BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Berkaitan Aplikasi MyJPJ

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian. Lanjutan itu, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. Dalam erti kata lain, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan pelekat pada kenderaan masing-masing dan boleh menggunakan mod paparan digital.

Bagi yang tertanya bagaimana cara untuk menyemak lesen memandu atau 'road tax' digital melalui aplikasi MyJPJ, berikut disediakan beberapa langkah mudah. Sebelum itu, perlu diketahui log masuk ke aplikasi sedang mengalami jumlah trafik yang tinggi dan anda mungkin boleh mengaksesnya kemudian. Ciri baharu yang tersedia dalam aplikasi ini juga masih dalam tempoh percubaan sehingga Mac 2023.
​



Cara semak lesen memandu atau road tax​

1. Buka aplikasi MyJPJ yang boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.
2. Log masuk ke aplikasi atau daftar akaun baharu.
3. Pergi ke bahagian "Profil". Kemudian, pilih mod paparan yang diperlukan sama ada "Lesen Memandu" atau "Lesen Kenderaan Motor".

MyJPJ.jpg


4. Tatal ke bawah untuk memaparkan kod QR.

Selesai.

Sebagai tambahan, tidak perlu risau jika tiada rangkaian internet. Dimaklumkan, pengguna boleh membuat tangkap layar (screenshot) lesen digital memandu dan kenderaan untuk ditunjukkan kepada pegawai. Jika tiada, pegawai yang bertugas akan menyemak sendiri maklumat anda, secara dalam talian. Anda juga boleh mengekalkan pelekat pada kenderaan masing-masing dan membawa kad lesen memandu seperti biasa.
​

Klik sini untuk Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital
 
Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"

Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan lesen kenderaan atau pelekat cukai jalan (roadtax) bermula hari ini, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Kementerian kini dalam usaha untuk mendigitalisasikan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan lesen memandu dan lesen kenderaan. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun di public.jpj.gov.my dan aplikasi myJPJ memandangkan lesen memandu dan lesen kenderaan akan tersedia secara digital di platform-platform itu.​
Jadi, lesen dan cukai jalan anda dapat ditunjukkan daripada aplikasi ini. Malah, kod QR juga akan tersedia untuk diimbas penguat kuasa.
​
Takut tiada rangkaian? Anda boleh menangkap layar (screenshot) lesen digital (memandu dan kenderaan) untuk ditunjukkan pada pegawai. Jika tiada, maka pegawai akan menyemak sendiri maklumat anda, juga secara dalam talian.​
​
roadtax-di-myjpj.jpg


Katakanlah anda menggunakan kenderaan milik orang lain, maka minta mereka hantar tangkap layar lesen kenderaan. Misalnya, minta bapa anda kongsikan tangkap layar dalam kumpulan WhatsApp keluarga, jadi sesiapa yang memandu kereta beliau boleh tunjukkan pada penguat kuasa dengan mudah. Semasa artikel ini ditulis, laman web dan aplikasi JPJ mengalami masalah untuk diakses. Ia mungkin berpunca daripada trafik tinggi selepas pengumuman ini.

lesen-memandu-di-myjpj.jpg


Bagi anda yang kurang bersedia atau khuatir, masih mahu menggunakan pelekat cukai jalan dan kad lesen memandu fizikal, jangan risau kerana anda boleh terus menggunakannya. Kata Menteri, undang-undang yang mewajibkan lesen kenderaan ditampal atau ditunjukkan pada kenderaan tidak lagi berkuat kuasa. Pendigitalisasian ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan fasa pertama melibatkan kenderaan peribadi termasuk motosikal yang dimiliki rakyat Malaysia.

Selepas ini, kenderaan perdagangan termasuklah e-hailing juga akan disertakan dalam digitalisasi ini. Buat masa ini, road tax kenderaan selain persendirian dan pemilik bukan rakyat Malaysia masih perlu dipamerkan secara fizikal.

Sumber asal Kementerian Pengangkutan Malaysia​
 
Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital

Selepas pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkenaan pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipamerkan pada kenderaan persendirian, ia telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Tidak kurang juga ramai yang mula memuat turun dan cuba mengakses aplikasi MyJPJ sehingga tidak dapat menampung trafik yang terlalu tinggi. Namun, adakah aplikasi itu diwajibkan untuk semua pengguna? Bagaimana pula jika kenderaan bukan dipandu oleh pemilik?

Lanjutan pelbagai persoalan yang timbul, YB Anthony telah memberikan pencerahan kepada beberapa soalan di bawah.
​

1. Adakah wajib untuk muat turun aplikasi "MyJPJ"?​

Tidak. Ia adalah salah satu pilihan sahaja bagi mendapatkan salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.​

2. Kalau tak dapat muat turun aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah anda akan disaman?​

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen memandu melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.​

3. Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?​

Masih perlu dibayar. Hanya pelekat sahaja yang tidak diwajibkan ditampal pada kenderaan.​

4. Kalau warga emas yang tak ada telefon pintar atau kawasan tiada internet, macam mana?​

Tidak perlu bimbang, digital format bukanlah diwajibkan. Sekiranya perlu, pengguna masih boleh mendapatkan pelekat road tax dan lesen fizikal daripada JPJ.​

5. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, bagaimana ingin menunjukkan digital road tax?​

Digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan disimpan dalam kereta. Namun, tidak perlu bimbang jika tidak dapat menunjukkan bukti, ianya bukanlah satu kesalahan. Pihak penguatkuasa boleh menyemak butiran dalam peranti mereka.​

​

6. Mengapa tidak dapat log masuk aplikasi MyJPJ sejak pagi tadi?​

YB Anthony memaklumkan seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai pengguna ingin mendaftar pada masa yang sama dan seterusnya mendorong trafik yang sangat tinggi.

