BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan solat Dhuha

shakirah

Fun Poster
Messages
594
Joined
Nov 21, 2007
Messages
594
Reaction score
32
Points
20
Kelebihan solat Dhuha


Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(hari riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hari riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)
 
IMG_20220224_123432_853.jpg

Kaifiat Solat Sunat Dhuha


Waktu solat sunat dhuha iaitu apabila matahari naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.


#jomsolat
 
1000645349.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

“Setiap sendi kalian ada sedekah... dua rakaat solat Dhuha mencukupi untuknya.”
(Riwayat Muslim)

Setiap pagi kita bangun dengan tubuh yang segar,
bergerak dengan anggota yang sempurna —
itu semua nikmat yang perlu disyukuri.

✦ Solat Dhuha adalah tanda syukur.
✦ Hanya dua rakaat, tapi nilainya sangat besar di sisi Allah.

Ambil masa sebentar di pagi hari —
tundukkan diri, dan raih keberkatan dengan solat Dhuha.


#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000727304.jpg


DAHSYATNYA SOLAT DHUHA

Solat dhuha menjadi tanda kesyukuran kita atas nikmat hidup, kesihatan dan rezeki yang Allah kurniakan. Ganjaran yang besar untuk amalan kecil iaitu Allah SWT menjanjikan sebuah istana yang kekal abadi di syurga bagi yang mengamalkannya.

Jangan biarkan peluang emas ini berlalu begitu saja. Mari kita jadikan solat dhuha amalan harian.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
Back
Top
Log in Register