BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,194.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

CL's

Legendary Member
gem
Messages
14,094
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
' Au zubillah himinasyaitan nirrajim ' tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk oleh
Allah.

Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini,akan keluar iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu ayat: Qul huwallahu ahad Allahussamad Lam yalid walam yu-lad Walam yakul lahu kufuwan ahad, sebanyak 3 kali, masuklah rumah dengan kaki kanan dengan membaca . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Marilah kita amalkan kerajinan membaca surah Fatihah serta surah Al-Ikhlas sebanyak mana yang mampu.


Surah+Al-Ikhlas.jpg

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
 
Last edited:
Terima kasih TT kerana bukak thread untuk memperingatkan sesama muslim. Kalau boleh, TT update first post dengan makna-makna ayat surah Al-Ikhlas.
Terima kasih sekali lagi.
 
Terima kasih TT kerana bukak thread untuk memperingatkan sesama muslim. Kalau boleh, TT update first post dengan makna-makna ayat surah Al-Ikhlas.
Terima kasih sekali lagi.
terima kasih atas ingatan....
dah dilakukan...
 
subhanallah....besar betul fadhilat baca surat al ikhlas ni..tq TT
 
Thanks TT...surah yg pendek camnie punya laa besar ganjarannya ...kalu malas nak baca gk x tau ler(peringatan utk diri dan rakan2 semua)
 
good info bro...marilah kita selalu mengamalkan surah ini untuk kehidupan seharian kita....:)
 
Masukkan la kelebihan surah2 lain seperti almulk ke, al waqiah ke, kelebihan ayat 1000 dinar ke
 
Back
Top
Log in Register