Bagi segala persoalan lain, ianya akan diterangkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ke arah pelaksanaan digitalisasi ini.

Sumber asal
Anthony Loke​
 
MyJPJ Dalam Proses Interim, Tak Semua Bersedia Guna

26.09.2023 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan aplikasi MyJPJ kendaliannya kini dalam proses interim dan akan ke arah digitalisasi sepenuhnya. Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata, ini disebabkan bukan semua pihak bersedia menggunakan aplikasi digital.

"Ada kumpulan tertentu terutama yang tinggal di pedalaman, mereka yang berusia dan sebagainya ada kekangan dari segi penggunaan digital. Mengambil kira perkara itu, sekarang ini kita dalam keadaan interim. Kita memberi pilihan (penggunaan) kedua-dua sekali (fizikal dan digital) sehinggalah ke satu tahap masyarakat Malaysia bersedia untuk penggunaan digital," katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini.

Terdahulu, Media Prima Berhad (Media Prima) menerima kunjungan rasmi Rospiagos bersama pengurusan tertinggi JPJ. Ketibaan Rospiagos disambut pengurusan tertinggi Media Prima diketuai Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Audio, Aaron Pinto. Hadir sama Timbalan Editor Kumpulan (Berita dan Hal Ehwal Semasa) Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin dan Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit. engulas lanjut, Rospiagos berkata, pihaknya tidak mempunyai jangkaan terhadap penggunaan sepenuhnya digitalisasi terhadap aplikasi itu.

"Sebaik sahaja kita rasa sesuai, kita akan membuat secara berperingkat. Mungkin kita utamakan kumpulan yang (telah) bersedia dahulu," katanya.

Sementara itu, Rospiagos turut mengulas mengenai tinjauan yang dilakukan terhadap kenderaan berat yang sering kali beroperasi pada waktu puncak. Beliau menegaskan, penguatkuasaan larangan kenderaan berat beroperasi pada waktu puncak masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Katanya, ia akan diteruskan sehingga pemandu di negara ini berada pada tahap disiplin yang tinggi. Menurutnya, tujuan larangan itu adalah bagi mengurangkan masalah kesesakan dan mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya membabitkan kenderaan ringan.

"Ia (juga) boleh membabitkan kerosakan jalan raya. Kalau jalan rosak akan menyebabkan kemungkinan berlakunya kemalangan kepada kenderaan kecil terutama motosikal. Kita nak elakkan keadaan ini berlaku terutama sekali pada waktu puncak," katanya.

Tahun lalu, JPJ dilapor melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan membabitkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.​

1695744639681.png
 
Semua Perkhidmatan Berkaitan JPJ Akan Di Tawarkan Melalui Aplikasi MyJPJ Menjelang 2025

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
sedia memperkenalkan integrasi lesen memandu dan lesen kenderaan motor pada aplikasi MyJPJ, sekaligus membawa usaha digitalisasi perkhidmatan JPJ setapak ke hadapan lagi. Disamping ciri berkenaan, JPJ sedia menyasarkan untuk memperkenalkan kemudahan untuk melakukan pembaharuan lesen terus melalui aplikasi berkenaan.

Kini, berkongsi lanjut juga, JPJ mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan semua perkhidmatan melibatkan JPJ terus melalui aplikasi MyJPJ menjelang tahun 2025 kelak. Dengan langkah ini ia akan memudahkan lagi pengguna dalam hanya perlu memfokuskan satu aplikasi sahaja sekiranya ingin mendapatkan atau merujuk perkhidmatan berkaitan JPJ.

Sasaran 2025 turut diletakkan selari dengan aspirasi jabatan tersebut untuk mencapai tahap digital menyeluruh untuk perkhidmatan dibawah mereka. Apa pun, ia masih bergantung kepada beberapa berkara, termasuk melibatkan sistem pembangunan MyJPJ sendiri.
​
1696090240130.png
 
Semua Urusan Di Aplikasi MyJPJ Di Jangka Boleh Guna Sepenuhnya Pada 2025

Semua urusan perkhidmatan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan menerusi aplikasi MyJPJ, termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), dijangka dapat digunakan sepenuhnya menjelang 2025. Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata sasaran tersebut adalah selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ.
​
1696244514090.png

Beliau berkata setakat ini hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit. Ketika ini, pihaknya dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu. Mengulas lanjut, beliau berkata proses interim berkenaan memberi peluang kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ sama ada menerusi aplikasi MyJPJ atau berurusan di kaunter perkhidmatan JPJ.

Sumber asal BERNAMA​
 
Back
Top
Log in Register