BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

cabutan SSP, 28 June 2014, di Paradigm Mall, Selangor
 
den bulan lepas menang tempat kelima..utk local draw.. SSP RM 100 syukur la janji dapat..

Sama la kita... aku dua bln lepas menang ssp rm100... start menyimpan bln 11 taun lepas ;) harap2 cabutan esok ada rezki lg...
 
Oleh Ruhaiza Rusmin

Walaupun sudah beberapa kali menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan, kunjungan penulis bersama pemenang Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN), baru-baru ini, tetap meninggalkan kenangan manis.

Bermula dengan perjalanan penulis bersama 96 pemenang termasuk pasangan masing-masing, kami diiringi bagaikan golongan kenamaan dari Pusat Latihan BSN di Bangi, Selangor ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Walaupun baru kali pertama bersua dan berkenalan, kami sudah seperti keluarga besar yang gembira untuk melancong dan merasai pengalaman indah bersama-sama di negara Winter Sonata.

Perjalanan enam jam agak memenatkan, namun keterujaan untuk meneroka dan menikmati detik indah percutian yang pertama kali diadakan BSN bagi meraikan pemenang kedua cabutan bertuah SSP mengatasi segalanya.
Foto

YEONGBOKGUNG Palace yang menjadi tarikan ramai pelancong.


Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, program melancong ke Korea ini julung kali diadakan, sekali gus mencipta kelainan selepas cabutan SSP BSN diperkenalkan pada 1978.


Menurutnya, kelainan itu juga bertujuan memberi peluang pemenang menikmati pengalaman baru di luar negara selain menjadi landasan kepada semua pihak mengeratkan hubungan.

“Ia juga sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada mereka kerana menyokong produk BSN.

“Program lima hari empat malam ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain, selain memberi inspirasi kepada mereka melihat keindahan negara luar pula,” katanya.

Kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Seoul kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan suhu 13 darjah Celsius.

Biarpun begitu, tetap tidak mampu menghalang rasa gembira peserta rombongan untuk melangkah ke destinasi lawatan pertama, Gyeongbokgung Palace.

Melihat keunikan dan keindahan istana pertama yang dibina pada Dinasti Joseon ini, ternyata cukup mengujakan peserta.

Ditambah suasana hijau di sekeliling istana, mempesonakan lagi pandangan mata selain bagai mengubat keletihan mengharungi penerbangan.

Selain itu, melihat pertunjukan acara pertukaran pengawal istana juga memberi pengalaman berbeza pada kali ini.

Sesi lawatan kami berakhir selepas menikmati makan malam yang enak dan pastinya hidangan kimchi turut dihidang sebagai sajian utama.

Hari kedua, kami melangkah segar ke Pulau Nami yang terkenal dengan drama Winter Sonata, malah rata-rata peserta kelihatan tidak sabar mahu mengabadikan kenangan di pulau romantis itu.

Biarpun cuaca agak panas, ia bukan penghalang kami menghabiskan masa hampir tiga jam di pulau berkenaan sebelum memulakan perjalanan ke Mount Sorak.

Dikenali juga sebagai khazanah Taman Negara bagi Korea Selatan, kunjungan ke situ lebih kepada menikmati keindahan alam negara berkenaan yang dilatari gunung-ganang.

Kami juga tidak melepaskan peluang mengunjungi Muzium Patung Beruang yang menghimpunkan pelbagai beruang comel dan gergasi.

Menjejakkan kaki di Taman Tema Everland di Yongin pada hari ketiga pula ibarat mengembalikan semula nostalgia kanak-kanak peserta.

Dengan himpunan pelbagai aktiviti serta pemandangan indah, Everland menyediakan lima tarikan seperti European Adventure, Zootopia, Global Fair, American Adventure dan Magic Land.

Kunjungan ke Korea juga pastinya tidak lengkap tanpa aktiviti beli-belah. Justeru Namdaemun Market, Dongdaemun dan Myeongdong menjadi lokasi ‘menghabiskan duit’ peserta biarpun kadar tukaran wang agak tinggi.

Pemenang kedua cabutan bertuah SSP BSN Mac, Arshad Ab Rashid berkata, berkat kesabarannya menyimpan selama lapan tahun, akhirnya dia bersama isteri berpeluang menikmati percutian indah ini.

“Apabila BSN memaklumkan saya terpilih, memang pada awalnya seperti tidak percaya kerana selama menyimpan tidak pernah terpilih memenangi hadiah lumayan.

“Peluang mengunjungi Korea pengalaman manis apatah pemergian kali ini disertai pemenang lain.

“Secara tidak langsung, kami dapat berkenalan selain bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara. Terima kasih BSN kerana memberikan kami peluang ini,” katanya.
Seorang lagi pemenang, Jemiah Ahmad berkata, dia mengambil peluang bercuti ke Seoul dengan anaknya, Norhafiza Mohd Abas.

“Saya memang suka berjalan dan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk melancong secara percuma dengan anak bongsu.

“Memang tidak jangka boleh menang tapi ini dinamakan rezeki, apatah lagi anak sering menggalakkan saya menyimpan dalam SSP.

“Kami benar-benar rasa seronok, bukan saja dapat melihat negara orang, malah layanan diberikan BSN juga seperti raja dan sangat istimewa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Rakamkenangandipulauromantis/Article
 
You are our 7th Prize Winner for August 2014

akhirnya dapat jugak.. kluar dividen asb aku beli ssp:)paid:)paid
 
You are our 7th Prize Winner for August 2014

akhirnya dapat jugak.. kluar dividen asb aku beli ssp:)paid:)paid

wow tahniah, tu la ramai nak tahu banyak ke simpan? dah lama ke simpan? saya simpan sejak tahun 1999 tak menang pape lagi ni. simpan pun takde la sikit, takdela banyak dalam sederhana jugak la
 
Back
Top
Log in Register