BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga Pemancing Hilang Harap Mangsa Ditemukan Selamat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Keluarga Pemancing Hilang Harap Mangsa Ditemukan Selamat​

f8b7a6c781c4daeec7814622ddd25b8c6aabbb06c91b6

4b7ee5fa22a866aa7a8daa23de3febd86aabbb61a071e

Bapa mangsa Ruhaizat Muhidin, 69, (kanan), tidak dapat menahan air matanya ketika menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya, Ridzuan, 37, salah seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan masih hilang di Pos Kawalan Tempat Kejadian, Jeti Sementa Klang hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Keluarga kepada Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, yang hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini, baru-baru ini mengharapkan pemancing itu ditemukan dalam keadaan selamat.

Bapa saudara mangsa Khairul Muhidin, 47, berkata dia kali terakhir berjumpa dengan kontraktor sebuah syarikat utiliti itu di kediamannya di Jalan Kebun di sini pada 4 Sept dan mereka berbual seperti biasa khususnya melibatkan hal kerja.

“Namun, pada malam kejadian (Ahad) saya yang berada di rumah terkejut, apabila ahli keluarga datang dan memaklumkan insiden itu serta segera menghubungi talian kecemasan 999,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Sementa di sini petang tadi.

Khairul berkata dia sekeluarga sehingga kini masih berharap Muhammad Ridzuan selamat, kerana dia merupakan individu yang lasak dan turut memakai jaket keselamatan ketika kejadian.

“Anak keempat daripada enam beradik yang masih bujang itu sememangnya gemar memancing dan kerap turun ke laut selama ini.

“Mungkin dia sempat memegang sesuatu atau tong yang boleh membantunya terus terapung. Kami cuma bimbang jika berlakunya dehidrasi di laut,” katanya.

Beliau berkata dia akan terus berada di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di jeti itu bagi mendapatkan maklumat terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dalam pada itu, Khairul berkata dua lagi saudaranya iaitu Mohd Rizal Mohamad Sadali dan Muhd Hamiszar Punirain, masing-masing 45, yang terselamat dalam insiden itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Mohd Rizal telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam manakala Muhd Hamiszar yang cedera di leher sedang dirawat di Hospital Banting. Mereka berdua setakat ini dilaporkan stabil namun masih trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register