BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[KELAS BASIC] Trend Analysis

Status
Not open for further replies.
KEY LEVELS IN TREND
Memahami Point/Level Critical & Perubahan Dalam Market

Dalam topik ini, kita akan mempelajari cara mendapatkan point-point/level-level penting dalam membuat analisis on price chart.

Dalam satu pergerakan trend, terdapat dua (2) level penting yang perlu kita ketahui, dua level ini perlu ditandakan di chart.
1. KEY
2. CRITICAL




MENGENAL PASTI TREND KEY & CRITICAL LEVEL DI PRICE CHART

UPTREND
SWING LOW/ HL TERKINI = KEY
SWING LOW SEBELUM / HL SEBELUM = CRITICAL


UPTREND-KC-1024x735.png


DOWNTREND
SWING HIGH/ LH TERKINI = KEY
SWING HIGH SEBELUM / LH SEBELUM = CRITICAL


DOWNCL-1024x731.png


APLIKASI LEVEL KEY DAN CRITICAL DALAM TECHNICAL ANALYSIS

Level key dan critical juga bertindak sebagai
1. SUPPORT dalam UPTREND
2. RESISTANCE dalam downtrend


UPTREND KEY SUPPORT & CRITICAL SUPPORT

UPTREND-KC-SUPPORT-1024x735.png


DOWNTREND KEY RESISTANCE & CRITICAL RESISTANCE

DOWNCL-RESISTANCE-1024x731.png

Topik key level in trend sudah siap.
Alhamdulillah.
nantikan topik seterusnya..TREND ANALYSIS!
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
TREND ANALYSIS

Dalam topik ini kita akan mempelajari bagaimana membuat analisis pada price action.

CONTOH #1:

1-1024x832.png


Berpandukan contoh di atas, maklumat penting yang kita perlu tahu ialah:
1. Price break swing low pertama yang juga KEY SUPPORT adalah notis awal kita memberitahu yang trend semasa mungkin mula lemah. Sebagai trader, kita perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi position/profit.

2. Apabila price break swing low kedua yang juga CRITICAL SUPPORT,information yang kita boleh dapat ialah trend telah mula bertukar arah. Merujuk kepada contoh di atas, apabila price break CRITICAL SUPPORT, Trend semasa telah berubah dari uptrend kepada downtrend.

CONTOH #2:

2-1024x719.png


Bergitu juga untuk keadaan downtrend
1. Price break swing high pertama yang merupakan KEY RESISTANCE adalah petanda awal kepada kita memberitahu yang trend semasa mungkin mula lemah.

2. Apabila price break swing high kedua yang juga merupakan CRITICAL RESISTANCE menandakan yang trend semasa sudah tamat dan trend baru dalam proses.


Dari sudut pandangan ELLIOTT WAVE, anda boleh mempertikaikan bahawa pergerakan price yang break key dan critical support/resistance ialah petanda bahawa pergerakan IMPULSIVE WAVE telah tamat dan pasaran mula memasuki fasa CORRECTIVE WAVE.

Dalam kelas ini saya tidak mahu menyentuh tentang ELLIOTT WAVE, di sini adalah cara ASAS untuk mengetahui sifat market.

Sekiranya anda berminat untuk mempelaji ELLIOTT WAVE, boleh lah singgah ke rumah sebelah untuk mempelajari asas-asas dan memahami apa itu ELLIOTT WAVE.


http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=471109


Sekian perkongsian saya tentang perkara asas yang semua trader perlu tahu apa bila melihat price chart dalam membuat TECHNICAL ANALYSIS.



Saya harap perkongsian ini dapat membantu walaupun sedikit untuk anda memahami apa yang anda lihat depan mata.

apengfx-

abis sudah silibus pembelajaran.
sekian terima kasih.

:D
 
terbaik masta den tumpang belajar juga nie adussss ...huhuhuhu
 
terbaek masta mudah bg kawan2 yg baru nak faham
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13316
USD / JPY
157.359
GBP / USD
1.32648
USD / CHF
0.83561
USD / CAD
1.42306
EUR / JPY
178.312
AUD / USD
0.69464
Back
Top
Log in Register