apengfx-
Fun Poster
- Messages
- 420
- Joined
- Nov 19, 2006
- Messages
- 420
- Reaction score
- 183
- Points
- 23
Nota Kaki dari Penulis:
Mengenal dan memahami trend adalah perkara paling penting dan paling asas dalam trading.
Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan trader masih lagi tidak mengenali dan memahami apa yang di maksudkan dengan trend dan bagaimana untuk mengenal pasti keadaan trend semasa market.
Perkongsian ini adalah perkongsian yang sangat basic, sesuai untuk newbies kubis seperti saya. Kalau ada salah tolong betulkan ok kawan-kawan. Terima kasih.
Antara ayat-ayat biasa dalam dunia trading yang kita akan dengar dari para trader ialah..
“TREND ADALAH KAWAN BAIK KITA”
“TRADE WITH THE TREND”
TERTAPI…bagaimana kita nak “berkawan baik” dengan trend dan trade bersama sama trend kalau kita sendiri pun masih tidak kenal dengan trend?
Ok.. mari kita mulakan perkongsian kelas basic ini. Kita mulakan dengan mengenali apa yang di maksudkan dengan trend.
Di harap perkongsian ini dapat membantu semua rakan rakan seperjuangan dan dapat membantu meningkatkan taraf trading kita. In Sya Allah.
DEFINISI ”TREND”
TREND ialah arah pergerakan pasaran.
Boleh di ketegorikan sebagai SHORT TERM, INTERMEDIATE dan LONG TERM
LONG TERM = Trend jangka masa panjang, mengambil masa yang lama untuk berubah. [MONTHLY,WEEKLY]
INTERMEDIATE = Trend jangka masa sedarhana. [DAILY, H4]
SHORT TERM = Trend jangka masa pendek. Tidak mengambil masa yg lama untuk berubah. [H1 kebawah]
Mengenal pasti ketiga-tiga jenis trend di atas boleh membantu kita dalam mengelakan kerugian dan memperolehi keuntungan.
Apabila kita dapat mengenal pasti arah trend semasa, baru kita boleh trade bersama sama dengan trend.
NOTA PENTING:
Prinsip Trading yang paling asas ialah
1. Mengelakan kerugian
2. Memperolehi keuntungan
Selepas kita berjaya tidak membuat kerugian..Baru kita boleh buat keuntungan.
Baiklah..
Sekarang kita sudah mengetahui apa yang di maksudkan dengan trend, mari kita belajar “terms” atau perkataan-perkataan yang penting kita ketahui dalam TREND ANALYSIS.
UPTREND
UPTREND boleh di definasikan sebagai satu siri pergerakan harga yang membentuk HIGHER HIGHS dan HIGHER LOWS.
HIGHER HIGHS (HH) - harga puncak yang lebih tinggi dari puncak sebelumnya.
HIGHER LOWS (HL) - harga terendah tertapi lebih tinggi dari harga terendah sebelumnya.
Pening sudah? Mari lihat gambar untuk pencerahan.
DOWNTREND
DOWNTREND pula boleh di definasikan sebagai satu siri pergerakan harga yang membentuk LOWER LOWS dan LOWER HIGHS.
LOWER LOWS (LL) – harga terendah yang lebih rendah dari sebelumnya.
LOWER HIGHS (LH) – harga puncak tertapi lebih rendah dari puncak sebelumnya.
NEUTRAL TREND
Harga pasaran bergerak dalam satu skala dan tidak mempunyai trend yang jelas.
Juga dikenali sebagai ranging market atau sideway market.
KESIMPULAN NYA..PASTIKAN TREND SEMASA SEBELUM TRADE DAN TRADE PULA KENA LAH IKUT ARAH TREND!
UPTREND = BUY/LONG
DOWNTREND = SELL/SHORT
NEUTRAL/SIDEWAY = PEGI MAIN JAUH-JAUH DARI MONITOR
Last edited: