile..

1738541586523.png

nanti kuar natang ni, isi semula kata laluan sementara yg dapat pada email pertama tu.. tekan hantar.. nanti akan dapat lagi 1 email tac

1738541644804.png

emailnya seperti berikut..

1738541723714.png

pastu dah bole tukar password anda sendiri..

tadaaa, skang kesemua option dah boleh tekan.. kalo basic, tak silap den 2 pilihan yg atas je yg bole tekan.. lain semua takleh ..

1738541842712.png
 
ya boleh guna biometric atau MyDigitalID .. tapi untuk upgrade tu kena pergi kaunter JPJ untuk kali pertama, tapi salinan LKM boleh je dapat kay apps MyJPJ, lain2 tu boleh semua orang guna pun kan 🤭
 
ya boleh guna biometric atau MyDigitalID .. tapi untuk upgrade tu kena pergi kaunter JPJ untuk kali pertama, tapi salinan LKM boleh je dapat kay apps MyJPJ, lain2 tu boleh semua orang guna pun kan 🤭
tak tau la kalo org lain memerlukan option lain2 tu.. sbb mesti ada demand baru dia org buat kan hihi ..
 
Kini Anda Boleh Naik-Taraf Lesen P Ke Lesen Penuh Terus Melalui Aplikasi MyJPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan kemaskini terbaru pada aplikasi MyJPJ, sekaligus memudahkan para pemandu dengan Lesen Memandu Percubaan (PDL atau turut dipanggil ramai sebagai Lesen P), kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL atau turut dipanggil sebagai lesen penuh), dengan hanya menggunakan aplikasi MyJPJ.

Permohonan-CDL-950x534.jpg.webp

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu ke mana-mana pejabat JPJ untuk proses naik-taraf, sebaliknya boleh melakukan ia terus menggunakan aplikasi MyJPJ, pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Untuk memulakan proses naik-taraf, pengguna hanya perlu ke aplikasi MyJPJ, memilih “PermohonanN CDL”, dan memilih tempoh sah laku lesen sebelum melakukan pembayaran dan memperbaharuinya. Langkah pengenalan ciri ini juga dijangka akan dapat mengurangkan sedikit kadar kesesakan kaunter JPJ di seluruh negara.

Kemaskini-CDL-950x950.jpg.webp

Anda yang menggunakan aplikasi MyJPJ di Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda dalam menikmati ciri baharu ini.​
 
MyJPJ & MyBayar PDRM Wajib Log Masuk Guna MyDigital ID Tidak Lama Lagi

Selepas ini orang ramai perlu menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM. MyDigital ID akan menjadi satu-satunya kaedah log masuk untuk kedua-dua platform kerajaan tersebut, petik Harian Metro.

“MyDigital ID sebagai Log Masuk Tunggal menjanjikan era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus. Kami komited untuk memastikan setiap pengguna menikmati kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tertinggi, sambil mempercepatkan transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim.

Aplikasi MyDigital ID juga baru-baru ini menambah sokongan untuk log masuk biometrik, membolehkan pengguna meluluskan akses log masuk menggunakan cap jari setelah fungsi itu diaktifkan. Aplikasi MyJPJ membolehkan pengguna melihat dan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan, menyemak mata demerit dan status senarai hitam, serta membayar saman. Manakala MyBayar PDRM pula digunakan untuk menyemak dan menyelesaikan saman trafik polis. MyDigital ID juga menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dengan platform tersebut bagi memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan kerajaan apabila kaedah log masuk ini dikuatkuasakan sepenuhnya.​

1755671143844.png
 
Back
Top
Log in Register