BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kelebihan membaca Al-Quran!!!

matttiya88

Active+ Member
Messages
3,171
Joined
Mar 21, 2008
Messages
3,171
Reaction score
245
Points
43
Assalamuaikum!

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

wassalam
 
oleh itu...bila dah akhir zaman ni..pendek cerita..perbanyakkan amalan...insyaallah..selamat dunia akhirat...
 
emmm..bagus info tu..
yang ni lak ade kawan aku bgtahu..
kalau kite dapat menghafal Al-Quran (Tahfiz)kite boleh bawak sekali 7 ahli keluarga masuk ke syurga...
betul tak?
 
emmm..bagus info tu..
yang ni lak ade kawan aku bgtahu..
kalau kite dapat menghafal Al-Quran (Tahfiz)kite boleh bawak sekali 7 ahli keluarga masuk ke syurga...
betul tak?

Jawapan untuk soalan ko..betul...tapi 7 tu bile dah jadi Al-Haffiz..tapi dalam apa2 kes...Hanya ALLAH yang boleh menilai...
 
ada sebuah hadis yg menyatakan kelebihan membaca al-Quran.... den tak brapa ingat matannya :D:D:D



maksud hadis tersebut lebih kurang camni : "barangsiapa yang bagus membaca al-Quran akan mendapat 1 pahala..... manakala bagi yg kurang bagus membaca (merangkak-rangkak) akan diberi 2 pahala kerana berusaha keras membacanya"


kalau salah tolong betulkan :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register