BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan Teliti Status Tanah Sebelum Penempatan Semula - MB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kelantan Teliti Status Tanah Sebelum Penempatan Semula - MB​

d08051d361c664ee3cd807feb50996586a2803669181c

fb Mohd Nassuruddin Haji Daud

Kerajaan Kelantan akan meneliti cadangan penempatan baharu bagi 27 keluarga yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Gok Kapur, di sini, semalam, selepas mendapati sebahagian mangsa mendiami rumah yang dibina di atas tanah sewaan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata perkara itu memerlukan penelitian menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat bagi memastikan kebajikan semua mangsa dapat ditangani dengan sewajarnya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung cadangan penempatan semula berikutan terdapat mangsa yang membina rumah di atas tanah yang disewa dan bukan milik sendiri.

“Setakat ini, mangsa ditempatkan sementara di surau kampung yang tidak terjejas dalam kebakaran itu. Selain itu, ada juga yang tinggal di Masjid Banggol serta menumpang di rumah saudara-mara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran di Kampung Gok Kapur, di sini, hari ini, selain turut menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Tabung Serambi Mekah kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas sebagai bantuan awal.

Katanya mangsa juga menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) serta Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kelantan (PURNAMA).

 
Back
Top
Log in Register