BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelindan maut, lori rempuh treler

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
32062be6-f756-47a5-9619-9857d1dc55fb.transformed.jpg

KEADAAN lori yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 170.4 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bandar Baharu, pagi tadi. - Gambar Ihsan Bomba

BANDAR BAHARU: Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya merempuh belakang treler di Kilometer 170.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, pagi tadi. Mangsa, L Vasudevan, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu lori, V Nalson, 26, cedera ringan dalam kemalangan kira-kira jam 5.20 pagi.

Ketika kemalangan, lori itu dalam perjalanan untuk menghantar barang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sebelum merempuh bahagian belakang sebuah treler dari arah sama. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Pegawai Bomba Kanan II Muhd Farid Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.25 pagi sebelum dua jentera termasuk dari BBP Parit Buntar bergegas ke lokasi, dengan dibantu Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Sejurus tiba, pihak kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis," katanya.

Sumber : bharian.com.my
 
Back
Top
Log in Register