BTC USD 84,006.7 Gold USD 4,125.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Aktiviti Persekolahan Sepanjang Cuaca Jerebu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,842
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,842
Reaction score
7,756
Points
916
Sekolah Di Perak Di Buka Seperti Biasa Esok

11.10.2026 - Semua sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Perak akan beroperasi seperti biasa, esok, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar. Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri ini merekodkan bacaan di bawah 150 setakat jam 2 petang tadi.

"Sehubungan itu, semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM Perak hendaklah beroperasi seperti biasa. Pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU dan perkembangan keadaan jerebu melalui data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah memastikan maklumat disampaikan kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

"Ibu bapa dan penjaga diminta merujuk saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi sekolah dan sebarang perubahan arahan susulan keadaan jerebu. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan," katanya.

Jumaat lalu, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar diarahkan tutup berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.
​
1791715170604.png
 
Semua Sekolah Di Pahang Beroperasi Seperti Biasa Esok

11.10.2026 - Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini, berkata sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

"Dalam situasi jerebu ini, semua guru, murid, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan warga sekolah digalakkan memakai pelitup muka demi keselamatan dan kesihatan bersama. Pastikan pelitup muka menutup hidung dan mulut dengan baik. Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah disaran untuk sentiasa mengikuti pemakluman rasmi daripada pihak sekolah. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan kekal menjadi keutamaan JPN Pahang," menurut kenyataan itu.


Jumaat lalu, semua institusi pendidikan di daerah Rompin bawah selian JPN Pahang ditutup sementara sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.
​
1791715259036.png
 
Sekolah Di Negeri Sembilan Beroperasi Seperti Biasa Esok

11.10.2026 - Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok, selepas ditutup Jumaat lalu susulan keadaan jerebu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.

"JPNS memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin, 12 Oktober 2026, berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan IPU terkini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak sekolah diminta terus memantau kualiti udara, mematuhi garis panduan berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah terpelihara. Menurut JPNS, murid turut disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.


"JPNS akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan. Ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran rasmi JPNS untuk mendapatkan maklumat terkini," menurut kenyataan itu.
​
1791715324187.png
 
Pelajar Di Melaka Kembali Ke Sekolah Esok

11.10.2026 - Selepas sehari terpaksa bercuti akibat jerebu, semua sekolah di negeri Melaka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka Mahfudzah Mohamed Noor, berkata, keputusan membuka semula semua institusi pendidikan dibuat susulan perkembangan terkini kualiti udara yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali pulih di negeri ini. Menurutnya, keputusan berkenaan mengambil kira keadaan semasa selain memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan terus terpelihara.

"Semua pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa ditetapkan Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa berkaitan. Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak masing-masing serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan pencemaran udara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebarang perubahan arahan berkaitan pengoperasian institusi pendidikan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi jabatan itu dari semasa ke semasa. Semua sekolah di Melaka ditutup, Jumaat lalu susulan bacaan IPU di Bandaraya Melaka mencecah tahap tidak sihat.
​
1791715430380.png
 
Sekolah Di Hulu Langat, Gombak & Petaling Perdana Di Tutup

11.10.2026 - Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana ditutup sepenuhnya berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan penutupan itu membabitkan semua sekolah di ketiga-tiga daerah berkenaan.

"Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain di Selangor beroperasi seperti biasa. Pihak sekolah yang terbabit diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan," katanya JPN Selangor dalam kenyataan hari ini.


JPN Selangor turut memaklumkan, warga pendidikan dan ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan.

"Maklumat lanjut mengenai operasi dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor," jelasnya.

Khamis lalu, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor diarahkan tutup sepenuhnya pada Jumaat susulan keadaan jerebu yang melanda. Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata penutupan berkuat kuasa esok itu akan berterusan sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Sehubungan itu, sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.
​
1791715506123.png
 
Hanya Sekolah Di Johor, 4 PPD Di Selangor & KL Di Tutup Esok

11.10.2026 - Semua sekolah di Johor dan sekolah di tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan satu di PPD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup esok susulan situasi jerebu yang masih berterusan di negara ini. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sekolah di bawah empat PPD itu termasuk kawasan Bangsar Pudu, Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana. Menurutnya, bagaimanapun sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak pula kekal beroperasi seperti biasa.

"Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa," katanya.


Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, status pengoperasian sekolah akan ditentukan berdasarkan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada setiap hari. Menurut KPM, Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) diarahkan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Fadhlina berkata, ibu bapa, penjaga dan guru diminta sentiasa mengikuti maklumat terkini berhubung pengoperasian sekolah menerusi platform rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan jabatan berkaitan.

"Ibu bapa dan warga sekolah dimohon merujuk makluman rasmi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini," katanya.
​
1791715594682.png
 

MALAYSIA TERUS TELAN ASAP! KENAPA INDONESIA SLOW?​

Jerebu di Malaysia semakin teruk akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia, tetapi satu persoalan besar masih belum terjawab: kenapa Indonesia masih belum memberikan jawapan rasmi terhadap tawaran bantuan Malaysia?

AAAAAAAAAAKAN TETAPI!
Sedangkan Malaysia sudah bersedia menghantar sebuah pesawat, tiga helikopter dan 52 anggota untuk membantu memadamkan kebakaran, rakyat kita pula terus menanggung kesannya apabila udara semakin tercemar, sekolah ditutup dan kesihatan mula terjejas.

Jadi, adakah Indonesia benar-benar tidak memerlukan bantuan, atau urusan birokrasi dan isu kedaulatan menyebabkan tindak balas mereka terlalu lambat?

JOM KITE TENGOOK DLM VIDEO NIEEEEEEEEEEEE!

 
Back
Top
Log in Register