real_rolls
Super Active Member
- Messages
- 6,726
- Joined
- Jun 5, 2006
- Messages
- 6,726
- Reaction score
- 266
- Points
- 81
Kota Bharu: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan swasta berjumlah RM6.5 bilion ke Kelantan daripada pelaburan keseluruhan RM51.17 bilion yang diterima dalam tempoh lima tahun selepas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata, lebih 90 peratus pelaburan itu diterima daripada pelabur tempatan dan ada antaranya menerusi kerjasama dengan pelabur luar Kelantan.
Katanya, hasil daripada pelaburan itu, pihaknya berjaya mewujudkan sebanyak 5,000 pekerjaan baru dan hampir 1,000 peluang keusahawanan untuk rakyat Kelantan.
“Kita tidak kisah sama ada pelabur tempatan atau luar kerana apa yang penting, pelaburan baru akan wujud di wilayah ini termasuk negeri Kelantan.
“Daripada sudut hasil pelaburan, kita lihat tiga kriteria iaitu dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat, peluang pekerjaan dan peluang keusahawanan untuk penduduk.
“Ini kriteria digunakan untuk mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan kerajaan atau swasta,” katanya pada sesi taklimat khas bersama media di pejabat ECERDC Kelantan, di sini, semalam.